Proloq

6 2 0
                                    

Kayden Adam melihat dirinya di hadapan cermin besar. Dia begitu kacak dengan sepasang baju melayu satin putih. Kaca mata hitam yang berada di wajahnya menambah kan lagi kekacakannya. Songkok warna hitam dekat atas katil di ambilnya dan pakai dekat kepala.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum Ayden! Boleh ayah masuk?" Tanya Encik Nizam.

"Waalaikumussalam. Masuklah ayah," sahut Kayden Adam.

Pintu bilik pun terbuka. Encik Nizam memandang Kayden Adam dengan sayu. Dia merasa bersalah dekat anak teruna-Nya dan juga satu-satu anak lelaki tunggal dia.

Kayden Adam perasan dari cermin melihat muka ayahnya yang seperti sedih.

"Ayah kenapa sedih? Ni kan hari bahagia buat anak ayah?" Tanya Kayden Adam.

"Hmm...."

Encik Nizam menarik nafas sebelum menyambung katanya.

"Ayah mintak maaf sebab jadikan Ayden sebagai kambing hitam," kata Encik Nizam.

"Shh.... Ayah tak perlu mintak maaf. Ayden ikhlas terima takdir Ayden. Ayden tak pernah marah atau simpankan dalam hati. Bagi Ayden, nak ayah hidup bahagia dan gembira aje," balad Kayden Adam.

"Terima kasih nak sebab nak marahkan ayah. Ayah doakan Ayden dengan isteri berkekalan ke jannah," ucap Encik Nizam.

"Insyallah ayah. Dah. Ayah tak mahu sedih-sedih. Tak handsome dah ayah," pujuk Kayden Adam.

Encik Nizam hanya senyum. Padahal dia merasa yang anaknya itu pura-pura bahagia. Dari luar bilik, Keira Daniella mendengar perbualan dua beranak itu.

'Jahat sangatkah aku? Sampai membuat anak dan ayah bersedih?' Bisik hati kecil Keira Daniella.

Majlis pun dimulai... Tetamu-tetamu sudah berkumpulan di tempat pernikahan yang dibuat dekat Villa keluarga Keira Daniella. Tetamu-tetamu kebanyakkan dari Jutawan, VVIP, VIP dan juga sewaktu dengannya. Bukan sebarangan orang boleh datang ke majlis itu kerana dijaga oleh anak-anak buah Keira Daniella.

"Pengantin lelaki, boleh kita mula?" Tanya Tok Kadi yang bertugas sebagai jurunikah.

Kayden Adam mengangguk.

"Muhammad Kayden Adam Bin Muhammad Nizam!" Panggil Tok Kadi.

"Ya saya," jawab Kayden Adam.

"Muhammad Kayden Adam Bin Muhamma Nizam, aku nikahkan engkau dengan Tengku Keira Daniella Binti Tan Sri Xander dengan mas kahwin RM 25,000 ringgit di bayar tunai!" Kata Tok Kadi.

"Aku terima nikahnya Tengku Keira Daniella Binti Tan Sri Xander dengan mas kahwin RM 25,000 ringgit dibayar tunai!" Balas Kayden Adam.

"Sah?!"

"Sah?" Jawab tetamu-tetamu serentak sebagai saksi kedua mempelai pengantin petang itu.

Sesi membatal air sembahyang pun tiba. Kayden Adam merangkak ke arah Keira Daniella. Sebutir cincin yang kemas di dalam baldu merah itu di ambilnya lalu menyarung ke jari manis gadis itu. Tanganya dicium oleh Keira Daniella dan dahinya dicium lembut oleh Kayden Adam.

"Okay. Stay posisi macam tu," kata jurugambar.

Keira Daniella hanya pura-pura senyum. Dia sebenarnya rimas dengan semua itu. Dia fikir majlis pernikahan ini hanya biasa-biasa. Rupanya lagi luar biasa. Apatah lagi bila memakai baju kurung. Matanya memandang ke arah Kayden Adam yang senyum mengambil gambar.

"Kau jangan ingat perkahwinan kita ni akan bahagia macam orang lain. Kau silap. Aku akan membuat kau merana dan derita selama menjadi suami aku," bisik Keira Daniella dekat telinga Kayden Adam.

Terus senyuman lelaki itu bertukar.

~bersambung~

Cinta Dan Luka(SU)Where stories live. Discover now