10 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞

581 23 0
                                    

Langit malam menjadi tatapan aku saat ini. Aku hanya merenung kosong, entah apa yang ada di atas sana. Hanya bintang dan bulan sedang terang bercahaya. Jiwaku sekarang ini tak tahu mahu rasakan apa. Rindu ibu tapi aku tak mampu untuk luahkan.

Aku tak ada ilmu. Yang aku tahu jikalau lelaki berpegangan dengan wanita yang bukan mahramnya adalah dosa. Tak banyak yang aku tahu tentang agama. Sejak kecil hingga kini aku tak pernah ke sekolah, tak pernah belajar. Yang aku tahu ini pun ada yang aku terdengar dari mulut orang-orang ditempat aku.

Aku kosong. Aku kosong tanpa ilmu. Mengeja juga aku tak pandai. Entahlah, tak tahu mengapa hidup aku ditakdirkan begini. Allah benci kan aku ke?

Asrama ini makin pelik aku dibuatnya setiap hari pasti sahaja ada perempuan-perempuan baru yang akan masuk. Bukan sorang mahupun dua tetapi berpuluh-puluh sehari tu. Bilik yang dulu didiami orang lama akan diganti dengan orang yang baru.

Cuma seorang sahaja yang sentiasa ada di hadapan mata aku iaitu...

Mikayla.

Dia sekarang ada dibilik aku sedang elok berbaring sambil membaca novel. Entahlah novel apa itu. Tebal sungguh. Tiba-tiba aku mahu tanya kepada dia, mana orang-orang lama pergi...

Aku berjalan mendekati dia.

"Mikayla... boleh tak saya nak tanya?" soalku sembari mengambil tempat di sebelah dia yang tampak kusyuk sungguh membaca novel. Aku mengulum lidah di dalam mulut. Cemburunya aku dengan dia, dia pandai baca. Aku tak pandai langsung, kenal lah juga huruf tapi tak semua lah. Hmm.

Mikayla sepertinya membaca habis ayat novel sebelum dia bangun dan duduk juga di sebelah aku cuma dengan gaya bersila dan bersandar pada dinding bilik aku ini.

Dia memandang aku sambil mengerutkan kening, "Awak nak tanya apa? Macam serius saja?" soal Mikayla sambil menutup novel sebelum itu dia menanda dulu dengan pen miliknya dan ditutup.

"Hmm... soalan ni tak tahulah kalau bagi awak serius ataupun tidak tapi serius bagi saya..." jawabku sambil menunduk makin lama makin pelan pula suara aku ini. Aku malu dengan Mikayla sebenarnya--entahlah malu sebab apa.

"Tanya jelah, awak nak tanya apa-apa boleh je. Saya senior di sini banyak yang saya tahu tapi tak semua lah---"

"Mana orang-orang lama kat sini? Setiap hari pasti bilik mereka berganti orang. Kemana mereka pergi, Mikayla?" soalku penuh tanda tanya. Aku menatap matanya lama mencari kejujuran dalam setiap kata-kata yang bakal keluar daripada mulutnya sebentar lagi.

Mikayla tersenyum nipis, dia melawan pandangan mata aku dengan---tidak ada getaran pun ingin menjawab soalan aku.

"Mereka akan dijual di negara luar Mikayla... kebanyakkan mereka bukan muslim, mereka memang pelacuran murahan yang banyak di tepi jalan di lorong-lorong cuma--apabila mereka menyerahkan diri disini dan lalu dijual mereka akan menjadi pelacur pangkat VVIP untuk orang luar," Mikayla masih menatap aku. Aku tak jumpa pembohongan dalam kata-kata yang barusan dibicarakan.

"Mereka pun tak tahu apa yang akan jadi di luar sana, kata orang-orang Zafrel mereka akan di hantar di Thailand dan beberapa negara lainnya. Namun, saya pernah ada kawan rapat dia di hantar ke Thailand tapi alasan Thailand itu hanya transit mereka kepada kehancuran mereja sendiri. Setelah dia menceritakan apa yang berlaku kepada saya beberapa hari selepas itu saya cuba menghubungi dia namun tiada jawapan. Dia hilang dalam kehancuran yang dia bina sendiri--"

Senyuman manis Mikayla tadi bertukar kepada senyuman lesu sembari dengan itu tangam kecilnya mencapai tangan aku untuk di pegang, "Saya pun tak tahu kenapa saya masih di sini, sudah 3 tahun saya di sini. Pernah sekali saya perlu naik bas hitam yang memang akan penghantaran pelacur setiap hari akan tetapi... adik kepada Zafrel suruh saya hanya menetap di sini dan jangan sesekali lagi sibuk untuk ke Thailand..." sambungnya. Air mata jernih sudah bertakung di kolam mata.

