"Abang" Dionz hanya bergumam saja.
"Kau nak apa?" Mata hazel tu menoleh dan memandang tajam wajah tu. Irene mengeleng kepalanya tidak jadi.
"T..takpa Rene saja panggil." Diukir senyuman nipis dan melangkah pergi dari ruang tamu.
Pungung dilabuhkan di pondok taman. Dihela nafas perlahan. Dia juga teringin macam pasangan suami isteri lain. Selalu dimanja oleh suami sendiri. Dibelai, dicium tapi derita yang dia dapat.
"Woi! Kau pekak ke hah?! Aku dah panggil kau berkali kali tapi kau buat bodoh!" Irene tersentak dan menoleh ke arah Dionz yang mendekati.
Pipi tu ditumbuk olehnya dan diheret tubuh kecil tu ke dalam dengan kasar. Ditolak Irene ke dalam bilik stor. Tali pinggang dibuka untuk melibas.
Zapp
Zappp
ZappIrene mengetap bibir menahan sakit di badan.
"Cukup abang. Sakit." Libasan terakhir tepat di pinggang nya tambahan pula itu libasan paling kuat.
"Argh" Irene menjerit perlahan.
"Kau duduk dalam ni biar kau mampus tak ada menyusahkan aku." Ditutup pintu bilik stor dan dikunci dari luar.
"Abang!" Jeritan dari isterinya diendahkan saja. Irene menyandarkan badannya di dinding bilik.
"Kenapa sampai macam ni sekali abang layan Rene? Besar sangat ke kesalahan Rene dekat abang?" Hatinya sedih tidak terkata bila diperlakukan seperti sampah.
Namun disebabkan status nya seorang isteri dia tidak mahu menderhaka kepada si suami.
Setelah satu jam tiga puluh minit, Dionz membuka pintu tu semula dan ternampaklah sosok tubuh tu yang terbaring di lantai.
Didekati ke arah Irene dan disepak kaki tu untuk menyedarkan nya.
"Sudah sudahlah dengan kau punya lakonan. Bangun!" Irene mencelikkan matanya dan bangun secara perlahan lahan.
"Abang, Rene minta maaf" dipeluk erat kaki suaminya. Dionz menunduk memandang Irene di bawah.
Dengan tidak ada perasaan nya dia menendang tubuh tu dari memeluk kakinya.
"Jijik kau peluk kaki aku. Mulai harini aku nak kau tidur dekat sofa ruang tamu ja faham? Bilik diharamkan." Irene pandang Dionz tidak percaya.
YOU ARE READING
DIA SUAMI PSYCHO [C]
RomanceBerkahwin dengan seorang lelaki yang panas baran dan kaki pukul bukan lah satu hal yang mudah. Setiap hari pasti akan ada pukulan dan cacian yang akan diberi. Hanya satu dia mampu lakukan iaitu ubah sikap suami nya. Mampu kah dia merubah seorang sua...