Bab 1

18 2 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Izarra Binti Shakir dengan mas kawinnya dua ratus ringgit, tunai!"

Dengan terlafaznya akad tadi maka Izzara dan Faheem telah sah bergelar suami istri. Mengalir air mata jantan Faheem kerana tidak menyangka selama hampir 9 tahun mereka bercinta, akhirnya Faheem dapat menghalalkan pasangan yang sangat dicintainya itu, Izzara.

Faheem merupakan anak yang ketiga dalam 4 orang adik beradik. Manakala Izzara pula merupakan anak bongsu dalam 5 orang adik beradiknya.

Izzara dan Faheem merupakan pasangan yang sangat beruntung. Asalnya mereka hanya dari  keluarga yang biasa-biasa sahaja. Meskipun begitu mereka sangat beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang merestui hubungan mereka. Apa sahaja keputusan anak2 mereka pasti ibu bapa Faheem dan Izzara hanya turuti sahaja kerana mereka tahu anak2 mereka itu pandai dalam membuat keputusan.

"Abah.. terima kasih." Fahem menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan bapa mertuanya, Haji Shakir.

"Abah percaya kamu Faheem. Abah tahu kamu mampu jaga Zara untuk abah. Tak mewah takpa. Biar hidup sederhana yang penting saling jaga." Sambil Haji Shakir memegang erat tangan Faheem, air mata seorang ayah mengalir dek kerana memikirkan anak yang sudah bergelar sebagai isteri orang. "Abah harap kamu jaga Zara sebaiknya. Abah sangat sayangkan Zara." Pesan Haji Shakir sambil memeluk erat menantu lelakinya itu.

"Faheem janji abah. Faheem pegang janji Faheem. Faheem akan jaga zara sebaik seperti abah menjaganya." Perlahan Faheem mengusap belakang ayah Zara untuk meyakinkan lagi. Sungguh rapat hubungan persaudaraan keluarga Faheem dan Izzara  iaitu memudahkan lagi perkahwinan mereka itu.

Sementara Faheem bersalaman dengan ahli keluarga Izarra, Izzara pula sedang bersalaman dengan ahli keluarga Faheem.

Kelihatan Izzara sedang berpeluk dan melagakan pipi bersama seorang tua berumur hampir 50, Puan Hayati. Ya itulah ibu faheem. Atau lebih disenangi dengan gelara bonda.

"Amboii, cantik sungguh menantu bonda ni ya. Dari dulu lagi mak kata kepada Faheem tu cepat cepat la kawin dengan kamu. Bukan apa bonda takut takut ada yang minat kamu kang nanti Faheem melepas. Tapi syukur alhamdulillah dah jadi Faheem punya." Puan Hayati tersenyum gembira sambil memandang wajah cantik Izarra. Izarra hanya tersenyum malu ke arah bonda.

Majlis akad yang berlangsung di Masjid Al-yusuf itu berakhir dengan sesi bergambar bersama semua ahli keluarga yang datang pada hari itu.

Majlis sanding? Bukan tak mahu buat atau tak mampu tapi disebabkan kekangan masa dan kerja, persiapan untuk kahwin pun hanya mampu buat ala kadar sahaja. Jadi faheem dan Izarra hanya merancang untuk buat dalam keadaan sederhana sahaja yang penting mereka disatukan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Masa berlalu sangat cepat, kini rumah tangga mereka sudah genap dua bulan. Alhamdulillah mereka bahagia.

"Abang, bangun. Fakri call abang ni." Perlahan Zarra menepuk bahu suami yang tertidur di sofa itu. Entah apa yang dipenatkan suaminya, barangkali penat membaiki paip yang bocor pagi tadi.

Zarra sedikit hairan kerana selama 9 tahun kenal itulah pertama kali dia tahu Faheem punyai kawan bernama Fakri.

"Oh mungkin kawam sekerjanya kot." Bisik hati Zarra.

"Hah? Fakri?" Faheem sedikit mamai dan berfikir. "Oh Fakri, ya Fakri." Sambungnya lagi.

"Eh orang tua ni takkan kawam sendiri tak kenal." Usik Zarra sambil menghulur telefon bimbit kepada Faheem. Faheem hanya tergelak kecil sambil membuka screen lock telefonya itu.

Zarra turut menundukkan wajahnya sedikit kerana ingim mengetahui apa yang dibualkan Faheem dan kawannya itu. Ala biasa la isteri semua nak tahu.

Faheem segera berdiri lalu pergi duduk di kerusi yang terletak pada ruang beranda. Seolah tidak mahu Zarra ikut campur halnya.

"Eh" Zarra sedikit tersentak dan perasaan kurang senang di hatinya telah singgah. Namun dihiraukannya saja.

Zarra memerhati riak wajah suaminya dari ruang tamu itu. Hairan barangkali melihat suaminya tersenyum bagai kerang busuk. Entah apa sajalah yang disembangkan suaminya dan Fakri pada ketika itu.

Zarra hanya menggelengkan kepalanya lalu berdiri dan masuk ke ruagan dapur bagi menyediakan jauadah untuk santapan tengahari mereka nanti.

_______________________

Terima kasih singgah baca. Help me vote, share, like dan komen hehe. Nak next part tak?

Kalau nak next part panjang lagi do komen gais hehehe

Kisah Pintu HatikuWhere stories live. Discover now