002| Terpana

30 9 0
                                    

KEPALA aku sudah tersebul keluar daripada pintu kelas bagi mencari susuk yang memanggil aku tadi. Kening sudah mengukir kerutan. "Mana orangnya?" soalku pada diri sendiri.

Sedar tak sedar, sepucuk surat sudah dihalakan tepat dihadapan wajah. Aku mengambil lalu cuba untuk melihat si pemberi. Namun sepantas kilat, si dia berlari laju. Hairan. Surat itu kelihatan dilipat kecil dan ditulis dengan pensel warna. Tulisannya sungguh cantik dan kemas. Tak seperti tulisanku yang cakar ayam.

Aku perlahan kembali ke tempat duduk asal sambil melihat sepucuk surat kecil itu. "Siapa yang panggil kau tu?" soal rakan sekelas aku yang lain. "Tak tau lah siapa. Tapi dia bagi aku ni," balas aku sambil menunjukkan pucuk surat tersebut.

"Alah simpan je. Nanti balik rumah baru baca ye," ujar seorang kakak dari darjah 4. Aku mengiyakan sahaja lalu meletakkan pucuk surat itu ke dalam beg galas.

.

Lama-kelamaan, mata ini menjadi sedikit pedih dengan skrin komputer. Hujung bucu tudung aku ambil seraya menggosok sedikit mata yang terasa pedih. Dengan penghawa dingin di dalam bilik yang sejuk melampau, serta skrin komputer yang menyilaukan mata. Sumpah, inilah keadaan yang aku tak suka dengan kelas komputer.

Tapi seronok.

"Wei, Ruby!" panggil seketul Zayyan ke arah aku dalam keadaan berbisik. Aku lantas menoleh "Apa?".

"Tadi kakak aku kasi apa dengan kau?" soalnya yang sedikit kepoh. Aku cuba mengingati peristiwa waktu rehat tadi "Bukan kakak engkau lah. Kawan dia kot. Dia bagi aku surat je," balas aku bersahaja. Zayyan mengangguk "Jangan lupa baca lah surat tu ye," balas Zayyan yang faham benar bahawa aku sedikit rapat dengan kakaknya. Aku mengangguk sahaja mengiyakan.

.

Beg galas yang telah lama tersandang di bahu, aku letakkan di atas kerusi belajar. Fuh! terasa lega bahu tatkala beg galas itu sudah berhambus dari bahu. Sama seperti orang yang menyakitkan hati. Bila berhambus, maka hati dan jiwa pun terasa lega.

Aku lantas mencapai tuala yang ada untuk membersihkan diri. Setelah selesai, barulah aku teringat akan surat tadi pagi.

Memandangkan dihadapan surat itu tertulis 'Buat Makcik Dan Ruby', maka aku pun memanggil ibu "Bu... ada benda yang Uby nak tunjuk dekat ibu," panggil aku dari arah kejauhan. Ya, nama manja aku ialah 'Uby', bukan ubi yang kau cicah dengan gula tu. Aku seraya berlari anak untuk mendapatkan beg galas.

"Apa benda nya?" soal ibuku dengan wajah tanpa reaksi. "Tadi ada orang posmen bagi surat," balas aku yang sedang sibuk membuka beg. Tetapi malangnya, surat tersebut hilang entah kemana "Eh? Bukannya aku letak dekat sini ke tadi?" soalku pada bayu.

"Dah aku baca surat tu!"

Aku terkebil-kebil memandang ibuku. Belum sempat aku ingin membuka mulut, "Hek eleh... umur baru setahun jagung ada hati nak bercinta bagai. Kalau aku tendang kau, dah terbang kau dekat langit," leter ibuku yang membuatkan aku kehairanan. Ada apa pula pandangan beliau ni?

"Apa benda yang ditulis dalam surat tu? Mana surat tu?" soal aku yang masih polos tak tahu apa-apa. Dah gitu, tiba-tiba sahaja kena marah. Wajah ibu masih dalam keadaan reaksi menyampah "Dah aku pergi buang surat tu tadi, malas aku nak bagi kau baca," balas ibu dengan wajah poker.

"Siapa yang bagi surat tu ye? Ada ditulis nama tak?" aku masih bertanya. Ibu menjungkitkan bahu "Mana aku tau, pakcik kantin sekolah kau rasanya," balas ibu selamber. Kelihatan jelas yang ibu memang tak benarkan aku bercinta dengan sesipa pun dengan usia yang begitu muda. Walaupun dengan pakcik kantin.

Tapi apa itu cinta?

