16 : Mystery

197 40 28
                                    

Jeonghan masuk ke dalam rumah sambil memapah Chan yang kelihatan sangat lemah dan tidak terurus.

Jeonghan mendudukkan Chan di ruang tamu, membuatkan semua yang berada di situ terkejut melihat keadaan Chan yang menyentuh hati mereka. Mereka tidak pernah menyakiti Chan bahkan mereka memberikan kasih sayang sepenuhnya pada Chan.

Kesemua mereka menghampiri Chan yang bersandar di sofa. Mereka memandang sayu dongsaeng mereka yang cedera. Ia menjelaskan bahawa Chan dipukul dengan teruk.

"Chan, what happened to you?" Joshua menyoal dengan nada suara yang sedih. Sedih melihat saengnya dalam keadaan seperti itu.

"Chan kena fitnah, hyung. Hiks." jawab Chan lalu mula menangis teresak.

"Siapa yang buat Chan sampai macam ni?" Seungcheol bertanya sambil membelai lembut rambut Chan.

"Senior Chan, Jimin hyung dengan Yuna noona." Chan menjawab. Tangannya laju sahaja menghapus air mata yang mengalir dari tadi.

Seungcheol terdiam apabila kedua nama itu disebut oleh Chan. Dia amat mengenali Jimin dan Yuna.

'Jimin, kau jadi jahat macam Yuna ke?'

"Jeonghan hyung, boleh tak hyung cerita kat kitaorang dari mula sampai habis?" Mingyu menyoal. Dia pasti rakan-rakannya yang lain juga turut ingin mengetahui bagaimana perkara ini terjadi pada Chan.

Jeonghan hanya mengangguk lalu menceritakan semua yang terjadi kepada Chan.

Seungcheol yang mendengar cerita itu, dalam diam, dia menggepalkan penumbuk.

'Aku akan tamatkan semua ni. Tunggu aku.'

•••

Malam menjelma. Junhui menonton televisyen di ruang tamu. Matanya memandang televisyen itu namun fikirannya melayang ke tempat lain.

"Kau fikir apa, Jun?" soal Joshua setelah duduk di sebelah Junhui. Junhui memandang Joshua sekilas.

"Tak ada apa." Junhui tersenyum nipis.

"Kalau kau ada masalah, cerita lah pada hyung." Joshua masih memujuk Junhui supaya memberitahu apa yang jejaka itu fikirkan.

Junhui mengeluh perlahan sebelum memberitahu perkara yang mengganggu fikirannya.

"Cheol hyung, dia... kelihatan misteri." ujar Junhui.

Dia menyedari Seungcheol seorang yang misteri. Dia baru terfikir ke manakah hyungnya itu pergi sebelum muncul semula di kehidupan mereka.

Joshua tersenyum nipis. Dia ingatkan hanya dia sahaja yang menganggap Seungcheol itu penuh dengan misteri. Rupanya, ada orang lain juga yang beranggapan dengannya.

"Hyung ingat hyung je yang rasa Seungcheol tu misteri. Rupanya kau pun sama macam hyung."

"Seungcheol hyung tu misteri lah. Kadang-kadang tingkah laku dan percakapan Cheol hyung tu penuh dengan misteri. Penat aku rungkaikan misteri dia. Kan, hyung?" Junhui menerangkan tentang Seungcheol dan diakhiri dengan soalan untuk Joshua.

"Ya, tingkah laku dan percakapan Seungcheol sangatlah misteri. Tak apa, nanti kita rungkai misteri tu sama-sama. Tapi ni janji kita berdua je. Janji?" Joshua menghulurkan jari kelingkingnya pada Junhui. Junhui tanpa banyak kata, memautkan jari kelingkingnya menandakan dia berjanji dengan Joshua.

"Erm, Shua hyung, Cheol hyung mana?" soal Junhui. Dia bertanya kerana dari tadi dia tidak melihat Seungcheol di rumah.

