010| Maulidur Party

18 8 0
                                    

"RUBY! Aku tak sangka kita akan ada party besar-besaran nanti," lengan aku digoncang penuh manja oleh Fira yakni sepupu Aina yang sama kelas dengan aku. Aku juga turut teruja.

Sepanjang aku bersekolah di SJK(C) Hong Golden, benda yang buatkan aku teruja pada saban tahun semestinya jamuan secara besar-besaran sesama tahun ataupun bergabung.

Berlainan dengan jamuan biasanya, jamuan kali ini kami bergabung dengan kakak abang dan adik-adik yang bersekolah di SJK Hong. Asalkan sesama muslim. Ya, walaupun sekolah ini merupakan sekolah cina tetapi toleransi sesama agama tetap disambut baik oleh mana-mana guru mahupun pengetua.

Oleh itu, sempena Maulidur Rasul para ustaz dan ustazah terpaksa menguruskan dewan sekolah sepenuhnya khas untuk menjalankan aktiviti hiburan khas bagi pelajar muslim. Bila dah sampai guna dewan sekolah yang besar, maka tentunya majlis pada kali ini sungguh besar dan meriah.

Tatkala aku berdiri di satu sudut koridor yang menghala tepat ke arah tengah dewan besar, aku tak dapat bayangkan bertapa meriahnya majlis ini nanti. Yang pasti, aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan aku bila segala acara berlangsung. Sama ada aku gembira keseronokan, atau sakit hati mungkin juga kedua-duanya sekali.

Ah! Yang penting, aku datang.

.

Setelah loceng sekolah berbunyi secara berperingkat mengikut turutan blok, aku dan pelajar sesama muslim yang lain terutama Aina berjalan sedikit cepat menuruni anak tangga. Malangnya, entah kenapa aku pula yang paling lambat antara rakan sekelas yang lain.

Setelah daun pintu aku kuak perlahan "Ha, Ruby! Datang pun kau," satu suara menyapa secara tiba tiba.

"Boleh tak kau tolong aku pegang baju ni?" soal salah seorang rakan sekelas aku. Belum sempat aku menjawab, satu longgokan baju telah dihulur di atas tangan. Aku terpaksa menyambutnya. "Ha, alang-alang kau ada, tolong aku sekali ye," begitu juga dengan longgokan seterusnya dan seterusnya lagi. Sehingga tampa disedari aku menjadi penyidai kain berupa manusia di tepi tandas ini.

Setelah tibanya pukul satu suku, maka solat Zohor pun bermula. Rakan sekelas aku yang lain cepat-cepat bersiap lalu segera mengambil kainnya ditangan aku. Aku yang tadinya menjadi penyidai kain, kini sudah kelam kabut dengan pakaian yang sedikit pun belum aku tukar. Tambahan pula dalam tandas ini hanya tinggal aku sebatang kara.

Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam tandas lalu pakaian gaun berwarna kelabu lantas aku sarungkan tanpa menghiraukan baju sekolah di dalam. Asalkan aku tukar pakaian. Kain yang sudah tersarung di tubuh aku kemaskan sedikit agar tidak kelihatan menggelembung atau sebagainya.

Setelah pintu tandas aku buka, "Dah siap?" terpacul wajah Aina di hadapan mata. Tubuh badan aku yang terasa panas dek terlalu cemas akan terlambat sedikit sebanyak beransur lega tatkala melihat wajah Aina. Ada juga yang sudi tunggu aku rupanya. Ikutkan hati, nak jugak aku peluk minah seorang ni.

Aku seraya mengangguk kecil. Dan bergegas keluar menuruti langkah Aina di hadapan.

Setibanya aku di bilik KaFa yang terletak di tingkat tiga sekolah ini, rasa berdebar aku sedikit sebanyak berkurang. Rupanya aku tak lah lambat sangat cuma tepat aku datang, maka solat Zohor pun bermula.

Selesai solat Zohor, maka kami pun diarahkan untuk menjamu selera dengan pelbagai jenis jamuan yang dihidangkan di atas meja besar. Aku dan Aina seraya mengambil pinggan dan sudu lalu melilau memilih makanan untuk diletakkan ke pinggan.

Tatkala sedang asyik mengambil juadah, mata aku terpana akan satu susuk di hadapan. Mata aku tak lari dari bayangnya. Aku perhati segenap inci figuranya. Dari rambut, pakaian hingga ke bawah. Aku lantas menapak ke hadapan untuk mendekati. Malangnya, dia hanya tertunduk dan berjalan mundur lalu bersembunyi di suatu sudut.

