Bahagian 3

1.8K 79 1
                                    

Kanku sudah bilang..
________________________________________

Kejadian kereta Erin sampai ke pihak atasan. Tiada siapa tahu siapa dalang. Malah rakaman CCTV juga tidak dapat membuktikan siapa dalangnya. Naik angin lah Erin.

Erin keluar dari bilik rakaman. Dia mengepal buku limanya. "Aku tahu siapa dalangnya. Jahanam!" Dia menjerit. Langkahnya seakan ingin menghentam saja lantai. Erin mencari 'mereka' yang dia syak. Apa lagi? Dendam? Harus timbul.

Disebalik dinding, Erin dengar gelak tawa 'mereka'. Matanya tajam menerkam. Apa niatnya di hati Tuhan saja yang tahu. Dia mengeluarkan phonenya dan mendail nombor seseorang. "Aku perlukan bantuan kau" ujar nya sebelum memutuskan talian. "Kali ni kau jahanam!"
Aku bergelak tawa mendengar lawak Fei. Sungguh! Rasa seperti mahu menangis saja. "Sudah sudah! Senak perut aku" pinta aku. Sudah tertunduk tunduk aku. "So, kejadian kereta Erin kene simbah cat tu, kau rase siapa buat ha?" Tanya Diana. Aku mengangkat bahu. "Aku syak orang dalam. Ye la. Perangai sudah macam apa" ujar Fei. Aku mengangguk tanda setuju. "Ah! Malas lah fikir. Jom ke cafe" ajak Diana.

Cafeteria penuh dengan student. Tengok la sekarang pukul berapa. 2:00 petang. Waktu makan. Aku duduk sekadar minum ice lemon tea je. Fei dan Diana makan nasi goreng dan sirap bandung. Aku menongkat dagu dengan tangan kiri. Muka suram je. Tetapi rasa nak pergi toilet la pulak. "Korang kejap eh" berlari anak aku pergi toilet.

10 minit kemudian..

Lega rasa dapat melunaskan hajat kecil. Nasib saja aku boleh tahan, kalau tidak malu saja. "Raina!" Ada suara yang memanggil aku. Aku menoleh. "Luqman? Hai! Apa awak buat dekat sini?" Tanya aku. Luqman tersengih. "Tak expect lak kita sama U" jawabnya. Aku fikir sejenak. Baru aku ingat, Diana pernah cakap Luqman hotstuff dekat sini. Macam mana aku boleh lupa?

"Ehehe. Jadi awak sudah makan ke? Terfikir nak ajak awak lunch sekali" ujar Luqman. "Maaflah, saya sudah tadi. Dengan kawan" jawab aku. Entah kenapa, aku suka tengok dia senyum. Dia lain. "Ehem ehem! Tak kenalkan ke?" Aku memandang belakang Luqman. Ada lagi dua jejaka. Maybe kawan Luqman. "Oh ya. Raina kenalkan ni Joey dengan Fir. Member" perkenal Luqman. Aku cume senyum. "Aigoo! Kyeopta!" Puji Joey. Aku diam. Menahan malu. "Shh! Sorry Raina. Dia ni pelik sikit" kata Fir. Aku tergelak kecil. "Sorry tak boleh lama. Kawan saya tunggu. Jumpa lagi" ucap aku sebelum meninggalkan mereka. Luqman senyum. "Jadi?"
"Jadi what?"
"Ada orang jatuh cinta!!"
Terus Luqman mengejar Joey. Aksi tu tidak ada beza dengan aksi budak kejar mengejar. Umur saja meningkat tapi perangai? Masih budak lagi.

Aku pergi ke meja tempat aku lepak. "Aik! Mane pula diorang pergi?" Omel aku seorang diri. Aneh! Mereka tinggalkan aku? Cekedis betul. Lantas aku keluarkan phone aku. Nombor Fei didail.

Tut..tut..tut..

"Hello Fei, korang pergi mana?"
"Rai,tolong aku!"
Jeritan Fei mengejutkan aku. Apa yang berlaku? "Fei! Kau kenapa?! Mana kau?" Tapi tiada sahutan. Aku mula risau. Beg aku capai dan berlari mencari mereka. Tunggu aku, tunggu!

