....20 April 1976...
Rancangan dimajukan lagi.
60 anggota dari Pasukan Khas (komando) dipilih secara SUKARELA untuk menentang pengganas Komunis yang dianggarkan 400 orang, masih berlegar-legar di Bukit Gubir.Korang perasan tak kenapa aku highlight SUKARELA?
Sebab 60 komando ini sukarela ‘angkat tangan’ waktu taklimat dari Lefternan General di Markas tektikal X-skn Kem Gubir.
“KOMANDO! KOMANDO! KOMANDO! Aku nak 60 orang tampil kehadapan secara sukarela, terjun menggunakan abselling, mencari, menyerang, membunuh musuh dan menawan Kem Komunis di Bukit Gubir!”
Tak sampai sesaat ketua turus tentera darat meminta arahan, berduyun perwira tanah air mengangkat tangan.“Saya tuan!”
“Saya tuan!”
“Saya tuan!”
Huu.. kalau aku ada time tu memang aku sorok bawah kerusi ketakutan. Korang bayangkan depa nak 60 orang lawan kaum Komunis seramai 300 lebih tu. ibarat kau dah nampak malaikat maut sebelah kau derr..
Kebanyakan anggota yang hadir adalah dari Pasukan Khas (Komando) yang berpusat di Kem Sungai Udang, Melaka.
Melalui cerita Encik Jonathan Hart (Bekas Komando 1RGK skuadron XRAY, juga salah seorang yang menyertai Operasi Gubir II) di FB Rejimen Gerakan Khas bertarikh 9 oktober 2017.
Sebelum dia diterbangkan ke Kem Gubir. Lebih kurang jam 1300 dia tengah layan wayang ngan buah hati dia, Elizeberth Yew Siew di panggung Rex Melaka. Tengah syok tengok cerita, tiba-tiba keluar kat layar skrin tu gambar tengkorak dengan dua bilah keris disilang atas tengkorak tu. Dan kat bawah lambang tu tertera ayat:
“DIMINTA SEMUA ANGGOTA X-SKN KELUAR DAN BERKUMPUL DIHADAPAN PANGGUNG SEKARANG”
Melopong gak Encik Jonathan lantas kalih kat member satu kem ngan dia. Mata melirih sama sendiri sebelum semua anggota bangun dan terus keluar dari panggung. Kat luar dah tersedia Land Cruiser nak ambik diorang ni terus menuju ke Kem Sungai Udang, Melaka
Apa jadi ngan awek Jonathan tu?
Terpinga-pinga lah ditinggalkan keseorangan.
Habis nak buat macamana dah memang anggota tentera dah beikrar sanggup tinggal kan semua demi keamanan negara!
Takpe la kes tinggal awek je.
Ada yang tinggal bini ngan anak masih kecil, yang dalam buaian tak mengerti apa-apa. Yang dah besar sikit hanya mampu berdiri di muka pintu melihat ayah diorang diambil oleh jeep tentera. Sempat kiss dan peluk sekali je, kalau ayah kembali mungkin lah ada pelukan serta kiss yang kedua. Kalau tak kembali.. maka peluk dan ciuman itu menjadi yang terakhir.Tak kurang juga siibu yang melihat tangannya dicium oleh anak lelakinya, mungkin itu salam yang terakhir mereka.
“Mak doakan kau selamat pulang nak.”Semua ibu dan isteri mendoakan keselamatannya perwira ini. Tapi bak kata Arwah Mejar Zainal Rashid.
“Setiap manusia akan mati, dan Allah takkan melambatkan atau mencepatkan kematian itu, jadi kenapa kita mesti takut mati?”
(Petikan dari filem MALAY REGIMENT 2017)Walau beribu doa siibu walau berpulun tangisan sang isteri meminta wira-wira ini selamat kembali ke pangkuan, namun qada dan qadar Allah tetap tak boleh ditepis.....
