Relapse?
Ya Allah…
“Kita akan terus mula kemo. Dan akan buat transplant memandangkan sel kanser kembali aktif.” terang doktor yang merawat Chad.
"Risikonya... Kanser yang datang kali kedua sangat agresif. Kita akan tingkatkan dos ubat dan buat radioterapi semula. Kita tak nak kanser tu merebak ke organ penting yang lain."
Chad dan Najla saling berpandangan. Segera Chad menggenggam erat jemari Najla yang sejuk.
“Abang…”
“Sabar.” Pujuk Chad lembut. Chad dah reda dengan ketentuan yang diberi. Kerana dia hanya manusia biasa. Tak mampu nak melawan takdir.
Hidup ini hanya pinjaman. Tak semua orang bernasib baik untuk melalui hidup yang sihat.
Pulang saja ke rumah, Chad peluk erat tubuh kecil Heidi.
Dalam diam dia menangis. Takut. Sangat takut. Tetapi dia tiada daya.
"Papaa...."Seru Heidi. Tangan tembam Heidi peluk erat leher Chad. Kepala di kecil tersembam di leher Chad.
"Ya Allah... Kuatkan aku." Rintih Chad.
Najla turut menangis melihat betapa rapuhnya Chad ketika itu. Heidi yang masih kecil juga seperti memahami. Si kecil itu menangis perlahan dalam dakapan sang ayah.
Bila diuji seperti ini, dia sedar sesuatu. Hidup ini bukan milik manusia. Manusia tiada daya sebesar hama pun untuk mengawal semuanya.
Semua kebaikan yang terjadi dalam diri adalah ikhsan Allah. Adalah aturan Allah untuk menguji hambanya sama ada manusia itu untuk terus lalai atau beriman.
"Chad...." Najla peluk erat tubuh Chad.
:
:
SUASANA di rumah itu suram. Najla dan Chad tak lalu untuk mengisi perut. Hanya Heidi yang terlena setelah kenyang disusukan.
Chad renung lama wajah comel Heidi. Membayangkan wajah Heidi sekiranya meningkat dewasa nanti.
Adakah dia punya kesempatan untuk melihat semua itu?
“Abang rasa nak berhenti kerja.” Dia rasa bersalah dengan rakan kerja yang lain. Selalu ambil cuti sakit.
Mujurlah dia ada side income sebagai freelance designer yang boleh dibuat dari rumah. Bolehlah juga menampung kehidupan mereka tiga beranak.
Najla gigit bibir yang terketar sebak. Dia tak risaukan tentang kewangan. Tetapi dia risaukan keadaan Chad.
Keputusan Chad menunjukkan yang lelaki itu dah sedia untuk sebarang kemungkinan.
Mungkin keadaan Chad sama seperti dulu. Kembali terlantar lemah.
“Abang kuat. Jangan risau.” Itu saja yang mampu dia ungkapkan. Tak berani berjanji lebih-lebih kerana dia pun tak tahu apa yang bakal dia lalui di masa depan.
Najla peluk erat tubuh Chad.
"Abang minta maaf buat awak susah hati."
"Jangan cakap macam tu. Saya tak rasa susah pun sebab saya sayang abang.”
“Abang pun sayang awak.”
Chad dah tak malu-malu lagi meluahkan rasa. Sakit yang dialami buat dia sedar, setiap detik masa bersama dengan yang tersayang sangatlah berharga.
Dia perlu menghargainya sekarang, sebelum waktu yang memaksa dia menghargai apa yang dimiliki melalui kenangan dan penyesalan.
Dan Najla juga belajar sesuatu. Jatuh cinta bukan kerana dia telah menemukan orang yang sempurna. Tetapi kerana dia melihat kesempurnaan pada orang yang tidak sempurna.
Kerana cinta dia dan Chad bersama. Dan kerana cinta dia dan Chad saling menerima segalanya.
"Walaupun kita berbeza.. Tetapi kita ditakdirkan untuk bersama."
"Dan andai kita berpisah, hanya ajal yang akan memisahkan kita."
Chad dan Najla berpelukan erat.
Cakap tentang reda memang mudah. Namun untuk melaluinya sangat susah.
Tetapi apa lagi pilihan yang ada?
Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suaraBila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua pertanyaan?Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suaraMati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiriMati tinggal menunggu saat nanti
Ke mana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami mati