*niat nak kasi bab 5 sekali, tapi takpelah. Bab 5 esok ehh hahahah*
“I dah fikir masak-masak pasal hubungan kita.”
Mukadimah pertama daripada Haider sewaktu mereka sedang berehat di ruang tamu menarik perhatian Fathiya yang sedari tadi hanya memegang telefon pintar. Malam minggu pun masih sibuk menatal telefon pintar sehingga tidak pedulikan anak dan suami.
“I setuju kalau betul you nak I lepaskan you.”
Serta-merta Fathiya membetulkan duduknya. Telefon pintar diletakkan di tepi. Dia memandang suaminya yang sedang meriba Faril. Anak mereka menonton televisyen sambil bermain-main dengan jari kasar Haider.
Manja.
Teringat pula peristiwa dia menengking Faril dan sehingga hari ini, anak mereka seolah-olah cuba lari daripadanya.
“Tujuh hari.”
“Huh?” Fathiya bingung. Apa yang tujuh hari?
Haider mengucup berkali-kali belakang kepala anak mereka. Wajah isterinya langsung tidak ditatap.
“I minta tujuh hari untuk kita cuba, Fathiya.”
“Untuk apa kita cuba lagi, Haider? Tujuh tahun bukan tempoh yang sekejap sampaikan kita tetap nak mencuba benda yang dah tak boleh nak betulkan," balas Fathiya sambil menggaru kening terbentuknya.
“I tak kata yang kita berdua cuba untuk perbaiki hubungan ni,” selar Haider dengan pantas.
“Apa maksud you?”
Haider mengusap kepala anak mereka penuh kasih seraya mengetatkan pelukan dari belakang itu.
“Faril…”
“Ya, daddy?” Faril menoleh sedikit sebelum mendongak untuk mencari wajah daddynya. Dia tergelak kecil apabila daddynya menggeselkan pucuk hidung mereka.Fathiya melarikan pandangan. Dia tidak betah melihat aksi mesra anak dan suaminya itu. Tanpa sedar dia mengetap birai bibir.
“Faril sayangkan daddy tak?”
Dengan laju Faril mengangguk.
“Sayang! Faril sayang sangat dekat daddy!”
“Faril sayangkan ibu?” Soal Haider lagi. Kali ini dia mengusap kedua-dua belah pipi anak mereka. Geram melihat raut wajah itu begitu sama dengan isterinya. Wajah Faril tampak begitu manis.
“Sayang…”
“Daddy tak dengar. Apa dia?” Sengaja Haider meminta anak mereka mengulang bicara kerana Faril seperti ketakutan untuk meluahkan rasa sayang terhadap si ibu.
Pasti Faril masih teringat peristiwa tempoh hari.
“Sayang… Faril sayangkan ibu.” Faril mencuri pandang wajah ibunya namun ibunya langsung tidak memandang ke arahnya.
“Fathiya,” seru Haider. Mendatar.
“I minta selama tujuh hari ni, kita berdua cuba jadi ibu dan daddy yang terbaik untuk Faril. Anak kita layak untuk rasa bahagia di samping ibu dan daddy dia. Cukup-cukuplah kita tunjuk pergaduhan depan Faril. Boleh?” Kali ini dia memilih untuk menggunakan nada yang lembut, cuba bertolak ansur dengan isterinya.
Fathiya menyandarkan batang tubuhnya di sofa baldu seraya memeluk tubuh.
“Selepas tujuh hari, apa akan jadi?” Soalnya, juga menggunakan nada rendah.
“I akan ikut apa yang you nak. I akan lepaskan you dan I harap walaupun kita berpisah, you takkan lupakan Faril,” ujar Haider dengan tenang. Namun hanya Tuhan saja yang mengetahui betapa gentarnya dia untuk mengeluarkan bicara itu.
YOU ARE READING
Sisa Waktu
Short Story"Takkan pernah ada sisa waktu bersamamu..." Cahaya Fathiya × Nik Haider