Part 8 ; Threat

139 17 5
                                    

Seung P.O.V

"I promise you. Aku akan lindungi kau tak kira apa pun.." kata TAO dan mencium kedua-dua mataku.

Aku memegang tangannya yang memegang mukaku. Kami berjalan ke sekolah sambil berpegangan tangan. Apabila kami sudah hampir di sekolah, aku segera melepaskan tangan TAO. TAO memandangku.

"Gwenchana?" tanyanya dan aku segera memandangnya.
"Boleh tak kita rahsiakan dulu relationship kita. Aku belum sedia lagi..." kataku dan cuba mengelak matanya. Dia cuba membaca air mukaku tetapi aku hanya meletakkan "Poker face".
"Wae?" dia serius. Aku cuba mengekalkan suaraku.
"I'm just tak bersedia..." kataku dan dia mengangguk dan senyum.
"But, habis sekolah jumpa aku okey..." katanya.
"Arra---" tidak sepatku menghabiskan perkataanku TAO memotong.
"BUT, kau kena panggil aku "Oppa" even dekat sekolah." aku cuba memprotes tetapi TAO menciumku.
"NO protess.." katanya dan berjalan masuk ke kawasan sekolah.

Kawasan sekolah belum penuh dan aku segera berjalan ke lokerku untuk menyimpan barang. Aku memasukkan barang ke dalam loker dan mengambil buku. Tetiba seseorang memelukku dari belakang. Aku dapat meneka orangnya, TAO.

"YAH OPPA!" kataku dan cuba melepaskan diri mujur di kawasanku tiada pelajar.
"Bogoshipeo~~" katanya dan menghidup bauku.
"Waaa~ Vanilla.." tambahnya.
"Yahh~ Prevert" kataku.
"Only for you~" katanya dan melepaskanku.

Kemudian, aku menutup loker dan aku memandang TAO dia sedang memandangku. Kemudian, memandang bajuku yang terbuka sedikit dan menunjukkan lebam. Dia berjalan kearahku dan membetulkan pakaianku, dia begitu rapat denganku. Aku mendongak sedikit kerana dia agak tinggi.

"Be careful, habis sekolah. Kita pergi apartment aku. Aku ubat kau. Nanti kau cerita dekat sana" katanya dan mencium hidungku.
"Aigoo kyeopta~" katanya.

Aku berjalan menuju ke kelasku begitu juga dengan TAO. Aku tidak sama kelas dengan TAO. Aku masuk ke kelas dan terdapat beberapa orang sudah berada di dalam kelas. Aku duduk di bahagian hadapan kelas, typical anak kesayangan cikgu. maybe? . Aku duduk di tempatku dan membuka buku dan membacanya.

Kemudian, kelas bermula seperti biasa dan diakhir kelas tetiba cikguku memberi satu tugasan yang melibatkan 2 orang satu kumpulan. Aku mengeluh, kerana aku perlu pergi ke rumah seseorang dan menyiapkan kerja itu. Ugh, dahlah petang ini aku kena kerja. But it's okey as long aku bolehlah bergroup dengan kawan satu meja aku.

"and cikgu dah pilih group untuk korang~" katanya dan aku menghentak kepalaku. I'm So Done. Please just kill me.

Kemudian, cikgu mula menyebut satu persatu nama dan aku hanya mendengar walaupun aku tak rela nak buat kerja berkumpulan ini.

"Okey , Next. Son Seung-won dan Park Chanyeol." kata Cikgu.
Wait what Park apa? Chenyeol? What?

Aku memandang sekeliling dan seseorang mengangkat tangannya sambil tersenyum lebar dan aku hanya memberi senyuman dan memalingkan perhatianku kearah Cikgu. Cikgu menerangkan tentang projek tersebut.

"Okey that's it. I hope korang boleh siapkan minggu depan and hantar dekat email saya.. Okey kelas bersurai.." kata Cikgu itu dan keluar. Aku mengemas barangku tetiba Chenyeol itu datang.

"A-annyeong.." kataku dan tunduk sedikit.
"Annyeong Seung~" katanya dan aku hanya senyum awkward.
"Ah Chenyeol right?" kataku
"Lol Chanyeol~" aku ketawa dan segera meminta maaf atas kesilapan aku. Dia hanya ketawa
"Kyeopta~" dia sebut perlahan. Aku hanya membiarkannya.
"So, projek itu... Esok lepas sekolah rumah aku?" katanya dan aku mengangguk.
" Ermm aku pergi dulu..." kataku dengan awkward dan berjalan keluar kelas.

