Perkataan Anna cukup membekukan Aelyna. Lyna terus mencabut fius ditangannya dan terus bergegas untuk menemui Rayyan.
Anna yang melihat itu terus menjadi gelabah dan terkejut dengan tindakan Aelyna.
" Lyna, kau belum stabil sepenuhnya ni. Gila ke?!" Jerit Anna sambil menghalang Aelyna dari menuruni katilnya
" Aku tak kisah, aku nak jumpa Rayyan sekarang!" Jerit Aelyna tidak keruan sambil mencuba melepaskan diri dari pegangan Anna.
Anna yang tidak menahan lebih lama lagi terus menjerit ke arah Adam.Adam dan Aleya yang melihat mama mereka menjerit hanya terdiam ketakutan.
" Adam! Tekan red button itu faster!" Arah Anna kepada Adam dan beberapa saat kemudian muncul para doktor dan nurse.
" Lepas lah ! Aku nak jumpa suami aku je. Ape masalah korang ni!" Lyna mulai meracau.
" Nurse, pegang patient" Arah doktor kepada nurse disitu untuk pegang Aelyna. Doktor itu terus mencucuk ubat penenang kepada Aelyna sebaik sahaja nurse itu dapat mengawal Aelyna.
" Huh, Thanks doc " Ucap Anna
" Sama sama, by the way saya rasa Puan Aelyna mungkin masih shock dengan apa yang berlaku"
" Saya rasa sebaiknya kalau Puan memberitahu apa yang berlaku kepada patient perlahan lahan" Doktor memberi saranan dan Anna mengangguk mengiyakan.
Anna menuju ke arah Adam dan Aleya dan terus menunduk menyamai mereka berdua
" Adam dengan Aleya balik dulu ye? Mummy belum sihat lagi ni" Anna mencuba memujuk si kembar dan dengan wajah yang sugul Adam dan Aleya terpaksa mengikuti kata kata Anna.
"Tu Pak Atan dah sampai, ikut Pak Atan ye?" Pinta Anna lembut dan Adam dan Aleya terus mengikuti Pak Atan
Pintu bilik ward Aelyna ditutup dan kelibat V kelihatan di hujung sekali di mana V berada di hadapan bilik Rayyan.
Anna terus memajukan langkahnya ke arah V.
" How's Rayyan?" Tanya Anna dan V hanya mampu mengeluh
"Aelyna meracau cari Rayyan" beritahu Anna dan V hanya memandang Anna sambil mengeluh
" Tak sangka banyak organ penting Rayyan kena pukul. Mungkin ambil masa untuk Rayyan nak survive"
" Doktor pun beritahu mungkin chance Rayyan nak survive 70-30" beritahu V sambil meraup wajahnya.
" What?? Seteruk tu?" Anna terkejut mendengar berita yang diberitahu V.
Anna mengambil tempat disebelah V sambil memeluk tubuh. Baru sahaja Anna duduk V terus menyandarkan kepalanya dibahu Anna
Baru sahaja Anna mahu membantah ayat V mendiamkan Anna
" Sekejup je. Aku penat." Beritahu V sebelum sempat Anna membantah.
"and aku rindu" tapi kata kata itu hanya mampu diungkapkan di dalam hati.
Ego always the winner
************************
1 month later
Mini Al-Quran diletakkan di atas meja disebelah katil Rayyan. Pergelangan tangan Rayyan dipegang sambil dicium lembut
Solat tahajud bacaan yassin dan doa yang tidak henti telah dilakukan buat suaminya tetapi Rayyan masih tidak mahu memberi tindak balas.
" Sayang, sedar please. Saya rindu suami saya" Ucap Lyna sambil menggenggam lembut tangan Rayyan
" Lama sangat sayang koma, banyak benda yang saya nak minta maaf dekat awak sayang"
" Adam dengan Aleya asyik tanya keadaan awak sayang. Diorang rindu awak sayang. Bangunlah" Aelyna berkata kata seolah olah dapat didengari oleh Rayyan
Tangan Lyna perlahan menyentuh wajah Rayyan.
"Dosa saya selama menjadi isteri awak sangat banyak Rayyan. " Luah Lyna sambil mencuba menahan air matanya daripada jatuh.
Aelyna bangun lalu perlahan melabuhkan bibirnya di dahi Rayyan. Kendengaran azan Zohor berkumandang
" Saya solat Zohor dulu ye sayang" pamit Lyna seolah Rayyan mampu mendengarnya
Sebaik sahaja Aelyna memasuki tandas untuk mengambil wudhuk jari Rayyan perlahan lahan bergerak perlahan tanpa disedari
Pintu ditutup perlahan oleh V.Setiap kali Aelyna mahu menunaikan solat V akan datang ke bilik ward Rayyan untuk menjaga Rayyan.Aelyna yang melihat kedatangan V terus pamit ke surau untuk menunaikan solat Zohor.
V mengambil tempat di hadapan Rayyan sambil memeluk tubuh.
" Haih, tak sangka boleh masuk hospital juga kau ni Rayyan sampai koma pulak tu" Sempat V memerli sahabatnya
" Kesian Aelyna tu, sedarlah Rayyan. Aku pun penat ni tak ada orang nak cari pasal" sambung V sambil mencuba menghiburkan dirinya sambil tergelak kecil.
Tanpa V sedari, mata Rayyan perlahan lahan terbuka. Sebaik sahaja V mengangkat kepalanya dia terus terkejut melihat Rayyan
" Kau dah sedar???"
" Aku tak mimpi kan?" V masih tidak percaya dan terus menampar pipinya .
" Auch sakit" Aduh V apabila merasakan sakit.
Mulut Rayyan bergerak gerak seolah olah meminta air. V yang memahami itu terus menuangkan air ke dalam cawan dan perlahan membantu Rayyan
Button merah diatas katil ditekan untuk memanggil doktor. Doktor tiba di ward beberapa minit kemudian dan sedikit terkejut melihat Rayyan telah pun sedar dan terus melakukan pemeriksaan.
Pintu dibuka dan kelibat Aelyna muncul .Aelyna yang baru selesai solat Zohor itu terkejut melihat doktor di katil Rayyan.
" Ada apa apa dengan suami saya ke doktor" tanya Lyna melihat doktor ralit memeriksa suaminya
Doktor itu terus berpusing memandang Aelyna dan pandangan Aelyna terus jatuh ke arah Rayyan. Mata Aelyna terus berair. Mulut nya ditekup tidak percaya dengan apa yang dilihatya.
Rayyan hanya memandang kosong ke arah Aelyna. V terus memberi ruang kepada Aelyna untuk mendekati Rayyan
" Sayang awak dah sedar Alhamdulillah" Ucap Lyna dengan suara seraknya bersama senyuman bahagia.
Aelyna terus memeluk Rayyan dengan penuh bahagia tetapi riak wajah Rayyan hanya kosong tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.
" Kau siapa?"
***************************
ANDA SEDANG MEMBACA
She Belongs To The Mafia
Fanfiction"She my fiancee" Ucap Rayyan kepada lelaki dihadapan Lyna "Rayyan!" "Get away from her right now if you love your life" ****************** "Enough Tengku rayyan! I'm not even yours" "Then should i makes your be mine,my lyna?" "Because you belongs t...
