Bahagian 26

1.1K 76 5
                                    

Its raining and its hurt enough!
_______________________________

Hari pengebumian Luqman suram dan disertai dengan hujan. Ia suram. Kedua dua pihak bersimpati dengan kejadian ini dan mendoakan yang terbaik tuk semua.

"Fir, jom balik?" Fei memayung Fir yang masih duduk di hadapan kubur arwah.

"Salah saya ke? Saya tak sempat minta maaf dekat dia. Saya tuduh dia macam macam. Saya tak la-"

"Hey! Tak patut cakap macam tu. Awak doakan dia yang terbaik. Biar dia aman and always remember you," pujuk Fei. Fir mengesat air mata nya dan bangun menghadap Fei.

Mereka beredar bersama dan masuk ke perut kereta. Seperti yang disangka, sunyi saja dan hanya bunyi luar saja yang kedengaran. Fei tidak beredar membuka mulut, takut takut lain pula jadinya.

...

Raina menyandarkan diri di dinding lorong kecil. Dia menunduk diri. Habis kuyup dan kesejukkan gadis ini. Tidak henti batuknya dan disertai dengan darah yang tidak henti mengalir.

Cik mengidap penyakit tibi. Cik perlukan rawatan cepat..

Tak perlu, bagi saya ubat tahan sakit.

Tapi cik ?

Bagi! Kalau tak saya tembak..

Baik baik cik. Tolong jangan bunuh saya!

Raina memandang bawah. "Tibi..chit!" Die meludah darah. Dia tahu dirinya takkan dapat bertahan dengan penyakit ini. Muka nya yang pucat lesi itu sudah menjadi satu simptom yang kekal.

Dia sakit.

...

"Dia datang sini dan mahu tembak awak kalau tak bagi apa yang dia minta?"

"Ye. Dia cume minta ubat tahan sakit je," ujar doktor itu. Polis itu berkerut dan menyalin kenyataan itu.

Fir yang baru sampai meminta keterangan mangsa. "Suspek datang sini? Nampak muka?" Doktor itu mengangguk. Fir meminta pelukis melukis lakaran muka suspek.

Raina.

Ye. Raina yang datang ke sini meminta medical report. Namun, selepas tahu kebenaran dia hanya mahu ubat tahan sakit. Mana mungkin suspek yang dikehendaki satu negara boleh mendapat rawatan malahan akan diberkas.

"Boleh saya tahu apa yang tertulis dalam report tu?" Tanye Fir. Doktor itu mengangguk.

"Pesakit mengalami TIBI dan memerlukan rawatan dengan segera. Sel sel mula merebak dan akan memudaratkan lagi keadaan pesakit,"

Fir terdiam sebelum meraup wajahnya.

...

Hujan masih membasahi tubuh ini dan kesejukkan menjadi teman setia. Batuk yang tadi 'berehat' menambah lagi derita. Darahnya makin banyak dan membasahi jalan ini.

"Ia sakit, sakit sangat.."

CeriteraKu Disini {C}Where stories live. Discover now