Tangan diletakkan di atas dahi dengan mata memandang siling ruang tamu. Nak buat macam mana dah suaminya suruh dia tidur di ruang tamu.
Perlahan lahan mata dipejamkan untuk tidur.
Dionz yang tidur nyenyak terjaga apabila mendengar suara seseorang. Dia bingkas bangun keluar dari bilik.
"J.. jangan pukul Irene lagi hiks." Dionz mendekati isterinya yang meracau tu. Air mata juga mengalir ke pipi mulus tu.
"Irene." Ditepuk bahu tu.
"Abang s..sakit hiks"
"Irene bangun" ditepuk pipi Irene agar menyedarkan nya.
"Abang arh!" Dia bangun mengejut dengan nafas tercungap cungap dengan dada turun naik.
"Sayang." Panggil Dionz dan Irene pandang ke arahnya. Dia berundur dari dekat dengan suaminya.
"A..abang n..nak pukul Rene lagi ke? R..rene taknak. B..badan r..rene s..sakit." dipeluk erat bantalnya dengan kedua lutut dirapat ke dada.
"Tak sayang, kenapa ni?" Dionz mahu memegang Irene namun gadis tu berganjak jauh.
Dia mengeleng kepalanya tanda tidak mahu. Dia trauma dengan Dionz yang selalu memukulnya.
"Abang nak sentuh pun dah tak boleh hm?" Irene hanya diam dengan tubuh mengigil takut.
Tangan kasar tu perlahan lahan menyentuh lengan kecil isterinya dan ditarik ke arahnya.
"Tidur dengan abang jom."Irene mengeleng kepalanya tidak mahu.
"R.. rene nak tidur sini. A..abang p.. pergilah tidur." Comforter tu ditarik sehingga ke kepala. Dapat Dionz lihat bahu isterinya agak mengigil.
PAGI tu Irene menyiapkan sarapan untuk suaminya. Bayangan Dionz ke dapur jelas kelihatan.
Tangan jejaka tu mahu naik mengosok kepala Irene namun isterinya memejamkan mata dengan tangan kiri naik menutup kepala dengan lengan nya.
Perlahan lahan dia menurunkan tangannya dan Dionz meletakkan tangan kanan di kepala Irene sebelum digosok perlahan.
"Taknak salam abang?" Soal Dionz apabila mahu pergi kerja.
"A..abang kan j..jijik dengan Rene." Hujung baju digengam erat. Menajam mata hazel tu.
Irene mahu berlalu pergi tetapi lengan nya ditarik kasar dan dia masuk ke dalam pelukkan suaminya.
Dagu tu ditolak ke atas dan disambar bibir merah tu sekilas sebelum keluar dari rumah.
YOU ARE READING
DIA SUAMI PSYCHO [C]
RomanceBerkahwin dengan seorang lelaki yang panas baran dan kaki pukul bukan lah satu hal yang mudah. Setiap hari pasti akan ada pukulan dan cacian yang akan diberi. Hanya satu dia mampu lakukan iaitu ubah sikap suami nya. Mampu kah dia merubah seorang sua...