Bab 10

1.5K 103 6
                                    

"MULAI hari ni saya tak nak kita sebut tentang mati. Asyik mati... mati... mati!"

Terjegil mata Chad. Amboi marah benar Najla bila dia sebut tentang mati.

"Memang kita patut mengingat mati. Tapi, biarlah mengingat itu siap sekali dengan tindakan. Bukan asyik sebut tentang mati, tapi kita tak ada usaha pun nak buat pahala sebagai persediaan mati."

Chad sengih. Tahu dah Najla dah mula buka enjin membebel.

Sambil lap badan Chad, Najla usap-usap kulit lengan Chad. Lengan yang dulunya selalu menjadi alas kepala setiap kali tidur.

Najla tersenyum. Syukur Allah bagi lagi peluang untuk dia merasai semua itu kembali.

Dan kali ini dia bertekad untuk sentiasa bertolak ansur dan tidak mementingkan diri lagi.

"Lagi?" Chad pun melayan.
Sebenarnya dia suka mendengar bebelan Najla. Kerana Najla membebel siap sekali dengan ilmu.

Yang kadang-kadang buat dia berfikir dalam diam. Buat dia sedar yang dia lakukan adalah salah dan dia perlu perbaiki dirinya.

"Lagi? Wah... dah pandai meminta sekarang." Najla tergelak kecil. Mengecil mata dia memanah Chad.

Chad menyeringai sambil garu pelipis.

"Selama ni saya dengar aje, kan."

Najla sengih. Ya... Chad dengar dan terus mendengar tanpa lelah.

"Saya masuk group Facebook pesakit kanser. Ramai yang share pengalaman mereka di sana. Kejap, ya."

Kain lap tubuh Chad diletak ke tepi. Pantas dia mencapai telefon lalu Facebook dicari.

"Saya Jane dari Sabah, saya dulu menghidap kanser limfoma tahap dua dan sekarang dalam status remission. Dah hampir lima tahun saya bebas kanser dan saya harap semua kuat melawan penyakit ini."

Najla baca satu persatu pengalaman pesakit yang berada di situ.

Remission adalah satu istilah untuk pesakit kanser yang sel kansernya dah tak aktif dan tak perlukan rawatan kemoterapi.

Chad setia mendengar. Sedikit sebanyak dia lihat ada peluang untuknya sembuh.

"Ha, yang ni pula... Saya dah empat tahun remission stage empat Hodgin limfoma."

Najla dan Chad saling berpandangan. Bersinar mata masing-masing kerana seronok mendengar pengalaman itu.

"Saya yakin awak boleh." Najla letak kembali telefonnya ke tepi. Duduk di samping Chad. Berkongsi katil dan selimut.

Chad paut erat pinggang Najla agar tubuh isterinya menempel rapat ke sisi.

Kemudian tangan dia diletakkan atas perut Najla yang dah terbentuk cantik. Bulat yang tak terlalu besar.

Pakaian Najla yang agak longgar dan tudung yang agak labuh menutup dada membuatkan dia tak perasan isterinya itu sedang mengandung zuriat mereka.

"Awak ada rasa mengidam?"

Najla geleng kepala. Tersenyum sambil kepalanya disandarkan ke bahu Chad.

"Dia tahu papa dia tak sihat. Jadi, dia baik aje dalam perut mama. Morning sickness saya pun dah makin baik sejak jaga awak."

Chad tergelak kecil. Makin jatuh sayang dia pada Najla dan anak mereka. Tak boleh bayang sekiranya dia meninggalkan mereka berdua nanti.

Disebabkan itu, dia tekad mahu berusaha untuk sembuh.

"Terima kasih."

Najla mendongak mendengar bisikan Chad.

"Untuk?"

"Terima saya."

"Chad..." keluh Najla perlahan. Dia bingkas bangun. Duduk mengadap Chad yang sedang baring mengiring.

"Kita sama-sama salah. Padahal dalam perkahwinan perlu ada komunikasi. Kita dua personaliti berbeza, patutnya komunikasi kita lebih dari pasangan lain."

"Jadi, dikesempatan kedua ni. Saya nak kita sama-sama berubah. Komunikasi dan bertolak ansur."

Chad tersenyum sambil meramas lembut jemari Najla.

"Saya cuba."

Senyuman kembali terukir di antara mereka. Najla kembali merebahkan badan di sisi Chad.

Berbaring santai sambil berbual tentang kehidupan mereka.

"Assalamualaikum. Eh!" Pintu wad Chad terkuak dari luar dan terkejut dua manusia yang baru tiba itu melihat Chad dan Najla berpelukan atas katil.

"Irsyad!" Seru Iris dengan mata terjegil. Terkejut kerana dia tak sangka Chad sanggup langgar hukum agama.

"Ibu..." Pantas pelukan Najla dan Chad terlerai. Dan tergopoh-gapah Najla turun dari katil mendapatkan ibu dan abah.

"Kamu dah cerai tahu tak." tekan Iris. Mahu saja dia jentik-jentik telinga Chad yang dah berubah merah padam itu.

Chad pandang arah lain kerana teramat malu tertangkap bermesraan dengan Najla. Tak sanggup dia nak bertentang mata dengan ibu dan abahnya itu.

"Ibu... abah. Kami dah rujuk." Najla berterus terang. Tak mahu mereka fikir yang bukan-bukan tentang dia dan Chad.

"Hah!" Terkejut Iris dan Mark.

Cerai terkejut, rujuk pun terkejut! Ya Allah budak-budak ni. Memanglah!

"Lala minta maaf." Najla tertunduk segan. Dia yang buat keputusan terburu-buru. Tak fikir keluarga.

"Tak apalah. Janji dah halal." Sampuk abah dengan muka bersahaja.

Iris geleng kepala. Sabar ajelah dia melayan Mark dan Chad serentak. Anak beranak perangai sama. Jenis ambil mudah semuanya.

Tengoklah tu! Chad tayang muka tak ada masalah. Selamba saja terbaring macam tak ada apa. Siap pejam mata pula tu. Haish!

Takdirku Bukan Denganmu [c]Where stories live. Discover now