Kebun

2.2K 87 6
                                    

Kampung Jelita.

Awal-awal pagi sebelum matahari terbit ada seorang lelaki yang sudah berusia dan beruban rambutnya mula mengangkat tong ke atas basikal. Itulah rutin harian lelaki bernama Hamzah. Sejak muda hinggalah berumahtangga, selepas kematian isteri dan kini anak lelakinya bernama Nazrul sudah dewasa dan bekerja di bandar, Hamzah tidak pernah berhenti daripada pekerjaannya ke kebun getah.

Kebun yang didirikan atas tanahnya sendiri sentiasa memberikan hasil walaupun harga getah adakalanya naik turun.

Nazrul sudah beberapa kali memujuk ayahnya agar menjual atau memajakkan tanah kebun itu dan tinggal bersamanya di bandar namun Hamzah berdegil dan tetap dengan keputusannya untuk terus menguruskannya sendiri.

"Ayah, kan lebih elok ayah tinggalkan je kerja memotong getah tu. Dah lah Rul dengar ayah tak pernah upah orang lain, tak kan sampai sekarang pun ayah masih nak buat semua sorang-sorang? Rul mampu jaga ayah. Kita pindah ke bandar je lah," pujuk Nazrul.

"Kalau kau rasa jijik dengan kerja memotong getah tu, kau tak payah nak paksa ayah! Ayah mampu nak buat semua tu! Kudrat ayah masih ada! Ayah tak harap pun duit gaji kamu!" marah Hamzah.

"Rul bukan nak pandang jijik kerja ayah. Rul cuma tak nak ayah susah-payah buat semua ni lagi. Rul membesar pun hasil kebun ayah. Tapi ayah tak pernah pun minta tolong Rul buat kerja dekat kebun. Rul cuma nak ayah banyakkan berehat dan jaga diri. Itu je," rayu Nazrul lagi.

"Kau sedar pun aku sekolahkan kau dengan hasil getah tu! Ayah dah cakap dengan kamu, kebun getah tu jangan sesekali nak usik!" marah Hamzah lagi.

.

Ada sebabnya kenapa Hamzah tidak meminta anaknya membantu dari sejak kecil dan tidak pernah mengupah orang lain.

Hamzah tiba di kawasan kebun yang sudah lama dipasang pagar. Dia membawa turun tong lalu berjalan masuk selepas membuka pintu pagar di jalan masuk kebunnya.

Hamzah meletakkan tong di atas tanah dan pisau toreh getah di atasnya. Lelaki tua itu berjalan sendirian dalam gelap tanpa peralatan ke tengah kebun.

Hamzah memerhatikan sekeliling seakan mencari sesuatu.

"Kanda Hamzah dah lama tunggu," suara lunak merdu kedengaran membuatkan Hamzah tersenyum.

"Tak adalah. Saya pun baru je sampai," jawab lelaki tua itu.

Imbasan kembali......

Beberapa puluh tahun dahulu, Hamzah masih lagi muda. Dia mengusahakan sendiri kebun getah di kampung di atas tanah yang diwarisi daripada bapanya. Dia tekun dengan kerja walaupun hasilnya tidaklah seberapa.

Sehinggalah pada suatu hari, Hamzah tergamam melihat ada kelibat seperti seorang wanita jelita di dalam kebun. Hamzah ketakutan kerana menyangka wanita itu jelmaan pontianak.

"Jangan takut. Nama ku Candrawani. Aku datang dari Kampung Betara," kata wanita itu.

"Kampung Betara? Saya tak pernah dengar nama kampung tu," balas Hamzah dalam ketakutan. Pisau toreh diangkat sebagai tanda mempertahankan diri.

"Jangan takut wahai pemuda. Aku berniat baik. Aku senang dengan ketekunan mu bekerja tanpa keluhan. Mahukah kau mendampingi ku?" pujuk Candrawani.

Hamzah menelan air liur namun matanya terpesona saat Candrawani melucutkan pakaian memaparkan susuk tubuh menggiurkan dengan buah dada yang bulat penuh.

Tamat imbas kembali.........

Hamzah yang sudah tua berpelukan dan berkucup dengan Candrawani yang tidak dijamah usia. Pakaian mereka satu persatu ditanggalkan.

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now