¹

10 0 1
                                    

5 tahun berlalu

" Alhamdulilah, harini aku dapat habiskan ijazah aku". Mawar memandang segulung ijazah yang dipegangnya.

" Jom kita tangkap gambar". Tegur yufa kawan baiknya.

Langkah kaki tetap dikuatkan untuk melangkah meski tiada seorang pun ahli keluarganya yang dilihat hadir.

" Tahniah tau mawar". Ucap ibu yufa turut memberi sejambak bunga.

Sedang dirinya dan yufa tersenyum kearah lensa kemera datang lagi sekumpulan rakan mereka untuk mencipta kenangan.

" Mawar aylana!". Jerit sepasang suami isteri dan seorang anak.

Mawar berpaling. Terus terukir senyum dibibir mawar.

" Abang, akak!". Sapa mawar sambil berlari anak kearah mereka.

Terus mereka berpeluk

" Ingatkan abang dengan akak tak datang tadi". Mawar mengambil anak buahnya yang berada didukungan kakak iparnya.

" Mana boleh kitaorang tak datang, kitaorang sayang adik tahu tak?". Terus digosok kepala adik perempuannya.

" Nanti kita tangkap gambar dekat studio tau. Akak nak letak dalam frame gantung dekat ruang tamu". Jelas Waina kakak iparnya. Laju mawar menganggukan kepala.

.

Paklong maklong? Aku cuma ada abang je sekarang dengan aku. Dah lama kami tidak bertemu.

Sewaktu umur abang mencapai 25 tahun abang sudah layak memiliki rumah peninggalan ayah mama dan sejumlah harta peninggalan. Abang membawa aku bersamanya, aku tinggalkan rumah maklong kerana satu peristiwa yang boleh dikatakan menjadi mimpi ngeri dalam hidupku.

Disitu pun aku makin lama rasa duduk di dalam penjara. Dengan bantuan abang yang sudah berjaya dengan sejumlah harta yang ditinggalkan ayah mama, aku dapat menyambung pelajaran sehingga menjadi apa yang aku impikan.

Aku nak throwback balik kisah ngeri yang aku kena juga keluar dari rumah maklong dan paklong.

.
.
Result spm dah keluar tiga hari yang lalu alhamdulilah aku dapat keputusan cemerlang dengan 10A+ malangnya ketika itu abang sudah bekerja jauh dari kampung sesekali je abang pulang menjenguk aku.

" Maklong! Alhamdulilah saya dapat straight A". Laju mawar melangkah naik tangga

"Jadi kau nak aku buat apa?". Balas maklong sinis

Ceh berubah terus muka mawar, diharapkan pelukan ke ciuman atau pujian malah disoal semula.

" Kau dah habis spm kan?". Tanya maklong drastik

Mawar mengangguk

" Tak payah nak sibuk-sibuk sambung belajar!". Tegas maklong.

" Tapi maklong, itukan impian mawar nak berjaya dalam hidup". Mawar berkata perlahan sambil menunduk.

" Kau kahwin je dengan dato yusuf tu, dia dah cakap berkenan dengan kau". What! Terbeliak mata mawar dibuatnya agak-agaklah jauh jurang umur mereka.

Dato pun gatal semacam. Siapa je tak kenal dato yusuf hero kampung ni lah kononnya semua dia akan bantu tapi hakikatnya semua anak dara kampung dia kacau dan usik. Orang cuma tidak mahu bersuara sebab dia banyak membantu.

Yang Satu MilikkuWhere stories live. Discover now