Aku jatuh lagi

3 0 0
                                    

Hidup manusia ada turun naik. Kadangkala hati kita penuh dengan iman dan kadangkala lalai dengan kemaksiatan. Jangan pernah sesekali berputus asa dalam meminta pengampunanNya kerana Allah SWT itu Maha Pengampun sifatNya.

Kadangkala kita berada di tempat yang membuatkan kita bangga dengan diri, kadangkala kita jatuh kerana Allah SWT tahu apa yang tak kau ketahui. Dia menjatuhkan kau kerana ingin kau kembali kepadanya, sedang kau terleka dengan nikmat yang diberikan Allah SWT.

Allah SWT tau apa yang terbaik untuk kau. Di saat kau jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah SWT kerana Allah SWT tak akan pernah mengecewakan hamba-Nya. Allah SWT mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, jangan pernah lupa bahawa Allah sentiasa ada untuk kau di saat kau memerlukanNya. Maka, bangkitlah kerana Allah SWT setelah kau jatuh.

Untitled LifeWhere stories live. Discover now