Sekitar U aku cari tapi tak jumpa. Aku cuba menelefon Fei atau Diana, tapi kedua- duanya tidak dapat. Linangan aku mula jatuh. "Fei! Diana! Mana korang!!" Bergema jeritan aku. Esakkan aku mula kuat. Tolong aku, Ya Allah!

Lagi sekali aku mencari. "Tolong bagi aku petunjuk Fei!" Omel aku sambil mencari rangkaian GPS Fei. Cepat!

No connection

"Argh!!" Aku berlari mencari mereka. Lelah aku mencari. Termengah mengah aku. Sekali lagi aku menelefon mereka. Saat itu, aku terpandang bangunan Biologi. Ia jarang digunakkan. Hanya budak sains saja boleh masuk. Naluri aku kuat mengatakan mereka disana. Laju kaki aku bergerak ke arah bangunan. Sampai saja, aku lihat sekeliling.

"Fei!! Diana!!"
Tiada sahutan. Aku bergerak ke belakang.
"Ha!" Aku menekup mulut aku. Mereka disitu dengan kepala berdarah dan kesan cakar. Lebam diseluruh badan dan lebih mengerikan mereka tergantung dengan tangan diikat. "Fei!! Diana!!" Teriak aku. Aku menangis. Aku menampar nampar pipi mereka supaya sedar. "Maafkan aku!"

Segera aku menelefon ambulans. "H-hello..T-tolong ssaya..ke-kecemasan" ujar aku. Tersekat sekat. Esakkan aku tahan. Aku lihat mereka. Seperti nyawa nyawa ikan. Tolong cepat! Aku terduduk dan memeluk lutut. "Cepat datang!" Esakkan aku makin kuat. Tolong selamatkan mereka, Ya Allah!

Bip..bip..bip

Keadaan mereka kritikal tapi inshaAllah masih boleh diselamatkan. Mujur cik Raina cepat menelefon.

Jadi mereka boleh sedar?

InshaAllah cik. Kondisi mereka stabil cuma mengambil masa tuk sedar. Bawa bersabar cik dan berdoalah pada yang Esa..

Aku mengenggam erat tangan Fei. Bilik mereka berasingan. Jadi aku terpaksa jaga bergilir gilir. Lagipun, keluarga mereka jauh. Fei, di Korea dan Diana pula di utara. Rasa bersalah pula kalau ibu bapa mereka datang dari jauh. Apa aku patut menelefon mereka?

"R-raina.." aku tersedar dari lamunan. "Fei? Rehat dulu jangan bangun" ujar aku sebelum Fei ingin bangun. Keadaan dia belum baik. Perlu baring saja. Fei akur. Sayu aku lihatnya. Muka nya habis dengan cakar. Barangkali pisau. Lebam mungkin dibelasah teruk. Mana mungkin perempuan. Pasti lelaki!

"Fei..siapa buat kau macam ni?" Tanya aku perlahan. Fei cuba membalas tapi kudratnya membantah. Masih lemah. "Takpe. Kau rehat ya?" Ujar aku sebelum menyelimutkan dia. Aku bangkit beredar tuk menjenguk Diana. "Erin.." aku berhenti tatkala nama Erin keluar. "E-erin yang buat.." aku diam membatu. Tanggan aku mengigil menahan amarah. "Kau rehat dulu, aku jenguk Diana ya" pintu bilik Fei ditutup. Aku bersandar dipintu sambil menunduk. Kosong minda aku tapi bukan dengan amarah. Tapi dendam. "Ya Allah, hapuskan amarah ini"

"Diana..kau okay?"tanya aku sebaik saja aku masuk. Diana telah sedar. "Maaf sebab aku tak dapat lindungi kau" ujar aku sayu. Diana senyum. Die menggeleng. Faham. "Kau patut rehat. Kau masih lemah" ujar aku. Diana perlahan menutup matanya. "Rai, hapuskan amarah kau" tersentak aku. Diana kembali senyap. Sudah tidur. Aku menunduk. Aku keluar dari bilik Diana. Aku pulang.

Amarah ini masih ada? Maka dendamlah ya?

CeriteraKu Disini {C}Where stories live. Discover now