01

47 6 4
                                    


...

ini adalah kisah hidupku, tentang aku yang cuai dan tak bersuara.

sebenarnya ada tapi mungkin hanya aku yang boleh mendengarkannya. disingkatkan cerita, aku merupakan anak sulung dari dua adik - beradik.

ibu telah meninggal dunia setelah melahirkan adik ketika aku berusia dua belas tahun. akulah yang membesarkan adikku bersendirian.

tanpa ibu, tanpa ayah.

ayah? dia meninggalkan kami ketika genap lapan bulan ibu mengandungkan adikku. dan setelah pemergian ibu, aku berusaha mencari kerja apa yang boleh kulakukan untuk membesarkan adikku.

bermacam-macam cara, tapi dengan diriku yang kekurangan upaya ini, aku bisa apa?

mujurlah ada jiran yang baik hati membiarkan aku menitip adikku padanya sementara aku berusaha mencari kerja.

mencari kerja di umur genap lapan belas tahun itu tidak mudah juga. aku harus mencari kerja juga walaupun puan jung, jiran kami melarangku untuk mencari kerja dan akan membiayai kehidupan aku dan adikku.

tapi jujur aku bukan tak mahu, cuma aku tak ingin lagi menyusahkan sesiapa. dan setelah bekerja kemudian mendapat gaji, aku memberikan separuh daripada gajiku kepada puan jung.

aku memaksanya untuk mengambil wang tersebut walaupun dia enggan menerimanya, katanya dia ikhlas menjaga kami.

tapi pada akhirnya wang tersebut diambilnya juga setelah aku mengatakan bahwa aku akan berpindah jauh dari sini, bersama adikku.

ini juga demi keselamatan adikku. ayahku itu, dia bermain judi dan tanpa pengetahuan ku, dia telah menjual rumah kami dan mengatakan pada ahlong bahwa kami yang akan membayar semua hutang-hutang miliknya.

jadi sementara aku punya wang, aku harus pergi jauh dari sana. aku tak ingin sesiapa menyentuh adikku lagi termasuk dia.

kini jauzan, adikku telah berumur lima tahun. berbaki setahun lagi sebelum dia bisa bersekolah.

jujur, aku sangat takut untuk membenarkan dia bersekolah tapi aku juga tak mahu dia sepertiku, tak bersekolah dan mempunyai hidup yang susah.

menyesal itu pasti, tapi mau bagaimana lagi, ketika jauzan lahir dulu, tiada sesiapa yang menyara dan menghidupi kami. siapa lagi kalau bukan aku kan ?

aku juga tak menyalahkan jauzan ataupun ibu yang meninggalkan jauzan membesar tanpa kasih sayangnya.

tapi itu tak masalah, aku mampu menjadi ibu sekaligus ayah untuk jauzan. apapun akan ku lakukan untuknya.

kerana jauzan satu-satunya yang ku ada..

...

- tbc -

terus atau unpublish ? 😂

silent • k. junkyuWhere stories live. Discover now