"Zayn Zariel yang selamatkan saya dalam macam-macam yang bakal menimpa saya. Ikutkan, abangnya Zafrel tak mahu saya ada di sini dan tak mahu juga melepaskan saya daripada sangkar dosa yang mereka bina ini, tapi adik dia lah yang ugut abang dia. Entah apa yang di ugutnya sampai Sir Zafrel okay saja dengan saya sejak itu--" Mikayla tersenyum nipis bersama wajah yang tiba-tiba berona merah seperti malu ingin memberitahu aku perihal sesuatu.

Pasal adik Sir Zafrel ke?

"Tapi awak jangan risau, kita nasib mungkin sama. Awak dan saya takkan kemana-mana negara sekalipun," dia memegang kedua belah pipi aku. "Saya rasa kita berdua akan keluar juga daripada sini. Cari tempat lain."

Seketika aku terkelu melihag tekad dimatanya. Aku akan ikut Mikayla juga!

♤♤

Entah itu hanya kebetulan atau apa kini aku sedang duduk berhadapan dengan Zafrel yang sedang merenung aku dari atas hingga bawah tanpa berkelip mata tajam dan aura mengancamnya seperti ingin ancam aku itu membuatkan aku mahu melawan pandang dia dengan pandangan takut-takut.

"Jujur dengan aku, babydoll tadi kau dengan Mikayla borak tentang apa?" soal dia bersuara garau. Jarak kami hanya di pisahkan meja kerjanya yang mempunyai perlbagai barang-barang berharga dan penting. Dia duduk santai bersandar pada kerusi hitam likat miliknya sambil mencantumkan kedua-dua jari-jarinya kanan dan kiri sesama sendiri dan mengetuk-ngetuk kecil mengikut rentak dan giliran.

"Hah? Tak ada apa pun cuma—"

"Lurus je boleh tak? Tak payah nak bengkok-bengkok!" suara Zafrel naik seoktaf sambil merenung aku dengan matanya yang mulai memerah seperti entah— apa yang terjadi sehingga membuatkan dia memandang aku begini sekali?

"Ni bukan salah Mikayla tau, saya yang tanya dia. Saya tanya dia mana perempuan yang duduk di sini pasti berganti dengan perempuan yang baharu. Setiap hari." aku mengenggam kedua belah tangan aku saling berpelukkan di bawah meja Zafrel yang sudah berpeluh macam nak gila! Macam mana dia tahu saja perbualan antara aku dan Mikayla?

"Kau dengan Mikayla nak keluar daripada sini?" soal dia sambil mencipta kekehan yang sungguh kedengaran sinis di telinga sesiapa pun yang akan mendengarnya. Aku hanya menunduk saja, tadi aku agak terkejut dengan soalan yang di ujarkannya.

'Bagaimana dia tahu?' getusku di hati lubuk paling dalam.

"Jangan harap ya..."

Aku terus mengankat wajah memandang dia yang sedang memetik api dan bakar rokoknya yang sudah dia sangkutkan pada bibir sensualnya. Mata itu masih menatap ku lama, walaupun dia buat kerja lain dia sibuk memandang aku bersama pandangan yang tak mampu ku tafsirkan.

"Dengarkan? JANGAN HARAP." Titik tanpa koma itu adalah amaran bukan lagi arahan, aku mengeluh secara pelan. Dia meletakkan pemetik api di atas meja setelah selesai membakar putung rokoknya. Dia memegang putung rokoknya dengan dua jari yang saling mengepit, asap dihembus ke udara.

Mata itu masih menatap aku.

"Tidur dengan aku, malam ni."













HAI! Maaf ya lama sangat tak update setahun lebih saya tak update sebab macam-macam masalah saya hadapi tahun ini. saya minta maaf ya. selepas ini doakan saya rajin dan semangat juga untuk update! btw jangan lupa follow ig saya ye!

rosenmoonica

follow tauu sebab kalau ada apa-apa saya akan umumkan di sana! Love ❤️💋


𝐙𝐀𝐅𝐑𝐄𝐋'𝐒 𝐁𝐀𝐁𝐘𝐃𝐎𝐋𝐋 [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now