1

102 10 8
                                    

Cuaca pagi terasa cukup dingin. Dia menghirup udara  perlahan. Cukup untuk memenuhi salur pernafasan. Ahh terasa segar.

Dedaun yang gugur memenuhi pusara dikutip satu persatu.  Kayu-kayu kering yang ada turut dibuang. Belinndan yang ada kesan tanah disapu bersih. Selesai semua kerja dia tersenyum puas. Melihat kubur yang dah bersih sempurna itu.

"Awal kamu harini Sya?" soal satu suara menghentikan pergerakannya. Syakira segera mengangkat kepala. Wajah Mak Hasanah kelihatan tersenyum memandang ke arahnya. 

"Ahh mak cik. Terkejut Sya. Ingat sape lah tadi. Haah mak cik harini awal sikit. Sebab minggu lepas Sya tak datang kan. Habis penuh kubur Laila dengan daun kering," ujar Syakira sambil membalas senyuman itu kembali. 

"Patutlah mak cik tengok muka kamu penuh dengan tanah tu Sya."

"Ehh betul ke mak cik?" Kalut kalut dia menyapu muka. "Ayakk mak cik! Tangan saya penuh dengan tanah."

Terbahak-bahak Mak Hasanah melihat gelagat wanita muda itu. Kepalanya digelengkan beberapa kali. "Meh sini, mak cik ada air mineral ni. Kamu guna buat cuci tangan tu baru cuci muka," ujar wanita separuh abad iru menghulurkan sebotol air mineral saiz besar kepada Syakira. Laju dia menyambut.

"Mak cik sorang ke harini?"soal Syakira usai membersihkan muka. Dia melihat Mak Hasanah yang membawa barang-barangnya sendirian.

"Haah. Faizal tak dapat teman sebab dia ada urusan di pejabat. Entah apalah yang dia cakap pasal mesyuarat apa ke benda mak cik tak paham."

"Biasalah mak cik. Kita ni kerja makan gajikan. Suka ke tak tetap kene ikut kata bos."

"Tulah mak cik pun tak boleh nak buat apa.  Demi kerjakan. Asalkan dia tak buat benda pelik-pelik sudah. Dia jer satu-satunya harapan keluarga kami. Lepas arwah suami mak cik meninggal. Memang dia jer yang usaha kehulu-kehilir cari duit,"luah Mak Cik Hasanah sambil tersenyum sayu. Juah di sudut hati wanita tua itu, ada sebersit rasa bersalah kerana tidak dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak lelakinya.

Syakira hanya diam. Sedikit terpempan. Dia tidak tahu apa yang harus dia jawab untuk menyedapkan hati wanita itu. Jalan yang paling selamat hanyalah menganggukkan kepala.

"Mak cik nak balik dah ke? Mari saya hantarkan,"ujar Syakira seraya mencapai barang-barangnya.

"Ehh takpe ke? Mak cik jalan kaki pun takpe. Rumah mak cik tak jauh pun dari sini."

"Eh takpe mak cik. Anggaplah ni sebagai ucapan terima kasih sebab makcik tolong saya tadi hehehe." Tak cakap banyak, Syakira segera mencapai beberapa barang yang turut ada di tangan  Mak Hasanah untuk membantu wanita itu.

"Aihh mak cik bawak pun takpe Sya. Kesian kamu nak bawak banyak-banyak." 

"Tak pe mak cik. Sya ni kuat tau. Mak cik jangan risau. Bukan setakat barang-barang ni. Dengan makcik pun Sya boleh angkat,"ujar Syakira tergelak kecil. 

"Ade ade jelah kamu ni haih,"ujar Mak Hasanah turut tersenyum.

5 minit sahaja masa yang diperlukan untuk mereka tiba ke rumah mak cik Hasanah. Betul-betul dekat ni!

"Sya nak singgah dulu?"soal Mak Hasanah mempelawa wanita itu. 

"Takpelah mak cik. Sya nak kene balik dulu ni. Kejap lagi dah nak masuk kerja dah. Takut lewat pulak,"tolaknya sopan. Mak Hasanah menganggukkan kepala. "Hati-hati yaa. Terima kasih sebab tumpangkan makcik".

Sya membalas senyuman wanita itu sebelum mengundurkan keretanya. Dari jauh dia lihat anak gadis Mak Hasanah, Dian terpisat-pisat menggenyeh mata di muka pintu sebelum bergegas ke arah emaknya untuk menolong. Syakira tersenyum sendiri. Seronok betul bila ada mak ni. Dia mengeluh sendiri. Gear ditolak sebelum pedal ditekan. Keretanya meluncur laju  di atas jalan.

Tepat jam 12, Syakira melangkah masuk ke pejabatnya.

"Selamat tengahari tuan!" Ujar dua orang amggota polis  yang berselisih dengannya. Syakira membalas sapaan tersebut sambil tersenyum.

Langkah Syakira akhirnya terhenti tepat di hadapan pintu kayu. Tertera namanya bersama-sama jawatan yang di sandang.

"Nur Syakira:Asisten Superintenden Polis (ASP)"

**********
Okayh done utk chapter 1. Buat pendek dlu... Utk panaskan enjin. Kalau typo tu halalkan jelah ye


A.R.A [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now