NUKILAN SEORANG GADIS KEPADA SANG PENCIPTA.

25 1 0
                                    

Sang Pencipta,

Aku menuliskan nukilan ini khas buatmu. Aku tahu, hanya engkau sahaja yang mengerti perasaanku sekarang ini. Yang sedang ditindas, diherdik, dihina, dilukai, dipulaukan dan, diperlakukan seperti patung. Adakalanya, mereka menganggap diriku seperti 'manusia pakai buang' atau 'rumah persinggahan' di saat mereka di dalam kesusahan.

Hanya kerana satu kekurangan dan kelemahan, mereka berbuat sebegitu rupa. Padahal, mereka tidak sedar. Tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Aku juga sedar bahwa aku juga mempunyai kekurangan atau kelemahan diriku sendiri. Mereka juga ada kekurangan mereka sendiri akan tetapi mereka tidak sedar itu. Seperti gelap mata dan mereka lebih gemar melihat dan mencari kekurangan dan kelemahan orang lain berbanding memperbaiki diri mereka sendiri.

Sang Pencipta,

Sejujurnya, aku penat menghadapi benda yang sama sepanjang hidupku. Rasa seperti jiwa dan hatiku sudah mati, yang ada cumalah jasad yang masih bergerak namun tiada satu pun perasaan di dalam hati. Aku juga mengejar maut namun ia melarikan diri seolah - olah takut denganku.

Aku faham, mungkin ia mahu aku meneruskan hidup aku seperti mereka yang lain, tetapi bagaimana? Aku tidak mahu. Sang pencipta, bukankah engkau tidak mahu melihat hambamu ini menangis atau merana kerana hal yang satu ini?

- izz.

pena menari ; nerylWhere stories live. Discover now