"abang, boleh kita cakap sikit?" Dionz mengumam sahaja.
"Sampai bila abang nak seksa Rene? Kalau betul abang tak ada perasaan dekat Rene, Rene mohon lepaskan secara baik." Mata hazel tu tajam menikam mata isterinya.
"Kau nak mampos dengan aku ke hah?!" Jerkahnya.
"Abang please! Tolonglah. Rene pun nak macam hubungan suami isteri lain jugak. Apa dosa Rene dekat abang sampai macam ni sekali abang layan Rene? Bagitahu Rene sekarang." Air mata nya meluncur laju ke pipi.
"Kalau abang nak kahwin dengan Luna pergilah. Rene takkan halang tapi lepaskan Rene dengan cara baik. Rene nak bahagia macam orang lain juga bukan hidup bawah caci maki pukul abang ja." Apa yang dipendam selama ni akhirnya terluah juga bagaimana dia rapuh ketika ni. Dionz tidak mampu keluarkan kata kata nya. Mata hazel tu menatap lurus ke arah mata berair Irene.
Nafas ditarik dalam.
"Masa abang tinggal Rene seorang diri tepi jalan dengan keadaan gelap dan hujan lebat sikit pun tak ada perasaan belas kasihan dalam diri abang dekat Rene. Seminggu Rene tak balik disebabkan apa? Rene kena langar ada abang kesah? Tak ada langsung!" Terkedu Dionz mendengar.
"Sakit, derita Rene abang tak pernah ambil peduli. Rene sayangkan abang tapi abang tak pernah sayangkan Rene." Nafas dihela lagi.
"Kita bawa kes ni ke makhamah dan kita settle dekat sana. Biarkan Rene hidup dengan ibu dan abah tanpa sosok seorang suami." Dipusingkan badannya ke belakang dan diatur langkah ke bilik.
"Irene Nadya" Terhenti langkah nya.
"Sampai mati pun aku takkan lepaskan kau." Datar suaranya.
"Abang yang akan mati dulu atau Rene?" Disambung langkah ke bilik meninggalkan Dionz yang terkedu.
PINTU bilik tu diketuk perlahan.
"Sayang taknak keluar ke? Lama sangat berkurung dalam bilik. Nanti perut kosong." Lembut nada bicara Dionz.
"Rene tak lapar. Abang makan lah dulu abang kan tak sudi makan semeja dengan isteri murah macam Rene." Kepala dilentokkan di tilam. Mata nya sembab kerana sering menangis.
BAM!
Pintu bilik tu diterjah oleh Dionz dan dia mendekati Irene di tepi katil. Dia bercangkung hadapan isterinya.
"Kau memang saja nak cabar kesabaran aku kan?" Mata tu menikam tajam.
"Dah la abang. Rene dah penat. Apa abang nak buat, buatlah." Matanya menatap kosong ke arah tingkap.
Dia sudah lelah dengan sikap suami nya. Mahu dipukul, ditengking lagi dia sudah tidak peduli.
YOU ARE READING
DIA SUAMI PSYCHO [C]
RomanceBerkahwin dengan seorang lelaki yang panas baran dan kaki pukul bukan lah satu hal yang mudah. Setiap hari pasti akan ada pukulan dan cacian yang akan diberi. Hanya satu dia mampu lakukan iaitu ubah sikap suami nya. Mampu kah dia merubah seorang sua...