Prolog

278 25 19
                                    

Gelap. Bilik suram itu berbau hanyir dengan darah namun dia masih dapat melihat satu sosok yang terikat kemas pada sebuah kerusi yang terletak di tengah-tengah ruang. Dia berjalan perlahan mendekati mangsanya. Wajah kacak itu kelihatan tidak lagi bermaya. Dia menyeringai melihat mangsa yang sudah nyawa-nyawa ikan. Muka lelaki kacak didepannya ditatap lama. Luka. Wajah tu penuh dengan darah.

"Darah adalah seni yang indah.Aku tak faham kenapa ramai yang tak suka,"gumamnya sendiri. Dia mengusap wajah lelaki tadi sehingga lelaki itu terjaga.

"Pergi...Pergi kau syaitan. Apa kau nak dari aku?!!Lepaskan akulah sial!!!"jerit lelaki tadi. Matanya terpancar jelas sinar ketakutan.

Ara menyeringai. Dia teruja. melihat mangsanya diselubungi ketakutan. Perlahan lahan dia membelai wajah lelaki itu dengan penuh kelembutan.

"Why sayang? Semalam you yang tak nak lepas I... why sekarang you minta I lepaskan you? Bukan ke you suka kalau I belai macam ni?"soalnya sinis. Tubuh lelaki itu menggeletar kuat.

"Ptuihh,kau dah giler ke pompuan.Lepaskan akkk..."

BAMM!

"Arghhh!!!" Jerit lelaki itu sekuat hati. Dia menggelupur di situ. "Sakit?" Bisik Ara perlahan. Dia menyentuh telapak tangan mangsanya yang sudah berlubang.

"Sakitkan?" Lelaki itu tidak mampu menjawab. Hanya mengangguk dengan linangan air mata.

"Tapi sakit ni... Tak sesakit yang aku rasa dekat sini!" Jerit Ara disusuli bunyi tembakan lain.

"Arghh! Ya Allah..."kali ini jeritannya semakin perlahan.

"Sekarang baru ingat Tuhan?" Soal Ara sinis. Inilah manusia. Ketika tiada lagi harapan laju sahaja nama Tuhan meniti di bibir. Dia memijak kesan tembakan pada kaki lelaki tersebut.

"Sakit... Ampun kan aku. Aku minta maaf... Tolonglah... Tolong lepaskan aku... Aku sanggup... Sanggup bayar berapa pun yang kau nak... Tolonglah aku merayu..." Lirih suara lelaki itu memohon.

"Aaa... Sayang... Jangan macam ni...,"Ara tersenyum manis. Dia menunduk sedikit. Menyamakan ketinggian mereka. Kedua-dua belah tangannya di angkat membelai wajah lelaki itu.

"Irfan sayang ... Jangan menangis... Lelaki mana boleh nangis kan?"

Irfan hanya diam. Air matanya sudah seperti air hujan. Mengalir tanpa henti. Sekarang nyawanya benar-benar di hujung tanduk. Dia pasrah.

"Apa salah aku..."soalnya perlahan. Penat dengan permainan ini.

"Kau nak tahu salah kau?"soal Ara sinis. Bibir diketap perlahan. Pistol yang ada di tangan di lambung tinggi.

"Biar aku bagi klu..." Ujarnya sambil menangkap pistol tadi. Picu di tarik.

"Klu dia adalah..."

"Apa ... Apa kau nak buat tu?" Irfan mulai cemas apabila muncung pistol di halakan kepadanya.

"I6 April... 3 tahun yang lalu..."

"I6 April? Wait... Tarikh tu... Jangan cakap kau..." Kata-kata Irfan terhenti.

"Selamat tinggal..."

"Tolong... Jangan!!!"

BAMM!!!

Darah merah terpercik ke merata-rata tempat. Kepala lelaki itu berkecai dihadapan Ara. Dia memandang tanpa perasaan.

"Ini pengakhiran terbaik untuk makhluk terkutuk macam kau,iblis,"kata Ara seraya melangkah pergi.

A.R.A [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now