29 : Meet Chan's Hyungs

150 30 0
                                    

Pada hari ini, Yohan tiba di Universiti lebih awal daripada hari sebelumnya. Dia duduk di kerusi yang disediakan berhampiran dengan pagar Universiti. Matanya tidak lekang dari memerhati pagar tersebut, menunggu seorang jejaka yang ingin dia temui.

Setelah jejaka yang ditunggu olehnya itu tiba, dia segera bangun dari duduk sebelum menuju ke arah jejaka itu.

"Jungkook sunbaenim." jejaka itu atau lebih tepatnya, Jungkook memandang Yohan lalu menghadiahkan sebuah jelingan yang tajam.

"Kenapa kau muncul depan aku, hah? Kau nak kena belasah dengan aku ke?" dingin sahaja Jungkook berkata.

"Aku nak minta maaf pada kau. Aku memang tak sengaja. Tolong maafkan aku." Jungkook hanya tersenyum sinis, mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Yohan.

"Orang macam kau ni tak layak untuk dimaafkan. Tambahan pula kesalahan kau tu sangat besar. Sampai mati pun aku tak nak maafkan kau lah."

"Tolonglah Jungkook. Maafkanlah aku. Aku sedar kesilapan aku. Aku sanggup melutut depan kau." selepas sahaja berkata sebegitu, Yohan segera melutut di hadapan Jungkook.

Pelajar yang ingin memasuki Universiti itu, hanya memerhati mereka berdua.

"Hei, kau dengar sini eh. Buat apa aku nak maafkan kau. Bukannya boleh hidupkan balik Tae hyung kesayangan aku tu. Kau tak tahu betapa rindunya aku pada dia. Setiap hari aku terseksa. Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa."

"Jungkook, selagi kau tak maafkan aku, selagi tu lah aku tak tenang."

"Peduli apa aku kau tenang ke tak! Blah lah!" Jungkook menendang kaki Yohan sebelum beredar menuju ke kafe untuk bersarapan.

"Yah Yohan! Kau buat apa ni?" Yeonjun menghampiri Yohan lalu membantu jejaka itu berdiri.

Yohan melihat Chan yang berada tidak jauh dari mereka sebelum dirinya melangkah mendekati Chan.

"Chan-ah. Mianhae. Maafkan aku. Aku rindu nak berkawan dengan kau, Chan. Kau pukul lah aku kalau itu boleh membuatkan kau maafkan aku." Yohan memejamkan matanya tatkala melihat Chan yang mengangkat tangannya.

Yohan terus membuka matanya apabila terasa dirinya dipeluk. Dia melihat Chan yang sedang memeluknya.

"Chan, apa ni?" Yohan menyoal.

"Aku dah maafkan kau, Yohan. Walaupun kesalahan kau tu besar. Aku tak ada hak pun nak marahkan kau. Aku pasti hyung aku menanggung rasa yang tersangatlah sakit berbanding apa yang aku rasa." Chan meleraikan pelukan lalu memandang Yohan.

"Thank you, Chan. Kau memang seorang yang baik. Kalau lah hyung kau masih hidup, aku nak sangat minta maaf pada dia." Chan tersenyum mendengar kata-kata dari Yohan.

"Hyung aku tu ada je dekat rumah." kata Chan, membuatkan Yohan dan Yeonjun membulatkan mata tanda terkejut.

"Apa maksud kau, Chan?" Yeonjun bertanya.

"Sebenarnya hyung aku memang dah mati, tapi dia ada dekat sini untuk menyelesaikan urusan dia. Aku sendiri pun tak tahu apa urusan dia tu. Kau nak jumpa dia ke?"

"Entah-entah hyung kau tu nak balas dendam pada aku." wajah Yohan menjadi pucat apabila memikirkan kemungkinan hyung Chan berada di sini.

Chan tergelak kecil tatkala mendengar pernyataan dari Yohan.

"Merepek lah kau ni, Yohan. Ya, memang hyung aku tu hantu tapi dia tak buat pun apa yang kau fikirkan tu."

"Kalau macam tu, boleh tak balik dari Universiti, aku nak jumpa semua hyung kau? Aku nak minta maaf pada diaorang." Chan mengangguk, membuatkan Yohan tersenyum lebar.

The Mysterious Seungcheol | Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now