7 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

1.9K 87 1
                                    

Zafrel merenung tubuh kecil yang hanya dibaluti lingerie yang entah ada kain atau pun tidak itu. Kain lingerie itu jarang menyebabkan nampak tubuh Lyra yang tiada memakai apa-apa dibahagian dalam. Renungan dia pada Lyra dalam. Hatinya meronta-ronta inginkan gadis itu lebih tapi dia harus menahan sebaik mungkin. Dia tak mahu merosakkan gadis itu awal-awal.

Zafrel tersenyum kecil. Andai saja gadis itu tahu bahawa dia takkan menjual gadis itu ke Thailand, mesti banyak perangai yang Lyra akan lakukan untuk keluar daripada sini.

"Lyra Dania..." suaranya perlahan menyebut nama Lyra. Lyra bakal jadi perempuan simpanan kegemaran dia selepas ini. Zafrel akan pastikan itu. Dia mahu memiliki Lyra sepenuhnya. Dia mahu layan Lyra baik,  sebaik-baiknya, lalu dia akan hancurkan Lyra. Sehancur-hancurnya.

Hancur.

Senyuman kecil yang terbit di pinggir bibirnya bertukar menjadi senyuman sinis yang tersangat sinis.

•••

Tangan sasa yang memeluk aku erat itu aku tolak ke tepi. Perlahan-lahan. Aku tak mahu lelaki disebelah aku ini terjaga. Sangat bahaya. Otak aku sudah mencerna apa yang akan aku lakukan terhadap perempuan sial itu sekejap lagi.

Tubuhku yang hanya tersarung lingerie jarang itu aku biarkan saja.

Aku. Suka. Pakaian. Ini.

Untuk menjadi tatapan Zafrel.

Aku berjalan keluar dari bilik. Ruangan yang mewah dan gah ini semua aku pandang lama. Aku tak sangka yang Zafrel akan bawa aku ke sini. Jauh disudut hatiku, aku mahu masuk ke bilik dan tidur, namun bagaikan ada satu 'rasa' yang menyerap ke sanubari hati ini untuk meneruskan saja niat tadi.

"Bunuh dia, bunuh dia, bunuh dia..."

Aku berbisik halus.

Kawasan ini banyak penjaga, berbadan tegap dan kacak. Mereka memandang aku lama. Aku nampak mereka menelan liur. Senyuman suka terbit di bibir.

Entah apa yang merasuki aku, aku rasa seperti aku lain malam ini. Tubuh aku, bukan aku yang kawal tapi...

'Aku yang kawal kau, Lyra. Aku... aku nak balas dendam untuk kau, Lyra... aku nak kau tolong aku...'

Suara otak sendiri. Aku-

"Tolong apa?"

Soalku membuka bersuara dengan intonasi perlahan.

'Tubuh kau. Hanya sekejap. Dan semua akan selesai.'

Aku mengetap bibir rapat. Suara aku ke? itu diri aku ke?

'Ya, cuma ini versi jahat kau, Lyra sayang...'

Aku diam.

Kaki ini terus melangkah keluar dari mansion besar ini. Angin sejuk sibuk mencumbui wajah dan seluruh tubuhku yang hanya berpakaian jarang ini.

Entah mengapa di tengah-tengah kawasan antara asrama dan mansion ini ada kapak dan aku- tangan aku mencapai kapak itu!

Aku serasa tak mampu untuk mengawal tubuhku. Aku rasa bagaikan ini semua spontan. Aku jalan, ambil kapak, senyum itu semua spontan.

Aku berjalan ke arah pagar yang menghalang antara asrama dan mansion ini. Ada Bodyguard yang jaga. Dia merenung aku penuh dengan kepelikkan.

"Saya nak balik asrama. Tuan Zafrel suruh..."

aku menciptakan senyuman kecil kepada dia.

Dia geleng. "Tak bo-"

Tiba-tiba dia memegang telinganya, seperti ada panggilan melalui alat telinga yang dipegangnya itu. Dia melihat aku sekilas lalu mengangguk sambil bercakap sesuatu yang tak aku dengari.

Lalu dia memandang kapak di tangan aku. Dan bercakap sesuatu lagi dan mengangguk beberapa kali. Tidak lama kemudian panggilan tadi seperti sudah tamat pabila dia seperti menekan butang berhenti dan memandang aku lama.