Aku sedikit pun tak mengerti. Jika aku melihat tayangan aksi asmaraloka dalam televisyen, yang aku tahu hanya persahabatan anatara lelaki dan wanita yang sungguh manja. Dan si wanita pula kerap merajuk lalu memarahi si lelaki. Si lelaki pula selalunya hanya redha dan mengalah. Adakah itu yang dikatakan cinta?

Apakah bila aku berada di ambang asmaraloka nanti aku akan buat-buat diri merajuk dan marah juga? Uishh... seronoknya jadi perempuan. Hehe

"Dah... berangan pulak. Pergi makan sana, ibu dah masak sedap-sedap untuk kau," tegur ibu yang menyentakkan lamunan aku seketika. Aku hanya tersenyum ke arah ibu lalu menapak kaki menuju ke arah dapur.


.

"Dah siap ke belum?" soal ibu membuatkan aku seraya menoleh ke arahnya. Aku mengangguk kecil "dah" balasku ringkas. Pintu kereta aku buka lantas tubuh kecil aku masuk ke dalam perutnya.

Setelah enjin kereta dihidupkan, kenderaan Proton Saga pun perlahan bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Pada pagi yang indah di hari sabtu, jalan raya agak sedikit lenggang di kampungku. Dan inilah rutin harian aku dan ibu tatkala hujung minggu menjelma. Bukannya pergi berjoli, tapi pergi ke masjid untuk belajar mengaji. Pada umur aku darjah 2 sebegini, sikit lagi mahu khattam Iqra' dan masuk Al-Quran. Uishh tak sabar rasanya belajar Al-Quran. Mesti agak susah kerana ayatnya yang sudah mula panjang-panjang.

Tatkala kami berdua tiba dihadapan masjid, aku memeluk Iqra' erat-erat. Kalau boleh-boleh, mahu sahaja aku menutup wajah ini sekali. Entah kenapa, malu rasanya jika orang melihat seketul aku. Nyeh!

Walaupun masih awal pagi, keadaan di dalam masjid sudah begitu ramai. Aku lantas melabuhkan punggung bersebelahan ibuku untuk berbaris menunggu giliran mengaji dihadapan ustazah. Bila dilihat-lihat, masih ramai lagi yang menunggu giliran dan kami berdua harus menuggu lama untuk sampai giliran.

Sementara menunggu, penglihatan aku lilaukan di persekitaran masjid ini. Cantik. Besar.

Tiba-tiba, pemandangan ini terpana akan satu susuk yang sedang khusyuk duduk dengan senaskah Al-Quran dihadapannya. Pandangan milik mata bundar itu tertumpu sepenuhnya kepada sang ustaz yang sedang memberi penjelasan. Wajahnya redup. Kulitnya hitam manis. Tubuhnya kurus melampai. Dari pandangan sisi wajah, terlihat hidungnya yang kecil mancung.

Tanpa disedari, aku terpana.

Aku terasa seperti pernah lihat lelaki ini sebelumnya. Namun dimana? Hati ini mula terasa lain.

"Sambil tunggu tu, baca lah dulu," tegur ibu kepada aku yang tak puas hati melihat iQra' milikku yang terbuka luas tetapi diabaikan. Aku hanya menurutinya.

Kayu penunjuk aku ambil lalu aku cuba-cuba untuk membaca walaupun bacaan aku kurang berapa memuaskan.

Selesai membaca dihadapan ustazah, aku seraya menutup iQra'. Tubuh bingkas bangun menuju ke arah rak simpanan rehal yang jauhnya mengambil kira 30 langkah.

Rak tempat simpannya Al-Quran dan rehal yang dipinjam, aku buka perlahan. Malangnya, rehal yang berada di dalam rak pada kali ini amat berterabur. Lebih berterabur dari yang sebelumnya. Aku cuba menyusun atur sedikit rehal-rehal kayu tersebut. Walaupun dari ini tak lah serajin mana.

Tatkala mata aku tolehkan ke belakang. 'Opocot kau simunek!' latah aku yang hanya sekadar bersuara di monolog.

Mata aku dan dia bertembung. Lama. Raut wajah hitam manisnya aku amati. Wajah redup melayu tulen itu tepat memandang raut wajahku yang dekat dengan wajahnya. Jantung ini berdegup laju. Pelik.

Tapi yang lebih pelik, kenapa aku tak dengar bunyi tapak kakinya? Dia hantu ke?

Tangannya, menghulurkan rehalnya kepada aku. Okay, ingin diumumkan bahawa aku malu. Malu yang teramat. Disebabkan malu yang susah aku ungkapkan, aku memandang kosong sahaja lantas berlalu pergi. Niat aku nak menyusun rehal terpaksa aku batalkan.








.

Renjana untuk RubyWhere stories live. Discover now