Di saat mereka sering membanding-bandingkan kau, sedangkan kau telah berusaha sehabisnya. Ketahuilah bahawa kata-kata mereka tidak akan menjejaskan segala usaha kau.
Mereka tidak melihat apa yang telah kau usahakan, mereka tidak melihat apa yang telah kau lakukan. Maka, tidak perlu kau risau tentang pisau tajam yang menerkam kau.
Mereka membanding-bandingkan kau seperti kau tidak wujud di situ, seperti kau tidak punya hati. Sedangkan mereka yang mengata buruk itu tiada hati.