Hidup bagaikan bola tetap berpusing namun bola itu mempunyai hala tuju tak? Ke mana akan ia pergi. Adakah masuk ke jaringan? atau sampai ke pihak lawan?
Ingin di sampaikan, dalam hidup ini ada tujuan. Apakah tujuan hidup kita? Kenapa Allah mematikan(sebelum lahir) kita lalu menghidupkan kita dan mematikan kita dan kembali menghidupkan kita di akhirat kelak? Pernahkah terfikir, adakah tujuan hidup kau selari dengan tujuan Allah menghidupkan kau?
Dalam kesibukkan kita di dunia yang foya ini, pernah terasa hati kosong? Seperti tiada arah tujuan hidup kau. Kau hanya meneruskannya kerana belum tiba masa untuk kau pergi (mati). Terus menerus memikirkan hal dunia sehingga kau alpa dan terlupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang kau tidak ketahui.
Kau mencari-cari apa yang kau perlukan untuk menghidupkan hati kau yang kosong dengan pelbagai cara tapi kau tidak sedar bahawa Allah SWT itu yang utama dan akan mengisikan hati kau dengan sesuatu. Kenapa kau tidak kembali bersujud kepada-Nya? Carilah Dia walaupun sukar untuk kau kekal (istiqomah). Sungguh kau akan jumpa kebahagian yang hakiki selama kau berjuang ke jalan-Nya. Hati yang kosong itu akan dipenuhi dengan kasih sayang Allah SWT.