001| Darjah satu

50 13 17
                                    

"Cantik kan tempat ni?" sebuah soalan terbit dari mulut ini tatkala pandangan leka dengan jumantara dihadapan mata. Indah. Cantik.

Si dia hanya tersengih memandang ke arah aku "Tapi ada yang lebih cantik dari ni," balasnya bersahaja. Aku teruja. Pandangan kami kembali menyatu dan aku jungkitkan kepala tanda 'apa'. Bibir tak lekang mengukir senyuman.

"Orang dekat depan saya,"

Dan aku ketawa mendengarkan jawapan itu.

"Heheheh..." aku lekas tekupkan wajah dengan buku yang entah mana aku jumpa. Blushing titew.

Tanpa disedari, Aina yang sedari tadi duduk disebelah ku memandang dengan reaksi "Ko dah kenapa Rokiah?" soalnya dengan wajah poker mendatar. Tiada ribut, tiada petir, tiba-tiba sahaja sahabatnya yang satu itu tersengih sambil menekup wajah dengan buku. Dah kena penyakit sengih agaknya.

Aku yang kembali ke alam realiti baru sahaja menyedari bahawa semua tadi hanya sebuah imaginasi yang mungkin takkan pernah terjadi. Aku tersipu malu dengan Aina. Nafas aku tarik sedalamnya. Mengumpulkan semula tenaga yang dihabiskan ketika tergelak blushing tadi.

"Kau berangan pasal apa pulak kalini? Kim Tae Hyung ke Kim Jung Kook?" soal Aina yang kononya tahu-tahu sahaja tentang lamunan aku.

Aku menggeleng kepala perlahan. Dan itulah jawapan aku.

"Aishhh... kau ni pun satu. Kalau aku jadi engkau, tak ada nya aku suka lelaki macamtu," balas Aina dengan nada menjengkelkan sambil mengunyah kek Apollo, yakni kek termahal di Malaysia.

"Crush orang lain walaupun macam penyapu lidi, tapi ada jugak sejati sikit," leter Aina yang ada betulnya juga.

"Tapi bagi kau, dia okay tak?" soal aku yang cuba mempertahankan si dia.

Aina mengenyilkan mata tanda berfikir sejenak "Ermm okay, lah. Cuma dia pondan je," kata Aina. Aku mengiyakan sahaja.

"Kau rasa kan..." aku termenung sejenak.

"Apa dia?"

"Aku sesuai tak dengan dia?" soal aku yang masih dilema. "Sesuai," balas Aina spontan membuatkan aku sedikit lega "Kalau kau tinggi," tak sangka itu pula sambungan dari Aina. Tahulah aku pendek huhu.

Sambil membuka plastik kuning kek Apollo berperisa coklat itu, Aina mula bersuara "Tapi kan, camana ye kau boleh suka dengan dia? Macam impossible je. Cer citer memandangkan masa masih banyak untuk kita masuk kelas tambahan nanti," kek coklat Apollo buat entah kali keberapa itu disuakan lagi ke dalam mulut.

Seraya, senyuman ini kian memudar.


.

Aku hanyalah seorang gadis biasa. Selekeh, pendiam dan kelakar. Walaupun aku tak rasa aku kelakar, tapi kawan aku rasa aku kelakar. Kadang-kadang, entah apa yang lucu aku pun tak pasti. Mungkin orang selekeh memang sentiasa kelakar agaknya.

Setelah aku menangkap papan tanda yang bertulis 'Kelas 2 Manggis' aku seraya mengalihkan pandangan ke arah pintu kelas lalu membukanya. Malangnya, pintu tersebut masih lagi terkunci dengan mangga dan belum dibuka oleh sekuriti sekolah.

Seperti biasa, di sekolah rendah ini memang aku adalah insan terawal yang hadir ke sekolah. Orang lain sedang sibuk dibuai mimpi, aku sudah sampai di pintu pagar sekolah. Terkadang perkara sedemikian membuat aku terfikir, cubalah sekolah ini memberikan saguhati kepada pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah. Sudah pasti berlambak saguhati yang aku dapat.

Renjana untuk RubyWhere stories live. Discover now