BAB 11

749 67 8
                                    

Suara Anisha yang lantang kedengaran menghasilkan keluhan dari Armand

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara Anisha yang lantang kedengaran menghasilkan keluhan dari Armand. Armand sendiri yang mengajaknya berjumpa. Pada awalnya dia menolak untuk berjumpa dengan lelaki itu, hatinya masih sakit. Seminggu selepas makan malam di rumah Encik Firdaus itu, Anisha membawa diri ke Singapore. Ingin menangkan hati yang berduka lara kononya dan niatnya selepas balik dari Singapore dia mahu fokus dengan pengajiannya. Namun lain jadinya bila Armand sendiri yang datang berjumpa dengannya tadi.

" I bukan patung Is, you buat I macam takde perasaan. Senang hidup you kan?" sinis saja Anisha berkata, makin sakit hatinya bila Armand datang berjumpa dengannya ini hanya untuk memberi dia kad jemputan kahwinnya dengan Allana. Air matanya ditahan dari tadi lagi daripada keluar mengalir membasahi pipinya.

"Aku tak pernah mainkan perasaan kau Anisha, celah mana aku buat kau macam patung?" persoalan Armand kedengaran angkuh pada Anisha. Sungguh sakit hatinya semakin membuak-buak.

"I started loving you while I was 17 years old, freaking 17 Iskandar ! You care for me but love another. How foolish I am. Patutnya I tolak lamaran you waktu tu tapi I bodoh, I terima dan berharap you akan balas balik perasaan I. How could you do this to me,Is." Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir membasahi pipi mulusnya.

Armand mengeluh perlahan, sungguh bukan niatnya mahu mempermainkan perasaan Anisha. Yang melamar Anisha pada ketika itu mama dan papanya. Sedangkan pada ketika itu dia sedang melanjutkan pengajiannya Amsterdam, dia pula tidak tahu menahu akan hal itu sehinggalah dia pulang untuk cuti semester.

Baginya ketika itu agak konyol untuk menjalinkan hubungan dengan budak sekolah menengah, entah matang atau tidak dia pun tidak tahu. Baginya Anisha tidak mempunyai perasaan yang serius untuknya pun waktu itu. Umur baru nak matang, jadi Armand anggap perasaan Anisha padanya akan hilang setelah dia meningkat dewasa nanti namun sebaliknya pula terjadi.

"Look Anisha, aku anggap kau macam adik aku sendiri. Aku takde adik perempuan dan kau satu-satunya perempuan yang aku jaga dari dulu selain mama. Aku tak boleh nak nampak kau lebih dari seorang adik perempuan, tolong faham aku Anisha." rayu Armand.

Armand mengaku yang dia bersalah dalam hal ini, patutnya dia putuskan ikatan mereka dengan lebih awal. Jika tidak mana mungkin Anisha akan tersakiti sampai begini sekali. Handkerchief dihulur kepada gadis itu.

"Lap air mata kau. Aku putuskan ikatan kita untuk kebaikan kau juga, aku harap kau faham." pinta Armand. Gadis itu masih muda, perjalanan hidupnya baru saja bermula, dia tidak mahu melibatkan Anisha dalam hidupnya yang sudah sedia kucar kacir. Kasihan gadis itu nanti, pasti dia tidak mampu menanggung bebannya nanti.

" I nak balik, I need time and space. Semua ni terlalu mengejut untuk I hadam. You nak sinis dengan I ke apa, please not now." Anisha bangun dan berlalu meninggalkan Armand. Hulurannya langsung tidak disambut gadis itu. Dibiarkan saja gadis itu pergi, dia mengeluh perlahan. Penat memikirkan tentang perasaan Anisha yang tersakiti sebabnya.

Kyle yang tadinya sedang lena di atas katilnya diganggu oleh suara bingit Luke dari ruang tamu. Harini dia tidak bekerja dan ingin menghabiskan waktunya dengan tidur saja, sudah hampir 3 bulan dia tidak dapat tidur lena dan kelmarin baru saja selesai kes yang dia kendalikannya. Syukurlah anak guamnya mendapat keadilan yang selama ini Kyle perjuangkan.  Tapi siapa pula yang kacau aku nak tidur ni? Dapat penyepak aku kang sesia je. getus hati Kyle.

"Aku nak rest, takkan tak faham Luke Adrian?" tanya Kyle malas, dia masih lagi mengantuk sebenarnya. Semalam pun dia balik ke rumah sebelum subuh, lepas subuh baru dapat lena. Tapi boleh pula budak Luke ni bising masa aku tengah lena, memang nak tambah benjol kat dahi lagi kot.

Luke memandang ke arah Kyle yang baru saja membuka pintu biliknya di tingkat atas, bukan niatnya mahu mengejutkan Kyle tapi Khayra yang datang mahu berjumpa dengan Kyle namun lain yang menjadi santapan mata. Gadis itu disuap dengan pemandangan yang agak menggiurkan bagi gadis lain tetapi tidak Khayra.  Masing-masing tidak berbaju dirumah dan hanya berseluar sambil melepak di ruang tamu. Hari ini mereka semua bermalasan saja di rumah, Armand dah bagi cuti. Takkan nak sia-siakan peluang yang diberi.