Aku menarik nafas lega apabila terlepas dari situasi yang awkward. Aku berjalan kearah lokerku untuk menyimpan buku dan mengambil buku untuk sesi seterusnya. Dalam perjalanan, tetiba seseorang menghalang jalanku.

"Annyeong Seung-ah~" kata Seungjin dan aku terdiam dan cuba untuk jalan kearah satu lagi tetapi dia lepas pantas dariku dan memegang lenganku yang berlebam. Aku cuba mengekalkan mukaku agar tidak lihat terlalu sakit. Dia mendekati dia telingaku

"Aha, kau nak aku tambah ke?" dia bisik dan air peluhku turun.
"Kalau tak nak, make sure jauhkan diri kau dari TAO Oppa. ARRASEO!" katanya dan menolakku kearah loker dengan daya yang sangat kuat sehingga kepalaku terhentak kepada loker. Kemudian, dia ketawa dan meninggalkan aku. Pelajar lain tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana Seungjin adalah anak kepada keluarga yang kaya.

Pernah sekali, seseorang pernah menolong aku. Esoknya dia dibuli lebih teruk daripada aku dan berpindah sekolah. Aku cuba bangun tetapi kepalaku terlalu sakit. Tetiba, Chanyeol berlari kearahku.

"Gwenchana?" katanya dan cuba menolongku bangun. Aku melepaskan diri. Aku tidak mahu dia mengalami nasib yang sama seperti budak itu.
"Hajima.. Seungjin dia akan buli kau..." kataku dan dia tidak menghiraukan dan segera mengangkatku.
"Hajimaa...." kataku. Dia hanya diam dan membawaku ke klinik sekolah.

Dia memasuki klinik sekolah dan meletakkanku diatas katil. Penglihatan aku mula kabur dan pelahan-lahan mataku berkelip beberapa kali dan gelap.

Aku membuka mata dan kemudian aku terlihat TAO melambai kepadaku dan aku terus membuka pintu. Wait, badan aku tak berlebam. Kemudian, aku masuk ke rumah. Seorang perempuan duduk di atas sofa dengan senyuman yang jahat tertampal di mukanya. Aku terdiam dan mataku terbuka luas.

"Seung-won~" katanya.
"Seungjin..." aku sebut dan kemudian dia menghampiriku. Aku mengambil langkah ke belakang dan berakhir di pintu.

"Kau nak lari mana?" kata Seungjin dan wait benda ini pernah terjadi. Dia menarik rambutku dan memukulku dengan sekuat hatinya. Aku mengerang kesakitan dan mohon agarnya berhenti tetapi siapa tak kenal Seungjin yang memang terkenal dengan sifatnya yang keras kepala.

Dia memukulku hingga lebam ungu kelihatan di seluruh badanku. Dia menarik rambutku dan memandangku sebelum membelai pipiku.

"Seung~ kau selalu dapat apa yang aku nak dan aku selalu dapat apa yang kau nak. AKU TAK SUKA!" dengan itu dia menampar wajahku yang sudah pucat. Badanku jatuh ke lantai rumah yang sejuk. Aku menggigil. Aku takut. Kenapa mesti dia layan aku macam ini?

Kemudian, dia keluar dari rumah dan ketawa dan meninggalkan kawasan rumah aku. Aku terbaring di atas lantai dan air mataku mengalir tanpa henti. Aku tidak boleh bergerak. Aku tak nak benda ini jadi.

"Aku tak nak benda ini jadi.. Aku tak nak.." aku menjerit.

Tetiba, seseorang mengejutku.

"Seung~ Jagiyaaa... Seungg~" mataku terbuka luas. Aku melihat sekeliling yang aku agak familiar.
"Seung, Gwenchana?" Aku melihat wajah TAO dan aku menarik nafas lega. Dia segera menarik ku ke pelukannya. Aku berasa lebih selamat. Wajahku yang daripada pucat menjadi lega.

Aku berasa lebih lega, tetapi TAO tetiba mengeluarkan soalan yang tak patutnya dia tanya.

"Apa yang Seungjin dah buat dekat kau?" dengan suara yang serius. Patutkah aku berterus terang.

Time Control ; Tao Fanfic.Where stories live. Discover now