Bahagian 12

1.3K 73 1
                                    

Aku cuma nak kau tahu perkara sebenar..
________________________________

Tikar digulung dan semua beredar kecuali Irfan. Tanah yang masih gembur ini direnung lama. Air mawar yang terisi di dalam jag dipegang. Kemudian disiram sebati.

Dari dia kita datang, kepadaNya kita kembali..

Dua hari sebelum..

Irfan duduk menunggu keputusan forensik. Semua ada di sini. Mama, papa, ibu,abah. Menunggu.

Klik!

"Siapa ahli keluarga kepada Puan Ayuni?" Soalnya. "Saya suami mangsa. Boleh saya dapatkan keputusan?" Ujar aku. "Sila ikut saya encik,"

Bilik yang diterangi dengan lampu pendaflour jelas menaikkan bulu roma. Bilik forensik. Creepy enough!

"Doktor," Irfan menoleh pabila ada seseorang yang masuk. "Oh tuan. Encik Irfan, ini Inspektor Luqman" Irfan berjabat tangan. "Kami di IPD bersimpati dengan kematian isteri encik," Irfan tersenyum tawar. "Terima kasih," ucapnya.

"Boleh kita teruskan?" Kedua dua pihak mengangguk. "Mangsa yang dikenali sebagai Ayuni Mughfira mati akibat letupan bom yang jaraknya kurang dari 2 meter. Mungkin bersebelahan mangsa. Kesan cap jari dari sisa bahan tiada sepadan," terang forensik itu.

"Adakah ini juga berkaitan dengan pembunuh bersiri?" Tanye Luqman. "Saya tidak pasti. Sebelum letupan berlaku, mangsa memberontak dan ditampar beberapa kali. Kesan dari pipi dan calar pada lengan, mungkin seorang perempuan,"

"Ya, saya tahu" jawab Irfan.

Luqman memandang Irfan. "Apa maksud encik?" Soalnya. "Selepas letupan, ada seorang yang memakai jaket hitam. Dari bentuk badan, ianya perempuan dalam lingkungan 20-an," panjang lebar Irfan menjawab. Luqman diam.

Selepas penerangan selesai, mereka keluar menemui keluarga. "Tuan, tolong cari pembunuhnya tuan. Saya mohon! Tolong lah," rayuan ibu Yuni bergema seluruh koridor. "InshaAllah puan. Kami akan cari perlakunya dan dia akan menerima hukuman. Bersabarlah puan," ujar Luqman. "Kalau tiada apa apa, saya balik ke IPD dulu," ujar Luqman.

Selepas Luqman hilang dari pandangan, Irfan menghantar ibu bapa mertuanya pulang. Selepas itu , barulah ibu bapanya. "Ma, Ir keluar kejap," katanya sayu. Ibunya faham bahawa anak lelakinya ini sedang mengalami kemurungan akibat kehilangan isteri tercinta.

Tasik Titiwangsa. Bangku kayu yang menghadap tasik ini, menjadi peneman seketika. Irfan mengeluh. Kertas dan pita rakaman digenggam kuat. Tanpa disedari, empangannya mula pecah dan air mula membasahi pipi.

"Haih,kenapa buat macam ni?"

Benar. Dia sudah tahu kebenaran yang disimpan rapi Yuni. Sungguh dia tak sangka. Orang yang dipercaya, yang dia sayang rupanya dalang semua ini.

Bzzt!

"Helo"

"Sudah tahu kebenaran. Tahniah"

Orang itu lagi. Dia yang bagi semua bukti ini. Tapi kenapa?

"Aku tak sangka"

"Kan aku sudah bilang. Dia adalah mimpi buruk kau. Sekarang, tanggung sendiri,"

"Tapi, aku nak tanya kau satu soalan,"

"Satu saja"

"Kenapa kau bagi aku semua ni?"

"Ada orang yang sayang kau,"

"Siapa?"

"Tu lebih dari soalan. Pergi dulu,"

Talian tamat. Irfan mengeluh. Apa yang patut dia buat? Nak cari siapa yang bagi ini? Mustahil.

Rika, i miss you..

CeriteraKu Disini {C}Where stories live. Discover now