"Silakan." pintu pagar dibuka.

Aku tersenyum manis ke arahnya.

"Terima kasih."

Dia mengangguk saja. Aku melangkah masuk lalu memandang kiri dan kanan. Kawasan asrama sunyi. Setiap bilik dorm semua gelap, mungkin mereka semua dah tidur. Sekarang dah pukul 3 pagi pasti semua dah tidur.

Senyuman sinis aku makin melebar. Lagi mudah kerja aku untuk membersihkan tempat ini.

Aku berjalan ke salah satu bilik yang tertera nama Zila. Bilik itu aku cuba pulas tombolnya, aku terkejut. Tak berkunci? Selalu mereka akan kunci bilik-bilik mereka sendiri sebelum tidur. Aku mengangkat bahu, kerja aku tampak mudah malam ini.

Krek...

pintu aku buka. Saat itu figura seseorang yang enak ketiduran aku pandang sinis. Manusia sebegini memang tak ada rasa serbesalah ke selepas membuli orang? Pintu aku tutup.

Bilik-bilik di sini semua kalis bunyi. Bagus kan? Faham-faham jelah kenapa bilik-bilik ini kalis bunyi.

Aku berjalan mendekati Zila.

Aku menyentuh sedikit lehernya. Aku mahu dia sedar, aku mahu dia bagaimana rasanya mati. Mesti seronok!

"Ishh apa ni..."

Zila menepis tanganku. Aku menganggu dia lagi dengan pelbagai cara. Dia menepis dan terus menepis. Susahnya perempuan sial ni nak bangun.

Tak lama kemudian aku memandang ke arah pintu bilik air. Senyuman sinis aku ukir buat entah kali ke berapa.

Kaki aku melangkah ke arah bilik air. Aku capai gayung dan mencedok air yang sudah ditadah penuh didalam baldi.

Aku keluar dari bilik air dan dengan laju tangan aku menyimbah air ke arah dia.

"Oii!"

Zila terbangun.

"Apa ni?!!!" soal dia kasar. Wajahnya yang basah dia lap menggunakan selimutnya setelah itu dia memandang aku. Tajam.

"Apa masalah kau ni?" Dia melihat sekeliling sekilas lalu menatap aku tajam, aku tersenyum sambil menggengam kapak yang ada di tangan aku erat.

"Masalah aku adalah kau."

"Huh?"

"Kau tak puas hati ke aku buli kau? Bukan kau dah diselamatkan Tuan Zafrel ke?" Die memeluk tubuhnya sendiri sambil tersenyum jahat.

"Kenapa? Cemburu ke?" soalku sinis.

"Yela, aku dah dapat tengok bilik Zafrel... tubuh Zafrel macam-macam lagi..." aku menggigit dan menjilat bibir bawahku. Wajah mengejek aku hadiahkan pada dia.

Ekpresi wajah Zila berubah.

"Bukan itu saja. Dia dah tanam benih dia dalam rahim aku..." aku memegang perutku. "Tak sabar nak ada anak dengan dia. Lepas itu, kami bahagia sama-sama. Seronok!" 

Aku tipu dia. Zafrel dan aku tak pernah buat apa-apa. Kenapa mulut aku ini?

"Diam!"

Dia menatap aku penuh cemburu.

"Kau memang sundal ke? Muka tak adalah cantik mana, tapi kenapa Zafrel suka lebihkan kau? Hidung kemek, papan, muka macam dinding dan leper. Kenapa dia masih pilih kau?"

Untuk kata-kata itu sedikitpun aku tak terasa.

"Sebab aku cantik dekat mata Zafrel. Dan kau..." aku pandang dia atas bawah beberapa kali. "buruk, hodoh, muka macam beruk, patutlah perangai macam beruk juga. Hahaha" aku gelak.

Zila sudah bersedia untuk menampar aku namun terhenti tatkala nampak aku memegang kapak.

"Kau tampar aku guna tangan, aku tampar kau guna kapak. Kemon bebeh!"

"Sial."

kami berdua berpandangan sebelum dia...

Menyepak aku.

𝐙𝐀𝐅𝐑𝐄𝐋'𝐒 𝐁𝐀𝐁𝐘𝐃𝐎𝐋𝐋 [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now