31 : Explain

116 27 6
                                    

Seungcheol dan Taehyung duduk bersebelahan di bangku taman sambil memandang langit senja. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di taman itu kerana rakan-rakan mereka yang lain sudahpun pulang ke rumah.

Mereka berdua masih tidak pulang kerana ingin berbual tentang sesuatu perkara yang sangat penting bagi mereka.

"Tae, urusan kau dah selesai. Selepas ni, kau akan pergi ke?" Taehyung memandang sekilas Seungcheol yang bertanya sebelum menjawab pertanyaannya.

"Berat hati aku nak tinggalkan dunia ni. Tapi nak buat macam mana, kita tetap kena pergi juga. Aku akan pergi dalam masa yang terdekat. Aku nak luangkan masa bersama Jungkook dan Jimin dahulu, barulah aku boleh pergi dengan tenang." Seungcheol hanya mengangguk faham.

"Kau pula macam mana, Seungcheol?"

"Aku pun sama juga macam kau. Aku akan pergi selepas impian dan janji aku tercapai."

•••

Seungcheol dan rakan-rakannya bersantai di ruang tamu setelah selesai menikmati makan malam mereka.

Seungcheol yang sedang menyikat rambut Chan, ditenung oleh Mingyu. Sebenarnya, Mingyu ingin tahu tentang impian dan janji yang Seungcheol katakan. Setahunya, dia tidak pernah mengimpikan atau menjanjikan sesuatu bersama Seungcheol.

"Cheol hyung." Mingyu memanggil. Bukan sahaja Seungcheol, malah kesemua rakan-rakannya yang lain, turut memandangnya.

"Ya. Ada apa, Gyu?" Seungcheol menyoal dengan lembut.

"Hyung ada cakap yang hyung masih berada di dunia ni sebab hyung nak tunaikan impian dan janji dengan kitaorang. Apa impian dan janji yang hyung maksudkan tu?" Mingyu bertanya.

"Macam ni. Dulu waktu kita masih kecil, ada impian dan janji yang pernah aku buat. Wonwoo, aku janji dengan dia, bila dah besar nanti aku akan belikan buku untuk dia. Dan janji tu dah ditunaikan." ujar Seungcheol. Wonwoo yang namanya disebut itu, berfikir seketika sebelum menganggukkan kepala tanda mengingati waktu janji itu dapat ditunaikan.

"Jadi, hyung belikan aku novel untuk tunaikan janji hyung pada aku?" Wonwoo menyoal. Seungcheol mengangguk, membenarkan pertanyaan Wonwoo.

"Ya, Wonwoo. Pandai kau. Mingyu, aku impikan nak makan masakan kau. Waktu kau kecil, kau selalu cakap yang kau nak belajar masak. Jadi, aku teringin sangat nak rasa masakan kau, Mingyu. Beruntungnya aku, masuk je rumah korang, impian aku terus tercapai bila Mingyu masak makanan kesukaan aku."

Seungcheol memberikan senyuman manis pada Mingyu dan dibalas dengan senyuman Mingyu yang juga manis dan mampu memikat hati para wanita jika melihat senyumannya.

"Aku sedih sangat hyung. Aku baru je pandai masak dan nak bagi hyung rasa tapi hyung dah pindah." Mingyu memuncungkan bibirnya ketika mengingati kejadian 10 tahun lepas.

"Aku minta maaf, Mingyu. Tapi sekarang, aku dah makan masakan kau, kan? Jadi, jangan sedih dah, ya?" Mingyu mengangguk.

"Seungkwan. Aku janji nak buatkan teddy bear untuk dia. Dia minat sangat dengan patung beruang. Sebab itulah aku sanggup bertungkus lumus buatkan teddy bear untuk dia. Seungkwan ni comel. Jarang lelaki suka patung." Seungcheol tertawa kecil manakala Seungkwan sudahpun malu dan menutup wajahnya pada bahu Hansol.

"Hyung ni. Malulah Kwan." Seungkwan merengek. Mereka semua ketawa dengan sikap comel Seungkwan.

"Shua, kawan kesayangan aku. Aku tahu kau minat EXO dari kau kecil. Oleh sebab itulah aku janji nak temankan kau ke konsert EXO. Aku dapat tunaikan janji aku bila EXO adakan konsert di Seoul. Sejujurnya, janji aku pada kau, janji yang paling susah untuk ditunaikan."

The Mysterious Seungcheol | Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now