Kata kata yang keluar dari mulut Lyna cukup meretakkan hatinya berkeping keping.
Lyna hanya mampu menangisi keputusan gilanya.
"Alolo kesian ye? Nak tengok wife kau ke ?"
"Okaylaa aku bagi sekejap" dan terus penutup mata Rayyan dibuka kasar
Pandangan mata yang berair isterinya dipandang Rayyan dengan lemah. Perlahan lahan Rayyan memaksa mengelengkan kepalanya kepada Lyna dengan keadaannya yang terbaring mengiring dengan tangan terikat
Isyarat agar Lyna tidak menikah dengan Ilham
Lyna hanya mampu mengalirkan air mata memandang Rayyan yang terluka teruk di hujung dengan keadaan terikatnya
"Aww don't cry sayang" ujar Ilham lalu terus mengelap air mata Lyna
"Nanti hilang seri pengantin perempuan kesayangan saya ni kalau nangis" ujar Ilham tetapi kedengaran sangat menyampah di telinga Aelyna
"Amir! Come here!" Jerit Ilham kepada salah satu anak buahnya
" Bawak dia ke bilik persalinan dan siapkan dia secepat mungkin " arah Ilham dan Amir hanya menurut
Terus laju tangan Amir mengheret tangan Lyna mengikutinya dan diikuti Ilham di belakang meningggalkan Rayyan keseorangan di kegelapan
"Argh!!!!" Jerit Rayyan melepaskan kemarahan dan penyesalan serta perasaan yang bercampur yang ada pada saat itu sambil mengalirkan air matanya lemah
Baru pertama kali seumur hidup dia merasa tidak berguna dan selemah ini dan buat pertama kali juga air mata jantannya jatuh semudah itu
Setengah jam kemudian Ilham kembali ke bilik kurungan Rayyan dan perlahan lahan Ilham menuju ke arah Rayyan yang sedang meringkuk kesakitan
"Mampus dah ke?" Tanya Ilham seraya menyepak yepak kaki Rayyan dan terus mencangkung dihadapan Rayyan
" Jangan mati dulu, kau kena tengok aku lafaz akad dulu"
" Kau kena rasa macam mana sakit nya aku dulu semasa kau melamar paksa Aelyna depan aku"
" And tak salah kan kalau aku nak putar balik keadaan dulu bukan?"
"Cuma kali ni aku sebagai main role here"
Beritahu Ilham dengan senyuman sinis sengaja memanaskan Rayyan lagi dan perlahan lahan melonggarkan ikatan tangan Rayyan
" Tapi sebelum tu kau kena sign surat ni" beritahu Ilham dan terus mengambil surat dan pen di poket bajunya sebelum menarik paksa tangan Rayyan
Tetapi Rayyan tetap mengeraskan tangannya tidak mahu menandatangani surat itu kerana dia tahu itu surat ape
Surat Cerai
"Hmm degil eh kau" lantas pen di letak paksa ditangan Rayyan tetapi Rayyan tetap mengeraskan tangannya tidak mahu
"Cepat lah sial, jangan buang masa aku" marah Ilham dan terus penumpuk dilayangkan ke perut Rayyan dan terus Rayyan meringkuk kesakitan
Melihat Rayyan sedang meringkuk kesakitan Ilham terus mengambil kesempatan menarik paksa tangan Rayyan untuk menandatangani surat tersebut
Dan tanpa kerelaan hati nya tanda tangannya sudah pun turun di surat tersebut
"Haa kan bagus macam ni" senyum lebar di bibir Ilham melihatkan tanda tangan Rayyan di surat tersebut
"Terima kasih sebab bagi aku jaga Aelyna" beritahu Ilham dengan gembira sambil menampar kasar pipi Rayyan
" Bos, bride is ready" beritahu Amir dan tiba bersama Aelyna
YOU ARE READING
She Belongs To The Mafia
Fanfiction"She my fiancee" Ucap Rayyan kepada lelaki dihadapan Lyna "Rayyan!" "Get away from her right now if you love your life" ****************** "Enough Tengku rayyan! I'm not even yours" "Then should i makes your be mine,my lyna?" "Because you belongs t...