Dari Kem Sungai Udang Melaka, anggota-anggota berangkat ke Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka dimana kat sana dah tersedia Kapal Terbang C130 menunggu untuk berlepas ke Kedah.
Sejurus tiba Di Lapangan Terbang Kedah, trak tentera dah menunggu untuk bawa anggota ke Kem Bukit Gubir.
Kat situ lah Taklimat diberi, Komando- Komando tersebut diketuai oleh Lefternan Abd. Aziz.
Lepas je taklimat semua anggota X skn yang terlibat menuju ke stor menyimpan senjata mengambil kelopak yang penuh dengan peluru, bom tangan pelbagai jenis serta peluru untuk senjata M16 dan diisi ke dalam ‘Survival bag’.
Dalam bag yang penuh dengan peluru tu juga diisi dengan pakaian kelengkapan perang.
Itu je?
Habis makanan tak isi?
Derr.. apa yang penting sekarang, kau fikir nyawa dulu. ‘Fast Food’ tolak tepi.
Kau berdepan dengan puak terkejam, samada KAU MEMBUNUH ATAU KAU DIBUNUH!.Lepas semua persediaan dibuat, tanpa hotel atau tilam yang selesa, 60 anggota yang akan berangkat ke Markas Komunis keesokan hari nya, dah mula merebahkan diri untuk tidur.
Tapi mata terpejam ke?
Suara Malaikat Maut memanggil dah tergiang kat cuping telinga, namun janji untuk bertempur diorang kotakan walau jantung berlari kencang. Ini semua demi masa depan generasi mereka seperti aku.
..... Keesokan hari nya...
5 buah NURI tiba di Kem Gubir pada jam 0730..
Bismillah dipanjatkan sebelum kaki meniti memasuki ‘Burung Besi’ itu.45 minit perjalanan, masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya anggota di sebelah kiri dan kanan pintu pesawat bersedia mengarah senjata, takut-takut ada musuh dibawah hutan berlantara.
Bang!
“Tuan musuh menembak!”
jeritan dari seorang anggota mengoyahkan hati semua yang lain. Namun semangat untuk berjuang tetap diteruskan.“Kawal! Dan Balas!”
Arahan ketua di akur dengan anggukan yang serentak.Bang! Bang! Bang!
Makin bertalu-talu tembakan dari Komunis dibawah, menyebabkan perwira negara membalas tanpa rasa gentar.Pertempuran berlaku beberapa ketika sebelum juruterbang mengeleng kepala menyatakan dia tak boleh menurunkan anggota kerana keadaan dibawah terlalu tegang.
Jika NURI dibiarkan berlegar, besar kemungkinan mungkin akan ditembak jatuh oleh greaned milik serakah Komunis!
Keputusan pantas diambil, kelima-lima NURI kembali membawa pulang anggota dengan selamat ke Kem Gubir.
Selamat?
Selamat sekejap je...Bila kejadian menimpa, anggota masih tak serik! Serangan balas harus diteruskan! Yang pasti puak Komunis yang masih berkampung di Bukit Gubir harus dihalau keluar demi keselamatan rakyat Malaya!
Taklimat baru diadakan bagi melakukan percubaan kedua mengempur kem Komunis itu.
Mereka main kejam! Kita pun main kejam!Bab seterusnya lagi drastik..bila Pasukan Khas (Komando) mendarat ke kubu Komunis.
Banyak kisah yang sadis terus berlaku.Aku harap korang masih sudi nak belek bab seterusnya..
Dan aku salute kau jika kau masih berani untuk teruskan pembacaan kisah ini.
YOU ARE READING
The Untold Story
Action"Sakit buddy.." "Sabar, mengucap banyak-banyak. Aku takkan tinggal kan kau buddy." Eh! Dalam wattpad pun ade novel macam ni ke? Ala.. Tak standard la.. Orang lebih prefer novel cinta, kisah cliche anak megah holding yang couple dengan perempuan ayu...