Part 3 : The Message

222 20 4
                                    

TAO P.O.V

Aku sampai dihadapan rumah dan masuk ke rumah tanpa mengetuk pintu kerana aku sudah terbiasa dengan habit itu. Lagipun bukannya ada orang dekat rumah, Ommaku sudah tiada. Appa aku sibuk dengan companynya. Aku segera masuk ke bilik dan menghempas diriku diatas katil yang hempuk itu.

Fikiranku masih tidak dapat melupakan wajah perempuan itu. Dia orang pertama yang membuatku begini. Aku meletakkan tanganku di jantungku. Degupannya sangat laju. Adakah ini kerana dia?

Aku membersihkan diriku dan turun ke bawah untuk makan. Apabila sampai dibawah, Perempuan itu sudah sampai. Aku classified dia sebagai perempuan walaupun dia "Omma tiri" aku. Yes, Appa aku kahwin selepas Ommaku meninggal.

"Tao-ssi.. makanan sudah sedia. Jom makan." Omma tiriku berkata sambil meletakkan pinggan terakhir diatas meja.
"Puan Jessica.. I'm not hungry..." kataku. Yes, Puan Jessica adalah Omma tiri aku. Entah macam mana Appa aku boleh kahwin dengan perempuan ini.
"Tao... Kan Omma kata panggil jer saya Omma..." kata Puan Jessica.
" kau masih nak classified diri kau sebagai Omma aku? Cermin dulu muka kau.." kataku dengan kasar sebelum keluar dari rumah. Aku terdengar suara perempuan itu memanggil namaku berulang kali tetapi aku hanya mengabaikannya dan berjalan keluar dari rumah.

Apa yang aku mahu ialah kebebasan or Freedom.

Aku tak nak terperangkap dengan perempuan itu. Aku nak hidup aku sendiri.

Aku memakai hoodieku dan berjalan keluar dari rumah. Aku berjalan di kedai berdekatan rumahku. Disitu aku rasa agak tenang. Kerana kawasan perumahan aku tidak terlalu sibuk kerana memasing sibuk dengan hidup memasing. That what's i want.

Melepasi sebuah kedai, aku melihat seseorang dengan susuk badan yang aku sangat kenal. Song SeungWon. Terukir sebuah senyuman di mukaku. Dia sedang menggubah bunga. Rambutnya diikat satu dan matanya sangat fokus memerhatikan bunga yang digubahnya. Merasakan seseorang memerhatikannya dia segera memandang kearah tingkap luar kedai. Aku segera sembunyi.

Aku mengeluarkan mataku sedikit, dia sambung melakukan kerjanya. Aku tersenyum dan terus memandangnya. Tetiba, telefonku bergetar.

Aku mengeluh dan mengeluarkan telefonku sebelum membaca message yang dihantar oleh seseorang.

"99 Days to go... Be carefull with your power..." message itu dihantar oleh nombor yang tidak dapat dikenali. Aku terkejut, memandang sekeliling jika ada seseorang memerhatikan aku tetapi jalan kosong dan tidak terlalu ramai orang di sekelilingku. Shit. Buluku meremang.

Aku segera berjalan pulang dan menutup mukaku dengan hoodie. Tetiba, aku terasa seseorang mengikutku. Aku mempercepatkan langkahku, dia juga mempercepatkan langkahnya. Aku berlari.

"Tao-ssi... Tao-ssi" jeritnya. Aku memandang belakang, Song Seung-Won. Aku segera memberhentikan langkahku.

"You left something..." katanya dan memberiku kunci rumahku. Aku agak blur. Dia tersenyum.
"Tadi masa Sunbaenim baca message... Kunci itu terjatuh..." katanya dengan senyuman. Tao tersenyum sambil meletakkan tangannya di belakang lehernya.

"Sunbaenim... Saya pergi dulu... saya perlu jaga kedai, nanti kalau datang masuklah kedai tak perlu nak bersembunyi. Saya tak gigit..." kata Seung-Won. Jadi, dia sedar aku memerhatikannya. Mukaku merah dan aku hanya mampu senyum.

"Between... Sunbaenim patut senyum macam itu setiap hari... Keep Smilinggg~" Katanya dan berlari anak kearah kedainya. Jantungku berdengup laju-selajunya.

Lagi sekali, telefonku bergetar. Aku membuka message itu.

"Be carefull with your power..." message itu dihantar oleh nombor yang sama.


Time Control ; Tao Fanfic.Where stories live. Discover now