BAB 3

17K 745 43
                                    

"abang, kepala Irene sakit dari petang tadi. Boleh tak bawa Rene pergi klinik?" Dionz yang mendengar sudah ada rancangan gila dalam dirinya.

"Pergilah siap." Katanya sambil memandang telefon manakala Irene sudah berlalu ke tingkat dua.

Semasa dalam klinik Dionz hanya bermain dengan telefon pintarnya saja. Ubat ubat Irene, gadis tu yang bayar sendiri.

"Dah jom" Dionz bangun dari duduknya dan melangkah keluar bergitu saja. Irene menghela nafas perlahan dengan tangan kanan memegang dinding agar tidak rebah.

"Lembab nak masuk kereta pun." Terlepas dengusan kasar dari mulut Dionz. Irene hanya diam saja di seat sebelah.

Hujan di waktu malam mulai turun rintik rintik dan berunsur menjadi lebat.

"Kenapa berhenti abang?" Soal Irene bila Dionz menghentikan kenderaan nya.

"Keluar." Irene pandang suaminya tidak percaya. Malam yang gelap disertai hujan sanggup suaminya menyuruh dirinya keluar?.

"KELUAR!"jerkahnya dan Irene turut dengan apa jejaka tu mahu. Badan Irene basah kuyup. Kereta BMW tu mula bergerak pergi meninggalkan nya.

"Sampai hati abang buat Rene macam ni." Sedih hatinya ketika ni dan dipandang sekeliling yang gelap. Tangan naik berpeluk tubuh yang sejuk.

Dia berjalan tanpa ada arah tuju. Dia dimana juga tidak tahu.

PAGI keesokannya Dionz masih tidak nampak bayangan isterinya dirumah. Gadis tu belum balik?.

Mata melirik ke arah jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi. Namun diabaikan saja mungkin petang lagi Irene akan balik.

Sebaik jam menunjukkan dua petang, masih tiada tanda tanda yang isterinya akan pulang.

Hati nya mula menjadi risau. Dilihat last seen whatsapp isterinya jam 7:45 petang semalam.

Bibir dikemam dengan tangan mengengam telefon. Dia menunggu sekali lagi.

Jarum jam tepat menunjukkan pukul 4 namun masih sama. Tiada langsung pintu rumah akan terbuka.

Dionz bangun dari duduknya dan dipandang kunci kereta sama ada mahu pergi mencari atau tidak.

Namun dia tepiskan perasaan risau dalam hatinya. Dia tidak peduli apa pun yang jadi pada Irene.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now