Bahagian 7

1.4K 106 5
                                    

Paku digunakkan untuk cantumkan kayu dengan kukuh..
__________________________________

Orang ini berkot coklat gelap tuk menghalang cahaya memanaskannya dengan cepat. Dia yang bercermin mata hitam dan memakai topeng muka berdiri dihadapan teratak milik seseorang.

Teratak Yuni.

Papan itu dia renung. Mendalam dan dalam. Terasa kehangatan amarahnya sehingga terbakar sisa keluhuran hatinya.

Tok tok !

Kelihatan gadis 20an membuka pintu. "Cari siapa?" Soalnya. "Cari Ayuni," balas orang itu. "Saya Ayuni. Masuklah dulu," Yuni menjemput orang itu masuk.

Sofa empuk diduduk. Orang itu memandang kosong bingkai gambar. "Siapa dia?" Tanyenya. Yuni memandang ke arah bingkai gambar itu. "Oh, tunang saya. By the way, siapa ye?" Soalnya lagi.

Orang itu senyap.

"Pasti kau kenal dia ni," orang itu mengeluarkan sekeping gambar dari poket. "Siapa? Aku tak kenal dia. Kau salah orang," jawab Yuni. Dari bahasa saya-awak terus ke aku-kau. Gentar dan gugup dia menjawab.

Orang itu tersenyum sinis.

"Dia dirogol 4 tahun lepas angkara cemburu dan musuh dalam selimut. Remember?"

Kaget dibuatnya. Yuni berpaling dari melihat wajah orang itu. Apa semua ini? Apa pula muslihat dia kali ini?

"Aku tak faham. Kau siapa?" Keras dan kasar bunyi nya. "Tak penting. Aku nak kau tahu dia menderita sebab dapat kawan macam kau ni!"

Pap!

Satu tamparan kemas hinggap dipipi putih orang itu. Jatuh spek hitam nya sehingga menampakkan matanya. Sekali lagi Yuni kaget. Matanya biru? Siapa dia ni? Hantu raya?

"Heh! Tamparan kemas. Im impressed. Macam ini ke kau buat dia pengsan?" Pelik sekali ayat atau hujahan orang itu. Yuni pelik dan tiada idea tuk paham apa yang cuba dia sampaikan.

"Aku tak paham apa maksud kau!"

"Heh! Alasan! Hm, cantik mata kau. Itu ke senjata kau tuk menggoda lelaki milik orang lain?"

"Kurang ajar! Apa yang kau nak?!" Tengking Yuni. Orang itu ketawa. "Aku cuma nak kau tahu macam mana rasa bersalah ada dalam diri kau," sinis sekali ayatnya.
Yuni tidak dapat menahan rasa geramnya. Pantas die menolak keluar orang itu dari rumahnya.

"Pergi kau! Entah bala siapa datang! Aku tidak buat salah! Kau gila!"

"Kau yang gila! Memakan hati kawan demi kepentingan diri sendiri!" Orang itu bangkit sambil merenung Yuni. Lalu die beredar dari situ.

"Apa pula yang datang kali ni?" Omel yuni. Yuni duduk disofa dan mengurut dahinya. Terasa pening pula. "Dia sudah tiada. Apa aku nak risau. Aku ada Irfan sekarang," monolog nya.

"Aku nak kau tahu dia menderita sebab dapat kawan macam kau ni!"

"Aku cuma nak kau tahu macam mana rasa bersalah ada dalam diri kau"

"Kau yang gila! Memakan hati kawan demi kepentingan diri sendiri!"

"Argh!!" Pasu meja Yuni baling. Nafasnya naik turun. Fikiran nya kusut dan serabut. "Tak pe. Lagipun kau dah tak ada," sinisnya..

Apa maksudnya?
__________________

Salam readers! Sorry lambat sangat update sampai ada komen yang tidak dibalas. Minta maaf sesangat. Jadi selfish jap sbb nak vote. Ahaha ! Terima kasih sebab sudi baca dan vote.

Btw readers, kalau ada idea dan cerita ni agak mengarut, sila komen supaya dapat diperbaiki dengan kadar segera.

Oh! Lupa.
Happy 2nd anniversary Bangtan !
Congrates sebab menang 1st award. Stay cool guys. Stay healthy. All the best for your future. To my bias, 95 lines, Jimin and V ! Stay cute and cool. I love your alien mode.

Dont worry BTS, ARMY with you♡

CeriteraKu Disini {C}Where stories live. Discover now