2 Januari 2022.
Genap tujuh tahun usia pernikahan yang termeterai antara Haider dan Cahaya Fathiya. Jika sebelum ini, tanggal keramat tersebut bakal disambut dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang. Namun kini…
“Cahaya Fathiya Fairuz!”
“What, Nik Haider bin Nik Badrulshah?”
Suara masing-masing bagaikan tidak mahu mengalah, kedengaran lengkingan itu sehingga memenuhi ruang rumah agam yang semakin hari semakin hilang serinya. Tidak seperti awal tempoh pernikahan mereka.
Bersama dada berombak kasar, Haider mara selangkah mendekati isterinya yang tidak gentar memanah tajam pandangan ke arahnya.“You dah melampau, Fathiya! Apa? You ingat rumah I ni hotel? Sesuka hati you nak keluar pagi, balik malam? Sedar sikit you tu isteri orang!”
Cahaya Fathiya tergelak, namun cukup sinis di telinga Haider yang masih bercekak sebelah pinggang.
“Rumah you? Excuse me, you nyanyuk ke rumah ni atas nama siapa? Lupa ke siapa yang sanggup tukar nama rumah ni atas nama I?” Nadanya kedengaran mencabar kesabaran Haider sebagai seorang suami.
“Untuk pengetahuan you, I balik malam sebab kerja! I bukannya bodoh sampai lupakan status I sebagai isteri. Walaupun suami I tak macam suami…”
Haider menolak isi pipi sambil mengusap rahang tajamnya. Dia dapat menangkap suara perlahan isterinya walaupun Fathiya berbisik sendiri di hujung bicara tadi. Jika tiada sedikit bekalan iman di dada, sudah pasti wajah mulus Fathiya menerima tamparan hebat daripadanya.
“Selagi I mampu bersabar, I akan sabar. You jangan nak cabar kesabaran I sebagai suami you,” ujar Haider, mendatar. Sudahlah dia baru saja pulang dari pejabat, balik saja rumah masih gelap tak berlampu. Meja makan pula tiada satu lauk dimasak oleh isterinya.
Isu itu dia masih mampu terima, yang menjadi punca amarahnya adalah apabila anak mereka ditinggalkan sendirian di rumah sehingga jam 8 malam. Mujur sahajalah pengawal keselamatan di rumah ada untuk menemani anaknya.
“Huh! You fikir soal sabar you je. Habis kesabaran I ni siapa nak peduli?”
Fathiya masih ingin mencetuskan bibit-bibit pergaduhan pada malam itu. Dia seolah-olah tidak boleh terima apabila Haider ingin meletakkan kesalahan sepenuhnya kepadanya.
“Enough is enough, Fathiya. Lebih baik you pergi naik atas dan tengok anak you yang dari tadi cari ibu dia! Balik lewat malam, dah macam tak ada tanggungjawab dekat rumah.” Haider mendengus kasar.
Bukan sekali dua isterinya pulang lewat seperti ini malah, sudah berulang kali. Suami mana yang tidak panas hati apabila isteri berlagak seperti orang bujang yang tidak pedulikan akan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?
“Berapa kali I nak ulang supaya you faham, Haider? I balik lewat sebab kerja! Bukannya I masuk club ke apa!”
“Kalau macam tu, berhenti kerja! Hei, setakat nak sara you dengan anak kita I masih mampu. Terlebih mampu!”
Fathiya ketawa, sinis.
“No way. I belajar tinggi-tinggi bukan untuk duduk dekat rumah. What? You ingat I ni bibik dalam rumah ni? Nak kena masak? Nak gosokkan baju you? You tak ada hak nak suruh I berhenti kerja, Haider!” Fathiya semakin berang dengan dadanya berombak tidak teratur.
Jika tidak difikirkan lelaki di hadapannya saat ini adalah suaminya, sudah lama wajah tampan itu dilayangkan dengan penampar.
Hujung bibir Haider terangkat, sudah cukup untuk menambahkan sakit hati pada isterinya.
YOU ARE READING
Sisa Waktu
Short Story"Takkan pernah ada sisa waktu bersamamu..." Cahaya Fathiya × Nik Haider