BAB 12

850 75 7
                                    

Allana mengerling sekilas Armand yang berada di belakangnya, dari tadi lelaki itu hanya memerhati dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Allana mengerling sekilas Armand yang berada di belakangnya, dari tadi lelaki itu hanya memerhati dia. Naik rimas Allana jadinya, tak cukup dengan tu siap suruh dia bersihkan pejabat dia ni pula. Hei, kerja aku jadi PA dia bukan jadi cleaner dia. Ni dah langgar etika kerja! Berlambang cleaner  kat syarikat ni nak juga aku yang bersihkan pejabat dia.

"Saya dah siap bersihkan bilik encik. Dah takde apa encik nak saya buat kan? Saya keluar dululah nak sambung check file yang Luke minta saya check tadi, ya?" tanya Allana, dari tadi dia mengemas bilik lelaki ini namun langsung tidak dia dibenarkan pergi atas alasan masih ada habuk dalam biliknya.

"Meja aku masih berhabuk, kau tak lap langsung ke?" tanya Armand semula sambil mencalit jari telunjuknya dan menunjukkan 'habuk' yang dimaksudkannya. 

Allana masih cuba bersabar dan tersenyum. Geram sungguh dia dengan Armand yang tidak habis-habis dengan alasan yang sama. Penat kot dia dari tadi buat benda sama, file pula berlambak nak disemak. Tapi boleh pula Armand berperangai kebudak-budakkan dengannya sekarang?

Ni kalau aku hempuk kepala dia atas meja tu, suruh dia tunjuk mana habuk yang dia cakap tu mau julingnya matanya nanti. getus hati Allana.

"Encik Armand ada masalah otak ke? Dah 5 kali saya bersihkan bilik ni, takkan tak puas hati lagi kot. Kerja saya berlambak tahu tak? Encik bolehlah nak goyang kaki sebab saya yang semak semua file yang encik patut semak." Allana mendengus perlahan. Dia penat, yang dia mahukan sekarang hanyalah tilam empuk di rumahnya. Pergh kalau dapat tido sekarang ni, sedap juga.

Armand tetap diam dan hanya memandang ke arah Allana tanpa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Allana juga diam kerana agak kekok  apabila Armand tidak membalas apa-apa, bagaikan bercakap dengan tunggul kayu pun ada.

"Dah lah daripada tunggu encik baik saya buat-

"Kahwin dengan aku." ujarnya tanpa rasa bersalah memotong percakapan Allana.

Terkejut Allana yang mendengarnya lalu tertawa kecil. "Encik buat lawak apa ni? Nak usik saya lagi ke macam hari tu? Dah basi lah, kalau ada tok kadi saya percayalah juga." gelakan daripada Allana masih tidak terhenti dek ujaran daripada Armand tadi sungguh menggelikan hatinya.

"1 bulan lagi sebelum tarikh kahwin kita, lets go. Aku nak selesaikan semua ni cepat." Armand bangun dan menarik lengan Allana yang berlapik blazer itu lalu keluar dari bilik pejabatnya.

Luke yang tadinya sibuk bekerja dengan pekerja yang lain terkejut dengan tindakan Armand yang menarik Allana keluar daripada bilik pejabatnya itu. Sebelum ini mana pernah dia menyentuh mana-mana perempuan mahupun lelaki tetapi dengan Allana bukan main lagi. Sampai Allana yang naik rimas pada pandangannya.

{𝐎𝐆} 𝟏𝟒𝟑𝟕.Where stories live. Discover now