BAB 26

290 35 4
                                    

HAISH! Toleh kiri sudah, toleh kanan sudah, melentang pun juga sudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAISH! Toleh kiri sudah, toleh kanan sudah, melentang pun juga sudah. Tetapi kenapa mata ni tetap tak mahu lelap? Allana menggaru kepalanya dan mendengus perlahan. Geram dengan diri sendiri yang tidak boleh tidur walaupun badannya letih.

Allana memerhati Armand yang sedang tidur dengan nyenyak sekali sebelum dia cuba untuk turun daripada katil itu.

Sedangkan di rumah sendiri pun mereka tidak tidur sebilik apa lagi sekatil. Atas dasar permintaan Allana Armand turutkan saja. Jika diikutkan Armand tidak mahu berenggang langsung dengan isterinya itu.

"Adea..." Membeliak matanya saat melihat mata lelaki itu hendak terbuka, lantas punggung Armand ditepuk-tepuk perlahan. Cuba mendodoikan suaminya itu. Dah macam baby pula dodoi dia macam ni adui!

"Shush... Tepuk amai-amai pak man isap rokok kotak... tepuk biar ramai najib kepala botak ye dok? Ah tidur ye." bisik Allana perlahan.

Dengan mamainya Armand membuka mata. Allana sudah tidak keruan. Nak buat apa ni? "Shush.. shush tidur balik. Tutup mata saya nyanyi untuk awak ek? N-no comment 50 ringgit saja sini kamu di kampung air asekk..." Allana menepuk dahinya kesal. Apa pasal dia nyanyi benda tu adui?

Dilihatnya Armand kembali tidur, dia menghembus nafas lega sebelum turun daripada katil dan menuju ke balkoni biliknya. Cardigan yang tersarung bagaikan tiada gunanya, masih saja angin dingin malam itu menyapa ke tubuhnyanya. Allana mengeluh perlahan sebelum menyambungkan panggilan di telefon pintarnya.

"Come va Alosia ? è strano che tu mi chiami prima, tesoro. (Aloysia, how are you doing? It's odd for you to call me first, darling)."

"Smettila di girarci intorno, Loco. Ho bisogno di aiuto ma dove sei ?! (stop beating around the bush, Loco. I need help but where are you ?!)" kedengaran ketawa halus di hujung talian. Dahi si gadis berkerut mendengar Loco yang mengetawakannya. Dia buat lawak kah?

"Sono sempre vicino a te, tesoro, e comunque ho buone notizie per te. Suhayl... l'ho preso. (I'm always around you, darling, and anyway, I have good news for you. Suhayl... I got him)."

"Lascialo andare! Non è il nostro obiettivo prefissato. (Let him go! He is not our intended target)." dia cuba untuk menahan suaranya agar tidak keluar dengan lantang. Suhayl? Lelaki itu langsung tiada kena mengena dengannya.

Loco tertawa lagi di hujung talian, geli hatinya mendengar Allana memarahinya. Ini bukan gadis yang dia kenal. Ke mana perginya gadis yang tidak berperikemanusian dan patuh dengan arahannya selama ini?

{𝐎𝐆} 𝟏𝟒𝟑𝟕.Where stories live. Discover now