Hati yang tidak dihargai

8 0 0
                                    

Jika hidup ini selalu memerlukan seseorang dalam hidup untuk membuatkan diri bahagia, maka, kau silap kerana manusia tidak akan selalu membuatkan kau bahagia. Hari ini gembira kerana kewujudannya, kemudian hari, dia juga yang membuatkan kau kecewa. Jangan mengharapkan seseorang itu menghargai diri kau sedangkan dia yang akan membuatkan kau kecewa di kemudian hari. Jika kau mengharapkan sepenuhnya kepada Allah SWT maka, hidup kau berasa tenang dan bahagia.

Ramai orang akan memperkatakan, "Kau tak faham aku, kau tak ada kat tempat aku, kau tak tahu rasa sakitnya macam mana". Jika itu kau tujukan kepada manusia. Apa yang kau akan tujukan pada Allah SWT, jika kau masih lagi tidak mengharapkan dari-Nya.

Kadangkala kita tak sependapat dengan orang lain dan tidak memahami situasi yang dialaminya. Namun, harus kau tahu bahawa Allah SWT sentiasa ada dan sentiasa memahami kau. Maka, carilah Allah SWT walau apa pun keadaan kau kerana Dia lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kau ketahui.

Allah SWT hadirkan seseorang itu ada sebab. Allah SWT ingin melihat sejauh mana kau mengingati-Nya ketika kau sedang bersama dengan seseorang yang telah Allah SWT hadirkan. Dan setelah itu, Allah SWT menjauhkan orang tersebut dari kau dan buatkan kau kecewa kerana Dia nak kau kembali kepada-Nya. Allah SWT nak kau tahu bahawa Allah SWT sentiasa ada dengan kau walaupun disaat kau melupakan-Nya.

Untitled LifeWhere stories live. Discover now