Kyle turun dengan hanya memakai seluar tidurnya tanpa baju. Rambut pun serabut je aku tengok, penat sangat ni. Luke mengeluh perlahan sebelum dia menghumban bantal kecil yang ada atas sofa tadi pada Kyle. Kalau lagi sekali Khayra nampak ni mahunya dia terjerit, gadis itu tidak biasa dengan lelaki yang tidak berbaju ni.  Sebab itu barangkali dia terjerit tadi, dia datang ke sini pun sebab Kyle yang berjanji mahu berjumpa di rumah Armand saja. Mungkin dia lupa kerana terlalu penat.

"Khayra datang, suara dia yang bising tadi sampai aku pun terikut jerit. Ingatkan minah arab mana offer  beli minyak wangi tu yang aku buka pintu. Lain kali jangan bawa Khayra jumpa kau kat sini dah, kesian aku tengok dia." Luke memandang ke arah Khayra yang duduk di luar rumah. Jelas yang gadis itu tidak selesa berada di sini.

Kyle mengeluh perlahan, lupa yang dia berjanji mahu berjumpa dengan gadis itu kelmarin. Dia mengambil baju yang terletak atas kepala sofa dan disarungnya. Baju Ethan sampai ke sini apa pasal? Dia selalu meminjam baju Ethan saja sebab itu dia kenal. Ni mesti kerja Luke main sarung saja baju orang, tak tahu minta izin budak ni. Dia keluar untuk berjumpa Khayra sambil membawa teh yang sempat Mak Kiah bancuhkan untuk gadis itu.

"Sorry aku lupa kau nak datang sini, nah minumlah dulu." Kyle meletakkan gelas itu di atas meja lalu duduk berhadapan Khayra. Ditatap saja wajah jelita gadis itu. Cantik sungguh dia hari ni, maksud aku hari-hari cantik cuma hari ini saja dia terlebih seri.

Usai sahaja dia minum sedikit teh dari gelas itu, diletakkan semula di atas meja. Khayra tersenyum melihat Kyle yang dari tadi merenungnya. "Takpa, bukan salah awak pun. Awak mesti penatkan? Maaf saya ganggu awak rehat. " ujarnya lembut.

Kyle tersenyum kecil sambil menggeleng kepalanya. Ujaran Khayra sungguh mencuit hatinya, polos sungguh. Khayra merupakan gadis aturan dari keluarganya, dari mula lagi memang Khayra yang dia inginkan. Kecil sungguh figura gadis itu pada awal mereka berjumpa, dia fikirkan yang dia senasib dengan Armand. Dijodohkan dengan budak sekolah namun dia salah. Khayra tua setahun dari dirinya. Biarpun Khayra agak kecil namun dia berkelakuan berbeza dari figuranya, matang dan sopan.

"Tak ganggu aku pun. Kau nampak comel hari ni, sesuai dress biru muda tu dengan kau." Kyle menegur dress yang dipakai Khayra.

Khayra tersenyum malu. "Awak yang bagi takkan lupa pula?" Tanya Khayra, ya dress yang dipakainya ini merupakan hadiah pemberian Kyle pada ulang tahunnya pada tahun ini.

"Tak lupa, saja tegur. Aku ingat kau tak nak pakai langsung, yelah aku mana tahu taste baju kau macam mana. Main rembat je apa yang aku nampak elok untuk kau pakai." jawabnya selamba.

Khayra tertawa kecil dengan jawapan Kyle, tidak pernahlah lelaki itu mahu jujur dengannya dalam hal begini sedangkan Ian lebih awal sudah memberitahunya. Sengaja Ian bagitahu Khayra pun sebab Kyle selalu berlagak cool dengannya. Mana mungkin dia mahu kelihatan over excited depan Khayra. Jatuh air mukanya nanti.

"Aku bersiap kejap, kita makan kat luar. Tunggu aku dalam kereta, pastikan pintu berkunci kalau tak nak diserang beruk jadian." Kunci kereta diletakkan di atas meja sebelum dia berlalu pergi.

Tidak lama selepas Kyle meninggalkanya kedengaran jeritan nyaring dari arah laman kediaman Armand. Khayra memandang ke arah laman yang luas itu, kelihatan 2 orang lelaki yang tidak berbaju berkejaran sesama sendiri. Ian dan Luke. Oh ini beruk jadian yang dimaksudkan Kyle, Khayra hanya tertawa sebelum dia memboloskan diri ke dalam Bugatti Chiron milik Kyle lalu dikunci.






sedikit sebanyak pendedahan untuk character kyle i guess? ahahaha Kyle dah berpunya, yang lain still available? maybe.

{𝐎𝐆} 𝟏𝟒𝟑𝟕.Where stories live. Discover now