Nikmat Di Sebalik Dendam
Razak merupakan seorang anggota polis berumur 44 tahun dan isterinya Aznie berumur 38 tahun dan merupakan seorng suri rumah dan mempunyai 3 orang anak. Anak pertama dan kedua adalah lelaki dan anak ketiga adalah perempuan. Razak menyewa di sebuah apartment dan berjiran dengan seorang pemuda yang bernama Azman. Azman merupakan seorang sales manager di sebuah supermarket dan Azman juga seorang mat rempit dan setiap hujung minggu Azman dan rakan-rakan mat rempit nya sering menghabiskan masa dengan merempit.
Sehinggalah suatu hari Azman dan rakan-rakan nya telah diserbu semasa merempit oleh Razak dan rakan polisnya.
Pada awalnya Razak tidak mengetahui bahawa Azman merupakan jirannya kerana sebelum ni tidak pernah bertegur sapa. Sehinggalah Azman dan rakan-rakannya ditahan di balai polis dan apabila Razak melihat maklumat diri Azman barulah Razak perasan yang Azman tinggal di apartment yang sama dengannya dan merupakan jiran di sebelah rumahnya."Engkau ni tinggal di apartment yang sama dengan aku rupanya" kata Razak pada Azman.
"Apa nak jadi dengan kau ni umur dan 33 tahun tapi masih buat benda-benda yang tidak berfaedah ni". "Kau tak fikir masa depan kau ke.!?" kata Razak lagi."Maafkan saya tuan" kata Azman sambil tertunduk malu apabila dia dimarahi oleh Razak dihadapan rakan-rakannya dan juga pegawai-pengawai polis yang bertugas.
"Apa sal kau bodoh sangat? Kau nak jadi sampah masyarakat! Malu aku berjiran dengan orang macam kau ni! buat malu je! daripada menyusahkan orang baik pergi mati.! habis cerita.!" Razak mula menengking Amzan kerana Razak sememangnya seorang yang lancang mulutnya dan seorang yang panas baran.
Azman tertunduk malu dihadapan semua orang yang berada di balai tersebut. Azman sangat marah dan memendam kemaharannya kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu kerana dia dan rakan-rakan mat rempit nya berada di balai polis. Jika diikutkan hati, mahu sahaja Azman membelasah Razak kerana memalukannya di hadapan semua orang dan melabelnya sebagai sampah dan seorang yang tidak berguna.
Selepas kejadian dimalukan di balai polis, Amzan tidak lagi merempit kerana bimbang jika tertangkap dan dimalukan lagi oleh Razak. Suatu hari semasa Razak dan Isterinya hendak keluar membeli belah Razak dan Isterinya terserempak dengan Azman di hadapan rumah Azman.
"Selamat pagi bang, abang nak pergi mana..?" Azman cuba untuk bertegur sapa dengan Razak
"Nak keluar jalan-jalan, engkau ni nak pergi mana? Nak merempit lagi ke?, Balas Razak dengan nada sinis.
"Tak bang, saya nak jumpa kawan je lepak kedai mamak india" balas Azman dengan wajah yang sayu.
"Itu je la yang kau tahu melepak buang masa dan merempit, dia ni la yang kena tahan dekat balai hari tu sebab merempit dengan kawan-kawan dia yang tak guna itu." kata Razak memberitahu isterinya tentang Azman.
Isteri Razak yang faham akan sikap suaminya yang baran pun cuba untuk mengalihkan perbualan mereka dan cuba membawa Razak beredar dari sana.
"Dah la tu bang.. biarlah itu benda dah lepas, kita pun kena cepat ni nanti jalan sesak dan lambat sampai pulak" kata isteri Razak sambil memandang Azman dengan senyuman sebagai tanda dia tidak mahu mencampuri urusan Razak dan Azman."Iya la, marilah kita bertolak malas nak layan sampah masyarakat dekat sini ni." jawab Razak pada isterinya sambil memandang sinis pada Azman.
Azman pun tertunduk malu sehinggalah Razak dan isterinya beredar barulah Azman mengangkat muka dengan perasaan dendam sambil menggengam tangannya dengan erat. dan Azman bertekad dalam hatinya bahawa dia akan membalas segala perbuatan Razak dan akan memalukan Razak dengan lebih teruk lagi dari apa yang Razak lakukan padanya.Setelah Azman sampai di restoran kedai mamak tersebut Azman meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Razak kerana sering memalukannya dan menggelarnya sebagai sampah.
"Aku rasa, apa kata kita kenakan polis itu, bagi insaf sikit dekat mulut dia tu, macam mana.?" Kata Ali yang merupakan salah seorang geng-geng rempit Azman.
"Betul tu, kita buat sesuatu yang nak hadap muka kau pun dia tak berani, kita buat sesuatu pada dia yang menjatuhkan maruah dia sebagai lelaki dan sebagai anggota polis"
kata rakan mat rempit Azaman yang di panggil Joe dalam kalangan kawan-kawan."Nanti kita plan macama nak kenakan polis jahanam tu, aku nak dia tunduk dan hormat dengan aku pulak lepas ni." balas Azman pada rakan-rakannya.