"Dia keluar. Nak jumpa kawan baru dia." jawab Joshua dingin. Junhui mengerutkan dahinya apabila Joshua tiba-tiba bersikap dingin. Setelah memahami ayat Joshua, Junhui tersenyum senget.

"Kenapa hyung dingin tiba-tiba ni? Hyung jealous eh Cheol hyung ada kawan baru." Junhui tergelak kecil melihat wajah Joshua yang cemberut.

"Mestilah jealous dia ada kawan lain selain dari kita." Junhui menggelengkan kepalanya tanda kesal dengan sikap Joshua yang agak kebudak-budakan.

"Macam lah aku tak tahu. Hyung pun ada kawan lain selain kitaorang." Joshua hanya tersengih mendengar kata-kata Junhui.

•••

Seungcheol duduk di sebelah Taehyung sebaik sahaja dirinya tiba di taman.

Taehyung melihat sekilas wajah Seungcheol sebelum membuang pandangan memandang taman permainan yang berada di hadapan mereka.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" soal Taehyung. Dia mengambil sebiji batu dan membalingnya jauh.

"Aku nak tanya kau sesuatu. Adakah kau mengalami nasib yang sama macam aku?" Seungcheol bertanya kepada Taehyung. Taehyung tersenyum nipis. Sudah diagak olehnya, Seungcheol pasti akan bertanya tentang perkara ini.

"Ya. Aku mengalami nasib yang sama, macam kau." jawab Taehyung. Angin sejuk yang membelai kulit mereka langsung tidak menganggu mereka bahkan mereka tidak berasa sejuk pada malam itu.

"Kenapalah nasib kita ni malang. Lepas aku, kawan aku pula yang jadi mangsa." Taehyung memandang Seungcheol, meminta penjelasan dari lelaki itu.

"Kawan aku pun menerima nasib yang sama macam kita. Tapi dia tak lah jadi macam kita. Cuma kalau selalu kena buli, mungkin dia akan ikut jejak kita." Taehyung mengangguk memahami.

"Kawan-kawan kau tahu tak pasal kau?" Seungcheol hanya menggeleng.

"Aku belum bersedia untuk beritahu semua yang terjadi pada aku. Aku takut kalau mereka tak boleh terima. Dan yang paling aku takut, mereka mungkin akan bencikan aku." ujar Seungcheol lirih. Dia menitiskan air matanya tatkala memikirkan tentang kawan-kawannya.

Taehyung tersenyum nipis sebelum menepuk bahu Seungcheol, memberikan semangat buat jejaka yang sebaya dengannya itu.

"Dah, jangan sedih. Aku tahu kau boleh hadap semua ni." beberapa mutiara jernih mula membasahi wajah Taehyung. Dia tahu perasaan Seungcheol kerana dia juga pernah menghadapi situasi yang sama sehingga seseorang itu berubah kerananya.

"Tae, kenapa kau nangis juga?" Seungcheol tergelak kecil apabila melihat Taehyung turut menangis.

"Kau lah yang buat aku nangis. Sedih tahu tak?!" Taehyung juga tergelak lalu mengelap air mata di wajahnya.

"Tae, aku balik dulu eh. Kalau ada masa, kita jumpa lagi." Seungcheol bangun dari duduk, membuatkan Taehyung juga turut bangun.

"Okay Cheol. Hati-hati. Aku sayang kau." Taehyung menarik Seungcheol ke dalam pelukannya. Seungcheol membalas pelukan Taehyung dengan erat.

"Aku sayang kau juga. Bye Taetae!" Seungcheol melambai Taehyung sebaik sahaja pelukan dilepaskan.

"Bye Cheol!" Taehyung juga turut membalas lambaian Seungcheol dengan senyuman yang lebar.

Seungcheol tersenyum sebelum menghilangkan dirinya di hadapan Taehyung.

"Aku yakin, kisah hidup kau lagi menyakitkan dari aku." selepas berkata begitu, Taehyung juga menghilangkan dirinya seperti Seungcheol.

The Mysterious Seungcheol | Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now