SETELAH selesai tingkatan 3 yang penuh dengan pahit getir, akhirnya aku naik ke tingkatan 4. Alhamdulillah, sepanjang aku berada di tingkatan 3, aku belum pernah kena pukul, dicederakan atau sebagainya. Walaupun pada hakikatnya satu kelas adalah orang asing bagi aku dan ramai yang bencikan aku.
Apa yang penting sekarang, aku masuk kelas depan yang jauh daripada Diana dan kuncunya.
Ada kalanya, mengingatkan seribu satu kenangan pahit aku bersahabat dengan orang lain hanya membuatkan aku trauma untuk berkawan. Betul lah apa yang aku dengar selama ini bahawa kawan itu hanya membuang masa. Untuk aku, bukan sahaja membuang masa malahan menyakitkan hati. Oleh itu, rasa percaya aku terhadap orang lain semakin lama semakin memudar.
Aku mengeluarkan buku ekonomi lalu meletakkannya di atas meja. Macam biasa, tempat lepak tepi tempat parkir kereta guru ini sudah menjadi salah satu tempat kegemaran aku. Atau dengan kata lain, aku yang sudah kongker tempat ini. Masa aku lepak macam biasa, iaitu pada awal pagi dan waktu rehat.
"Ruby masih lagi lepak sini sorang-sorang?" soal cikgu kaunseling tersohor di SMK Putra Bangsa. Tak lain tak bukan, cikgu Hasnah.
Manakan tidak, kereta cikgu Hasnah sentiasa parkir di tempat parkir hadapan aku. Dan bilik kaunseling sudah tentu berada di belakang aku. Beberapa langkah sahaja, cikgu Hasnah sudah dapat melihat kelibat aku duduk di sudut ini. Mungkin, inilah sebabnya kenapa pelajar lain tak ingin lepak atau duduk di sini selain aku.
Aku tersenyum manis "Ye cikgu. Cikgu tak suka ke?" aku cuba mengusik cikgu. Wanita yang sudah berumur itu tergelak. Aku juga turut ketawa melihatnya.
"Eh, tak ada lah. Suka je. Malahan kamu lah pelajar pertama yang sudi berkawan dengan cikgu taw," tegur cikgu Hasnah mesra. Seketika, aku rasa terharu dan gembira mendengarnya. Perkataan 'pelajar pertama' yang terbit dari bibirnya membuatkan aku terfikir sejenak.
"Tak ada lah Ruby, kamu tu dah naik ke kelas depan. Kamu dah ada suasana belajar yang baru, kawan-kawan pun ramai yang kamu tak kenal lagi," cikgu Hasnah memulakan perbualan "Takkanlah kamu tak rasa teringin nak berkawan dengan mereka atau cuba adapt with new situation," sambung cikgu Hasnah lagi seakan cuba untuk menyelami perasaan aku.
Aku menghela nafas panjang "Saya pun tak tau lah cikgu," balas aku bersahaja "Saya belum ada kawan lagi. Saya pun tak selesa dengan kelas yang baru ni," sambung aku lagi. Jujur.
Bibir yang dihiasi gincu merah itu tersenyum mendengar jawapan aku. "Tak apa. Cikgu harap, kamu akan dapat kawan baru dekat kelas baru ni ya," harap cikgu Hasnah.
Aku lantas mengeluarkan sebuah bekas yang berisi makanan "Cikgu, saya ada buatkan sesuatu untuk cikgu harini," ucap aku penuh teruja. Penutupnya aku buka. Kening cikgu Hasnah berkerut "Apa tu?" soalnya sambil tergelak kecil.
"Saya buatkan untuk cikgu. Cikgu kan selalu belanja saya. Apa salahnya saya surprise kan cikgu pula harini kan?" Ucap aku penuh teruja. Kek lapis keju aku hulurkan untuk cikgu dengan harapan, cikgu Hasnah akan menerimanya.
"Kamu buat sendiri?" soalnya separa terkejut. Aku mengangguk kecil. "Pandai nya," puji nya membuatkan pipi aku merah merona.
.
Setelah aku balik semula ke kelas, rasa terperanjat mula menerpa. Meja sebelah aku yang selalunya kosong, kini telah di duduki oleh seorang budak perempuan. Aku tak kenal siapa perempuan itu, yang pastinya dari bag sekolah, aksesori dan warna kulitnya jelas dia pelajar baru. Pelajar yang sememangnya berpindah ke sekolah ini.
Dirinya kelihatan jelas tertidur pulas dengan tangan yang menjulur ke hadapan. Wajahnya ditutupi dengan buku teks menggunakan tangan sebelahnya lagi. Melalui pandangan pertama, aku dapat rasa bahawa tiada perubahan dalam hidup aku jika aku berkawan dengan orang sebegini. Sudah tentu sifatnya akan seperti Diana. Kalau tak pun, spesis kawan yang sensitif.
