CHAPTER 56 - Together

2.2K 142 16
                                    

Aelyna berkerut melihat banyak makanan di meja makan seperti ada yang mahu datang

"Siapa yang nak datang mama?"

"Banyak betul makanan ni" tanya Lyna sambil berkerut

Puan Aira hanya tersengih mendengar pertanyaan anak perempuan nya itu

"Kamu ni suami sendiri dah balik Malaysia pun tak jemput makan ke rumah mama pun kan" marah Puan Aira

"Ha?" Lyna masih loading dengan jawapan mamanya

"Maksud mama apa? Lyna tak faham" tanya Lyna kembali dengan dahi yang berkerut

Puan Aira mengeluh mendengar pertanyaan anaknya itu

" Ya allah kamu ni hari ni kenapa lembap sangat ha"

" Mama dh ajak Rayyan bermalam dekat sini lah, lagipun korang dua kan dah kahwin apa salahnya" beritahu Puan Aira terus ke Lyna

Terus terbeliak mata Lyna mendengar jawapan mamanya.

"Mama!! Kenapa tak bagitahu Lyna dulu "

"Aduh mama ni" geram Lyna dengan jemputan mengejut mamanya

Dahi Puan Aira terus berkerut mendegar keluhan anaknya itu

" Kau dh kenapa Lyna, mama jemput suami hang ja, yang nak meroyan macam mama jemput laki lain ni dah kenapa" marah Puan Aira sambil bercekak pinggang melihat anaknya

"Takdela...tapi mama ishhh" terus Lyna berlari naik ke atas

Adam yang melihat mamanya dengan neneknya itu terus menuju ke arah neneknya

"Kenapa dengan mama tu nek?" Tanya Adam pelik

" Entahlah Adam, mama kamu tu ade je perangai nenek pun pening tengok" balas Puan Aira kepada Adam sambil kembali menyambung menyiapkan hidangan

"Nanti sambut Papa dengan Atok kamu tau Adam" beritahu Puan Aira kepada cucunya Adam

Dan dengan gembira Adam membalas

"Siap mendengar perintah!" Balas Adam bersemangat membuat Puan Aira hanya tergelak melihat telatah cucu lelaki kesayangan nya itu

***************
" Assalamualaikum" kedengaran suara di luar memberi salam

"Waalaikumussalam!!!" Adam menjerit riang menjawab salam sambil terus berlari ke arah pintu masuk

"Papa!! Atok!!!" Jerit Adam penuh bahagia sambil terus meluru memeluk kedua kaki Atoknya dan Rayyan

Dan mereka berdua hanya tergelak melihat telatah Adam yang comel itu

"Come here my little boy" balas Rayyan dan terus Adam berlari ke arah dakapan Rayyan dengan gembira dan Encik Hakim yang melihat hal itu hanya tersenyum

Lyna yang baharu sahaja turun itu tanpa sedar tersenyum bahagia melihat anaknya lelaki kembarnya Adam yang jarang gelak ketawa itu akhirnya ketawa bahagia

Kata kata Adam semalam terngiang ngiang di fikirannya

Adakah dia patut meneruskan perkahwinan nya ataupun tidak.

She Belongs To The MafiaWhere stories live. Discover now