Part 4 : The Reminder.

145 17 0
                                    

Tao P.O.V


Setiap hari, pada pukul 12 Malam. Aku akan menerima satu message yang sama iaitu


"Berhati-hati dengan power kau."


Pada mulanya, aku mengendahkannya kerana aku mungkin ini prank dari salah seorang kawan aku tetapi mereka menafikannya. Semakin hari, message itu membuatkan aku takut.


Aku memandang kearah jam dindingku dan ia menunjukkan jam 11:56 pm. Lagi 4 minit, Telefonku digenggam. Aku memandang tepat kearah skrin telefon itu yang gelap.


11:58pm.


Lagi 2 minit, aku melihat jarum detik itu bergerak dan mataku terus memandang kearah skrin telefonku. Degupan jantungku dari saat ke saat semakin laju.


Tepat jam 12:00am. Skrin telefonku bercahaya diikuti dengan ringtone telefonku yang bermaksud, satu message telah masuk. Message ini tidak pernah lambat walaupun 1 detik. Apabila tepat jarum saat itu berada di 12, message itu masuk.


Kemudian, aku terkejut apabila satu lagi message masuk dengan nombor yang sama. Kali ini, peluh sejukku mula turun dan buluku semakin meremang.


"Tidur. Kenapa tunggu message aku?"


Semasa itu, aku memandang sekeliling, aku memandang kearah cermin tingkap dan aku hanya nampak bulan mengambang yang memancarkan cahayanya tepat di tingkapku. Aku terkelu. Macam mana dia tahu?


Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku walaupun sesaat kerana aku hanya teringat pada message yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali itu. Aku duduk menghadap kearah dinding bilikku.


Kenapa dia hantar message hanya tepat pada jam 12 malam? Sedangkan semasa kali pertama aku terima message itu adalah pada waktu petang?


Aku mengigit hujung kuku. Tetapi, hanya ada satu sahaja soalan yang utama.


Macam mana dia boleh tahu aku ada kuasa itu?


Agrhhhhh! Aku memukul katilku dengan sepenuh tenaga. Aku mempunyai perasaan yang bercampur. Pertama, Takut. Kedua, Curious. Adakah orang yang menghantar message ini ingin membuatku rasa terancam?


Malam itu berlalu dengan tidak begitu bagus. Aku tak dapat tidur yang cukup, bila aku cuba untuk menutup mata. Message yang dihantar itu akan membayangi aku.


Aku mengambil cereal dan susu daripada peti sejuk dan memulakan hariku dengan memakannya walaupun Puan Jessica telah pun menyediakan pancake favouriteku. Aku hanya memakan cerealku.


"Tao-ssi... Makanlah Pancake ni... Omma masak untuk kamu..." kata Puan Jessica sambil memberi senyumannya, yang jelas bahawa dia penat kerana dia perlu menyediakan makanan dan bersiap untuk ke sekolah. Tetapi, aku hanya mengabaikannya.


"Tao.." panggi Appaku dan memberi pandangan yang tajam tetapi aku hanya membuat tidak endah. Appaku hanya melepaskan nafasnya. Dia tahu yang bukan senang nak lembutkan hati Tao yang keras bak batu.

Time Control ; Tao Fanfic.Where stories live. Discover now