"𝚃𝚑𝚎 𝚆𝚒𝚗𝚝𝚎𝚛 𝚏𝚎𝚕𝚝 𝚜𝚘 𝙻𝚘𝚗𝚎𝚕𝚢""Aiden, 𝘐 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘵𝘰𝘭𝘥 𝘺𝘰𝘶 𝘴𝘰 𝘮𝘢𝘯𝘺 𝘵𝘪𝘮𝘦𝘴. Hati hati masa main tu" ucap wanita separuh baya kepada putera tunggalnya.
"𝘋𝘰𝘯'𝘵 𝘸𝘰𝘳𝘳𝘺 𝘮𝘰𝘮, tak sakit pun" balasnya sambil mengelus lengannya yang baru sahaja di gips.
Ashton Aiden, 10 tahun. Lahir pada 14 September. Merupakan anak tunggal kepada sepasang suami isteri dan tinggal di bandar Sydney,Australia.
"Haa, lain kali main lah lagi. Biar satu badan berbalut. Degil sangat kan?" ibunya berkata dengan sedikit meninggikan suara
"Alaaaaa bukan salah Aiden, kotak tu yang tiberrr ada kt atas tangga. Tapi Aiden pelik lh ibu. Cam mana kotak tu boleh ada Kat atas tangga? Dia naik sendiri ke ada orang bawak? Dah lah berat" soalnya santai.
"Aik? Ingatkan lengan je yang cedera. Rupanya otak kamu pun ikut cedera sekali yaa?" kata ibunya lagi. Aiden hanya terkekeh geli mendengar kata kata ibunya.
"Ok lh ibu nak pergi belikan kamu makanan. Sementara tu, nah coklat. Makan lh sebagai alas perut. Jangan pergi mana mana pula tau" sambung ibunya lalu menghulurkan coklat berjenama 𝘊𝘢𝘥𝘣𝘶𝘳𝘺 itu kepadanya.
"Baik bos! 𝘢𝘯𝘥 𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬 𝘠𝘰𝘶" Jawabnya sambil menerima coklat huluran ibunya itu.
"𝘠𝘰𝘶'𝘳𝘦 𝘸𝘦𝘭𝘤𝘰𝘮𝘦" ibunya pun kemudiannya pergi.
"Hiks,Hiks" baru sahaja Aiden hendak berehat apabila dia mendengar bunyi suara tangisan seseorang. Dia pun mengikut arah bunyi suara tangisan itu dan berakhir dengan katil yang berada di sebelah katilnya. Dengan berani, dia pun membuka langsir yang memisahkan katilnya dengan katil disebelahnya.
"Hiks, Hiks" seorang budak perempuan sebayanya sedang menangis sambil memeluk anak patung berupa burung hantu kepunyaannya.
"Hey, kenapa menangis ni?" tanya Aiden. Budak perempuan itu sedikit terkejut lalu memberhentikan tangisannya. "Oh, maaf, aku tak bermaksud nak terkejutkan kau hehehe." Aiden terkekeh lalu mengaru tengkuk nya yang tidak gatal itu.
Budak perempuan itu pun menghapus sisa air matanya lalu mengeleng menandakan dia tidak mengapa lalu tersenyum. Senyuman yang cukup sederhana itu cukup untuk membuatkan anak lelaki bernama Ashton Aiden ini tersipu malu. Tanpa basa basi, Aiden pun duduk diatas kerusi di sebelah katil gadis kecil itu.
"Ermm..Nama aku Ashton Aiden. Kau pula?" Bukannya menjawab pertanyaan Aiden. Gadis itu malah mengeratkan pelukan nya dengan anak patung kesayangannya.
"Halamak. Jangan lah takut. Aku tak makan orang lh. Nk coklat tak?" tawaran seorang Ashton Aiden itu cukup menarik perhatian gadis itu.
"Nak" gadis itu akhirnya bersuara.
Aiden pun menghulurkan coklat pemberian ibunya kepada gadis itu. "Apa nama kau?" soalan yang sama diulang. "Aurellia Winter" jawab gadis itu lalu memakan coklat pemberian Iman.
Aurellia Winter, 10 tahun. Lahir pada 24 Mac. Mempunyai warna anak mata yang unik berwarna 𝘖𝘤𝘦𝘢𝘯 𝘣𝘭𝘶𝘦, rambut hitam panjang bersinar dan kulit putih tidak terlalu pucat.
"Wow susahnya nama." Aiden sedikit kagum mendengar nama gadis itu. "Eee mana ada. Awak punya nama pula cam perempuan" kata Winter tidak puas hati. "Hei mana ada lah. Nama Aiden tu semua orang boleh pakai tau."
Winter hanya terkekeh geli. "𝘉𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺, boleh saya panggil awak Ash?" "Ikut suka hatilah nak panggil apa. Aku ok je mana mana." jawab Aiden bersahaja.
"Kenapa dengan lengan awak?"
"Oh ni? Aku jatuh masa main dengan kawan kat tangga" jawab Aiden sambil menunjukkan lengannya.
"Awak ni mesti cuai orangnya" "𝘏𝘦𝘺! mana adalah." Winter hanya membalas dengan tawa.
"Iyelah tu. 𝘊𝘭𝘶𝘮𝘴𝘺 𝘣𝘰𝘺"
.
.
.
.
. ❄🕊
YOU ARE READING
𝔸𝕟𝕘𝕖𝕝 𝕀𝕟 𝕎𝕚𝕟𝕥𝕖𝕣 🕊
Short Story-Short story- "Try made me leave then" -Ashton Aiden "I'm Sorry I didn't mean to say that" -Aurellia Winter "𝚃𝚑𝚎 𝚆𝚒𝚗𝚝𝚎𝚛 𝚏𝚎𝚕𝚝 𝚜𝚘 𝙻𝚘𝚗𝚎𝚕𝚢" . . . . . ❄🕊 (Malay)