Cuti sekolah sudahpun berakhir dan Hyejin mula mengemas buku-bukunya mengikut jadual supaya tiada apa yang dirisaukan esok hari.
Selesai mengemas, Hyejin terus merehatkan diri sambil bermain dengan telefonnya. Di dalam fikirannya, hanya senior itu sahaja yang asyik muncul yang membuatkan Hyejin berasa pelik.
"Aku suka dia ke?" Monolog Hyejin sendirian, masih tidak percaya dia menyukai seseorang buat pertama kali di dalam hidupnya.
"Lantak lah. Aku suka dia ke tak, esok aku akan tau jugak perasaan sebenar aku" ujar Hyejin sebelum melelapkan matanya, penat selepas mengemas buku.
[Next day]
"Baiklah anak-anak, sebelum kita gerak ni. Pakcik nak bagi resit sorang satu yang tertera nama korang sendiri. Resit tu adalah resit tambang van ni. Tarikh akhir dia ada tulis kat resit tu nanti so check betul-betul eh" ujar pakcik van tersebut.
Semua orang yang berada di dalam van terus mengambil resit termasuk Hyejin. Dia mengambil dua resit iaitu resit dirinya sendiri dan resit si senior.
'Ni lah peluang aku nak tengok nama dia. Lagipun dia tidur nyenyak' Hyejin terus membuka resit si senior tersebut dan mendapati namanya di situ.
'Ryan Lee? Nice name..' Getus hati Hyejin. Dia terus duduk di tempat duduknya. Resit si senior yang dikenali sebagai 'Ryan' dia simpan di celah beg Ryan supaya dia nampak resit tersebut.
Hyejin terus membuka telefonnya untuk melihat tarikh hari ini.
'23 Mei 2022. Nice to meet you, Mr. Crush' bisik hati Hyejin. Dia tersenyum sendirian sebelum mendengar lagu kegemarannya selepas memakai earpod di telinga.
[Time skip]
"Jangan lupa ye anak-anak. Berapa won korang kena bayar tambang van ni" pesan pakcik bas. Maklumlah, takut ada yang lupa tentang tambang tu.
Dah nyusahkan dia nak masukkan nama pelajar tak bayar tambang kat buku 555.
"Ye!!" Sahut mereka lalu terus masuk ke perkarangan sekolah.
'Mana Hana ni?" Soal hati Hyejin. Matanya melilau mencari kelibat Hana tetapi tidak jumpa. Dengan hampa, Hyejin terus berjalan berseorangan ke kelas.
Dia terus duduk lalu memandang ke arah luar tingkap. Tiba-tiba matanya terasa berat yang membuatkan dia terlelap sebentar.
[30 minutes later]
"Nak kejut dia ke cikgu?"
"Tunggu lagi 5 minit. Kalau tak bangun jugak memang aku pelengkung kepala budak ni"
Hyejin yang mendengar bunyi bising di sekeliling nya mula membuka mata dan mendapati dirinya di dalam bilik kesihatan.
"Aku kat mana ni?" Monolog Hyejin sendirian. Matanya tiba-tiba tertangkap susuk tubuh 2 orang yang amat dikenali nya.
Ya, dialah Hana dan Sir Yoon, cikgu matematik yang paling digeruni oleh semua orang di sekolah.
"WARRGGHH" akibat terkejut, Hyejin terjatuh dari katil yang membuatkan rakan dan cikgunya panik sebentar.
"Weh kai ok ke? Asal kau pengsan?" Soal Hana kabut. Hyejin terus bangun lalu duduk di atas katil.
"Siapa kai siot? Bila masa aku pengsan?" Soal Hyejin bingung. Matanya kini tertumpu ke arah Sir Yoon yang memandangnya bagai nak telan.
Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu yang penting. Ya, penting.
'Eomma, selamat kan anak eomma yang gojes ni dari kena 'telan' hikss' tangis hati Hyejin. Sepertinya, dia tahu apa yang bakal terjadi selepas ini.
"Kang Hyejin, sila pergi ke pejabat saya selepas tamat sesi persekolahan" ujar Sir Yoon dengan pandangan kosong lalu terus berlalu pergi.
"Mati lah aku...." Ucap Hyejin lirih. Hana hanya menggelengkan kepalanya, pertama kali dalam hidup Hyejin tidur di dalam kelas.
Kelas MATH pulak tu.
"Tabah wehh..." Ujar Hana sambil menepuk bahu Hyejin.
"Hikss... Ni semua salah kau tau. Kau pergi mana hah pagi tadi? Aku cari tak jumpa" ujar Hyejin.
"Sorry bro, kereta buat hal hehehe" sengih Hana. Hyejin hanya mampu redho dapat kawan yang selalu datang awal tetiba datang lambat.
Nampaknya, dia akan balik lewat hari ni.
'Macam mana lah aku nak explain kat pak cik bas tu?' Getus hati Hyejin risau.
Manakala Hana masih blur dengan keadaan sekarang dan otaknya masih ligat memikirkan Kai. Siapa Kai?
Jeng jeng jeng...
Hshshshs author gurau je hshshsh. Tu typo actually tapi Hyejin ingatkan tu nama orang lol.
To Be Continued....
YOU ARE READING
𝑇𝑤𝑒𝑛𝑡𝑦-𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝑂𝑓 𝑀𝑎𝑦 ✅
No FicciónKang Hyejin } main cast Ryan Lee } main cast Sinopsis; [Based On True Story] Ordinary librarian-junior girl × school-boy prefects senior 23 Mei 2022, tarikh dimana Hyejin menyukai seorang senior secara tidak sengaja. Pada mulanya, dia hanya menyukai...