11 ; ℨ𝔞𝔣𝔯𝔢𝔩 𝔏𝔶𝔯𝔞 🫦

608 20 0
                                    

Aku hanya memandang ke sisi saat sudah berbaring di katil bersaiz king milik Zafrel, aku lebih memilih memandang ke arah dinding yang berwarna kekuningan emas daripada perlu menoleh ke arah ruangan lain dan terpandang pintu bilik mandi yang sekejap saja lagi pasti terjenggul wajah kacak dan sempurna milik Zafrel.

Selimut tebal berwarna hitam bercorak keemasan itu aku tarik hampir menutup seluruh tubuhku hanya kepala yang timbul. Sungguh sejuk ketika ini tambahan lagi diluar hujan lebat. Sesekali otak aku terfikirkan tentang apa yang Mikayla katakan.

Telefon yang dibeli oleh Zafrel tempoh hari aku capai. Aplikasi yang Mikayla kenalkan pada aku, aku buka. Instagram, tiktok, facebook, youtube dan beberapa aplikasi yang lain, sungguh aku tak pernah terbayang akan ada telefon semahal dan secanggih ini.

Aplikasi Instagram aku buka. Aku slide ke tepi untuk mengambil gambar sendiri. Bak kata Mikayla 'selfie'. Hahaha. Tak kelakar tapi aku nak gelak juga.

Ada beberapa filter di situ yang Mikayla juga simpankan. Aku tak tahu semua benda ini. Yang aku tahu aku nak selfie. Hehe.

kecekak!

Beberapa foto dan pos wajah aku yang berlainan aku ambil. Sesekali aku juga cuba pos dengan wajah yang segaja di seksi kan, lidah terjuih bersama mata kuyu. Oh! Itu tanpa sedar aku buat, aku juga tidak ambil pusing dengan foto itu kerana tu telefon aku. Macam orang lain, mungkin tiada siapa yang berani buka telefon orang sesuka hati meskipun tiada lock screen.

Hilang saja bunyi pancuran air di dalam bilik mandi, aku terus letak telefon di tepi kepala dan terus acah-acah sambung tidur. Tak lama kemudiam bunyi pintu bilik air dibuka. Aku terus sedaya upaya memejam mata seerat-eratnya.

Bunyi tapak kaki Zafrel kedengaran mungkin bergerak ke arah tempat memakai baju, tak lama kemudian bergerak pula ke arah cermin. Mungkin. Dan tak lama kemudian terasa belakang tubuh aku seperti ke bawah sedikit akibat dia yang sudah henyak tempat di sisi aku. Hampir tenggelam aku dibuatnya.

Tak lama itu terasa tubuhnya menggesot mendekati aku sambil menarik selimut, pinggang kecil aku di tarik ke dalam pelukannya membuatkan posisi aku lekuk tubuh aku ke arah dia dan kepala aku masih di posisi tadi cuma tergerak sedikit.

Terasa juga nafas hangatnya yang berada di belakang aku—betul-betul di belakang aku. Di atas kepala aku.

"Aku tahu kau tak tidur lagi..." bisiknya perlahan bersama suara yang terdengar sangat lelah. "Mana telefon kau? Aku nak pinjam tengok tiktok..." ujarnya sambil meraba-raba di sisi aku yang dimana memang aku letak telefon tadi. Mata aku terus terbuka dan membulat terkejut dengan perlakuan sambil lewanya itu.

"Eh! mana boleh! mana telefon awak? Pergilah main telefon sendiri!" jeritku sedikit kuat, sempat lagi sambil aku menjerit tadi aku mencapai telefon aku yang hampir saja dia pegang tadi.

Terus aku menoleh ke arah dia sambil memegang erat telefon aku ke belakang. Aku tidak kisah dia nak tengok telefon aku pun, tapi tidak dengan gambar tadi—

Zafrel membuat memangku kepalanya bersama tangan sasa menyenget menghadap aku bersama kening terangkat sebelah. "Telefon aku habis bateri, kenapa kau tak bagi aku pinjam telefon tu? Kau buat laporan polis ke pasal mak bapak kau jual kau dekat aku? Hm, Lyra?" soal dia bertubi-tubi bersama riak wajah yang tenang tanpa rasa gentar walaupun memang ya, aku tak buat pun. Sebab Mikayla banyak beri amaran pada aku ketika dia mengajari aku perihal telefon ini.

"B-ukan— Bukanlah, saya cuma—tak selesa kalau awak buka telefon saya. Bak kata orang, privasi." ujarku bersuara sedikit gementar namun tetap juga aku cuba untuk membuat gementar itu.

Dia tersenyum sinis melihat aku atas bawah.

"Apasal? Kau ada boyfriend? Kau ada share gambar tak senonoh kau dekat boyfriend kau ke?" menyinis. Aku hampir terkejut dengan penyataan bodohnya itu! Dia ingat aku semurah itu kah?

𝐙𝐀𝐅𝐑𝐄𝐋'𝐒 𝐁𝐀𝐁𝐘𝐃𝐎𝐋𝐋 [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now