Dia malu? Tak, mungkin tak. Itu hanyalah kebetulan sahaja. Mungkin ada benda yang dia terlupa sehingga dia memundurkan diri dari aku. Ataupun gaya aku yang buruk ini buatkan dia takut.

Ah, tak payah fikir fasal orang lah. Sibuk hal sendiri pun dah cukup.

Tanpa disedari, Fira yang berada di sebelahku menegur "Baju putih dalam ni kau bukak lah. Semak aku tengok," matanya ralit memandang pergelangan tangan aku. Hati aku sedikit tidak berpuas hati "Nak buat macam mana, aku sorang je tinggal dalam tandas tadi. Dengan lambatnya. Nasib baik Aina tunggu," balas aku sambil menahan sakit hati.

Hati aku yang teruja pada awal majlis, bertukar menjadi sakit tatkala teringat kembali perlakuan Fira dan rakan sekelas yang lain. Mereka jadikan aku sebagai penyidai, lalu tinggalkan aku sendiri dengan keadaan gelabah. Sudah begitu, di kritik pula oleh Fira.

Aku mencubit sedikit bahagian bawah leher yang sakit seakan ingin mengeluarkan air mata.

Apabila aku menyuakan makanan ke dalam mulut, mata aku melilau melihat pakaian pelajar muslim yang lain. Cantik-cantik dan kacak belaka termasuklah rakan sekelas aku sendiri seperti Fira, Aina dan lain lain.

Berlainan dengan aku yang buruk sungguh. Tudung sekolah yang menutupi kepala tidak sempat aku tukar. Baju gaun berwarna kelabu aku kelihatan sedikit menggelembung dengan baju sekolah di dalam. Kain kelabu yang berada di pergelangan tangan berkali-kali aku tarik bagi menutupi kain putih di dalam.

Ah, melihat pakaian sendiri sudah cukup buatkan aku segan untuk ke mana-mana. Lebih baik tadi aku terus pulang tanpa ikut majlis ini. Tak lama kemudian, rasa menyesal mula bertandang di hati.

.
"Lepas makan, nanti kamu semua turun ke bawah untuk main game,"

Aku hanya mendengar ucapan itu tanpa rasa teruja. Dalam fikiran aku sekarang, aku harus menurut sahaja apa yang sudah di arahkan. Yang paling penting, aku tak mahu terlalu ambil kisah akan pakaian aku sekarang ni. Asalkan ada benang yang cukup untuk menutup aurat dah cukup. Daripada tak ada.

Setelah figura aku turun menapak anak tangga, dapat aku lihat banyak susunan mainan yang disediakan. Aku melilau mencari susuk yang buatkan aku terpana tadi. Baju kelabu denim yang sama gaya dengan gaun milikku, aku cari dengan jantung yang berdegup laju. Ke mana dia?

"Kau cari siapa tu Uby?" aku tersentak tatkala Alina menyapa aku secara tiba-tiba. Aku menggeleng kepala laju "Tak ada apa lah,". Kaki aku lantas menapak menjauhi Alina. Alina hanya menuruti dari belakang "Kau cari Aina ke?" teka nya yang membuatkan langkah aku terhenti. Aku seraya memusingkan badan menghadap ke arahnya lalu menggeleng kepala buat kesekian kalinya "Tak ada apa lah yang aku cari," jawab aku ringkas.

Namun, siapa sangka. Jauh disudut hati, kepala aku mengingat kembali momen tadi. Momen dimana aku melihat figuranya lalu aku menghampirinya.

'Mungkin dia dah balik,' monolog ku sendiri.

.

Setelah mencelupkan wajah di dalam tepung yang berisi gula-gula, aku lantas mengangkat wajah melihat keadaan sekeliling sejurus tamatnya masa mencari gula-gula. Mustahil rasanya jika ada yang tidak mengenali permainan ini. Yakni permainan paling tersohor dalam apa jua acara kanak-kanak.

Belum sempat aku mengangkat tubuh, mata aku mula terbeliak melihat susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dari aku.

Ah, sangkaan aku silap. Aku ingatkan dia dah balik. Rupanya masih lagi berada dalam kawasan sekolah. Tengah syok minum air kantin. Maklumlah, permainan hanya diwajibkan untuk kanak-kanak dari darjah 2 sehingga darjah 4 seperti aku dan bukannya untuk pelajar darjah 6.

Sekian lama aku melihat dia, baru aku sedar. Baju aku dan dia sama warna dengan material denim. Bukan itu sahaja corak batik juga kelihatan sama. Nasib baiklah berlainan jantina.






.

Renjana untuk RubyWhere stories live. Discover now