-1-

20 2 0
                                    

" Riq, siapa bagi? " tanya Kashran kepada salah satu sahabatnya

" Entah minah mana letak tadi , korang nak makan ke kalau tak aku nak bagi kucing ni " jawab Fariq

" Tak nak " jawab Kashran dan Naem serentak

" Well aura aku kuat dan tidak dinafikan lagi aku handsome sampaikan dari tadi perempuan tu usha arah sini " terang Naem sambil mencuba sedaya upaya untuk mengawal riak wajahnya

kata‐kata Naem tidak diendahkan walau sedikit oleh Fariq dan Kashran. Mereka meninggalkan Naem Qheir sendirian di belakang.

Tun Muhammad Kashran bin Tun Ahmad, Naem Qheir bin Nadhir dan Tengku Fariq bin Tengku Farhan merupakan tiga sahabat karib yang terkenal di Sekolah Menengah Mapple. Mereka dikenali sebagai 'Eagle Trio'. Pengaruh mereka di sekolah sangat besar disebabkan oleh ahli keluarga Naem Qheir ialah pemilik sekolah tersebut. Hubungan mereka sangat rapat semenjak dari tadika lagi.

Tambahan pula mereka bertiga sangat disegani oleh pelajar‐pelajar yang lain kerana sentiasa mengekalkan kedudukan top 5 di dalam setiap peperiksaan. Kekacakan yang mereka miliki membuatkan gadis‐gadis jatuh hati dengan sekali pandang tetapi bukan bagi seorang gadis ini.

Kyra Dayana mempercepatkan langkah kakinya menuju ke bilik guru. Cikgu Bahar telah memberi warning kepadanya untuk menghantar kerja sekolah itu tepat pada pukul sepuluh pagi.

Jikalau lewat , Kyra perlu memotong rumput di padang sekolah . Denda yang diberikan sedikit berat memandangkan hanya Kyra seorang sahaja yang belum menghantar kerja sekolah tersebut . Tambahan lagi , Cikgu Bahar memang terkenal dengan sifat garang . Pelajar yang berada berdekatan dengan Cikgu Bahar mesti akan merasa juga bahangnya . -_-

Ramai pelajar lalu-lalang kerana waktu tersebut ialah waktu rehat. Hal tersebut menjadikan pergerakan Kyra sedikit terganggu . Kyra melihat sekeliling bagi mencari jalan pintas untuk dilalui. tiba tiba ,

*bak*

semua kertas kerja sekolahnya yang terpegang kemas jatuh berselerak .

" Alamak.. macamana ni haduh." rungut Kyra sambil mengutip balik kertas-kertas tersebut

Lelaki yang dilanggarnya sebentar tadi langsung tidak dilihat . Yang penting cikgu Bahar tidak mengamuk . Selesai mengutip kertas-kertas tersebut dia terus sambung bergerak menuju ke bilik guru .

" Siapa dia tu? " tanya Kashran kepada Fariq

" Kau tak kenal dia? " tanya Fariq

Kashran hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu

" She is Kyra Dayana , dia famous among the students sebab dia cantik dan aktif dalam bidang kurikulum " terang Fariq

" I see . " balas Kashran

" Nak cuba ngorat dialah manatahu greenlight " Naem tiba-tiba menyampuk

" Mengada betul , makcik kantin pun tak approve kau hensem " gurau Fariq

" Dasar , kawan ke macamni ? sampai hati, majuk ah gini " Naem memulakan lakonannya

dia melakukan gaya persis bayi yang sedang menangis

🌓 Angelyc's Amour 🌗

" Kembali! " Kyra memberi arahan

" ZERK! "

para pendekar dan srikandi kembali ke posisi asal selepas selesai melakukan semua step.

Di hujung dewan, ada dua pasang mata yang memerhati gerak-geri Kyra dihadapan.

" Setakat ni ada sesiapa yang tak faham ke ? jangan takut untuk bertanya, nanti tertinggal . ingat yang saya akan check satu persatu kejap lagi " tegas sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Kyra

🌓 Angelyc's Amour 🌗 [OG]Where stories live. Discover now