Buat kesekian kalinya, aku judgemental lagi.
Ah! kalau dia baik sekalipun, mahu kah dia berkawan dengan orang semacam aku? Rasanya tak.
Buku teks yang aku genggam tadi lantas aku simpan dalam beg. Beg pensel aku letakkan di atas meja sebelum melabuhkan punggung. Melihat pelajar baru yang tidur disebelah, membuatkan aku turut rasa mengantuk.
Yang aku hairan, berani juga dia tidur sesedap ini pada hari pertama di sekolah baharu.
Selalunya, pelajar baharu akan sengaja datang lewat ke sekolah tepatnya diwaktu pelajar lain masih belajar. Dengan muka yang bersemangat dan malu-malu kucing, dia memperkenalkan diri di hadapan lalu duduk mencari tempat kosong. Di hari pertama itu lah, pelajar baharu akan berjinak-jinak untuk berkenalan dengan pelahar yang lain. Seperti mana yang ada di dalam novel, seperti itu juga realitinya yang seharusnya terjadi.
Bukannya datang terus tidur sambil menutup muka guna buku teks.
"Bangun!" seperti biasa, suara ketua kelas bergema satu kelas maka semuanya bangun lalu tunduk menghadap cikgu. "Selamat pagi cikgu," ucap semua pelajar. Kecuali pelajar di sebelah aku yang masih tidur dengan lena. Entah apa lah yang dia mimpi agaknya?
Setelah semuanya duduk, "Baiklah semua, harini kita ada seorang pelajar baru," ucap guru kelas kami dengan rasa teruja. Mata cikgu Suraya melilau mencari kelibat si pelajar baru yang dimaksudkan. "Mana dia?" soal cikgu.
Setelah melihat susuk di sebelahku yang sudah lama dibuai mimpi, tanpa membuang masa cikgu suraya menghempap rotan di atas mejanya. Dia tersentak termasuk juga aku. Aku yang melihat turut rasa simpati.
Bayangkan, hari pertama di sekolah baru sudah ada pengalaman kena protes dengan cikgu. Haih. Buku teks yang berada di hadapan mata aku buat-buat selak seakan tiada apa yang berlaku.
Tanpa disedari, figura perempuan itu sudah berdiri tegak di hadapan kelas tatkala cikgu menyuruhnya untuk berdiri di hadapan untuk memperkenalkan diri. Saat itulah, kali pertama aku dapat melihat wajahnya. Entah kenapa, wajahnya sangat memaksa aku untuk mengorek memori lama aku. Memori lama untuk aku cuba mengingati siapakah dia.
"Selamat pagi semua, nama saya Aina. Saya dari semenanjung berpindah ke Sarawak sebab saya ikut ayah saya yang berpindah tempat kerja," ujarnya sambil melilau ke arah pelajar lain dengan penuh keyakinan dan senyuman walaupun matanya masih kelihatan mengantuk. Tanpa disedari, matanya terhenti tatkala melihat ke arah aku. Seakan dia kenal aku.
Aku masih termangu-magu, pandangan lantas aku alihkan ke tempat lain. Manakala Aina masih setia menatap aku dengan seribu satu pertanyaan atau khabar yang ingin dia luahkan pada aku. Maklumlah, sudah setengah abad tidak bersua tak mungkin jika tidak bertandang walau sekelumit rindu di hati.
"Lain kali, jangan tidur dalam kelas. Saya tak nak tengok walau satupun pelajar dalam kelas saya terbongkang tidur," ucap cikgu tegas menatapnya tanpa sedikit senyuman. Reaksi cikgu tersebut, jelas menampakkan rasa kurang sukanya terhadap Aina walaupun Aina adalah pelajar baharu.
Tanpa sebarang respon, Aina dengan muka tak ada perasaan duduk kembali di sebelah aku. Buat pertama kali, mata Aina melilau keadaan sekeliling. Mencuba mengamati segenap suasana baru.
"Apasal kau lambat sangat masuk kelas? Kau pengawas ke?" soal Aina seakan sudah terbiasa dengan aku. Aku menggeleng dengan tenang "Kau nampak aku ni ada starter pack pengawas ke?" soal aku lagi. Ingat juga Aina dengan aku rupanya. Aku sempat ingatkan dia pandang aku macam aku orang asing tadi.
.
YOU ARE READING
Renjana untuk Ruby
Teen FictionTatkala renjana ini mula beraksara, Maka indra mula menjadi netra. Jika aku diberi peluang untuk memutarkan kenangan, Maka akan ku putarkan kenangan dimana kita pertama kali berkenalan. Cinta. Dendam. Trauma. [98% bahasa Melayu] Genre: Teen fict...