21 : The Past ; Four

193 34 31
                                    

Waktu rehat telah tiba. Seungcheol dan Jimin berjalan bersama-sama, menuju ke kafeteria. Meja yang kosong, dituju sebelum melabuhkan duduk mereka di situ.

Mereka berbual sambil bergelak ketawa. Beberapa minit selepas itu, mereka berdua didatangi oleh seorang gadis. Gadis itu duduk di sebelah Jimin.

"Hai Jimin! Hai Seungcheol!" gadis itu menyapa dengan riang. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Hai Yuna." Jimin membalas sapaan gadis yang bernama Yuna itu.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Seungcheol menyoal Yuna.

"Yuna ni sekelas dengan kita lah dan dia juga, girlfriend aku." ujar Jimin lalu tersenyum malu apabila memberitahu Seungcheol bahawa Yuna itu kekasihnya.

"Oh. Aku tak perasan pula ada Yuna kat kelas."

"Seungcheol, kau okay tak sekolah kat sini?" Seungcheol menganggukkan kepalanya.

"Aku okay je. Aku harap semua berjalan dengan lancar sepanjang aku berada di sini."

•••

Buk!

Seungcheol mengesat darah di hujung bibirnya akibat ditumbuk oleh Jungkook. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia dipukul oleh jejaka yang lebih muda darinya itu.

"Kenapa kau tumbuk aku? Aku ada buat salah ke?" Seungcheol bertanya sambil memandang Jungkook yang juga sedang memandangnya dengan tatapan tajam.

"Ya, kau ada salah. Aku benci tengok muka kau! Sekarang aku nak duit kau."

"Kook, bukan kau ada duit ke? Kenapa kau minta duit dia ni?" Yugyeom menyoal kerana berasa hairan dengan rakannya itu.

"Gyeom, baik kau diam sebelum kau pun kena macam dia ni?" ujar Jungkook tegas.

"Orang tanya je. Sikit-sikit nak marah." bebel Yugyeom perlahan bersama bibir yang dimuncungkan.

"Gyeom!" tengking Jungkook. Tersentak Yugyeom dan Seungcheol, mendengar tengkingan Jungkook.

"Sorry, Kook." Yugyeom tersengih memandang Jungkook yang sedang menjelingnya.

"Hah, mana duit kau?" Jungkook menatap dalam mata Seungcheol yang bergetar tanda ketakutan.

"Tak boleh. Tu duit makan aku." Seungcheol menggenggam poket seluarnya yang sudah pasti terdapat duit di dalamnya.

"Peduli apa aku, kalau tu duit makan kau. Lebih baik kau bagi aku atau aku ambil dengan cara kasar."

Yugyeom menggelengkan kepalanya apabila melihat kedegilan Seungcheol untuk memberikan duit kepada Jungkook. Apa susahnya? Bagi sahaja duit dan semua settle.

"Tak nak! Aku tetap tak nak bagi." Seungcheol menaikkan nada suaranya seakan marah dengan tindakan Jungkook terhadapnya.

"Okay fine. Kau yang minta"

Tanpa sebarang amaran, Jungkook terus menarik rambut Seungcheol dengan kuat. Seungcheol hanya mampu meringis kesakitan tanpa melawan.

Jungkook menyeluk tangannya ke dalam poket seluar Seungcheol lalu mengambil kesemua duit yang ada. Selepas itu, dia menolak Seungcheol hingga badannya terhentak ke dinding.

Seungcheol yang sudah terduduk itu menyentuh belakang badannya yang berasa sakit.

"Itulah. Lain kali aku minta tu, kau terus bagi. Thanks for this money." kata Jungkook sebelum berlalu bersama Yugyeom, meninggalkan Seungcheol berseorangan.

The Mysterious Seungcheol | Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now