3

12 0 0
                                    

Hari bagus untuk kekalkan mood cergas. Kasut sport, jam tangan, seluar tracksuit dan baju jersey dimasukkan kedalam.

" tuan". Tabik hormat dibalas untuk dua orang pegawai berpangkat rendah.

Tegas dalam ketenangan itu prinsip yang dipegang Hanif khazail. Jalan cerita yang begitu panjang banyak rintangan yang ditempuhi. Siapa aku untuk melawan takdir dan dia yang hadir mengubah takdir.
.
.
.

6 tahun lalu...

Hanif Khazail bersiap untuk pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti yang berbaki sebelum masuk belajar di universiti pertahanan memandangkan dia seorang pelajar lulus cemerlang maktab tentera diraja.

" nanti dah sampai bagi tahu umi ya". Puan roza mengusap lembut kepala anaknya.

" betul ni umi taknak ikut zail?". Zail panggilan untuknya di dalam keluarga.

" umi nak kena ikut walid ke rumah uncle mazlan, nanti kalau dah settle urusan umi balik kampung tau". Senyuman manis dilemparkan buat anak terunanya.

" hati-hati. Zail pergi dulu". Kakinya melangkah meninggalkan kawasan rumah menuju ke kereta sahabatnya yang datang mahu menghantar dirinya ke hentian bas.

Sampai sahaja di hentian bas semua barang yang mahu dibawa pulang ke kampung diperkemaskan. Sahabatnya yang sentiasa tersenyum menunggu ganjaran daripada Hanif.

" nah". 3 keping wang 10 ringgit dihulurkan

" ehh banyak sangat ni zail". Adwa sudah menggaru belakang kepalanya.

" kau tak payah nak acah sopan sangat boleh tak?". Jeling Hanif

Duit itu laju diletakkan dipoket sahabatnya.

4 jam perjalanan sudah berlalu akhirnya tiba juga dihadapan rumah neneknya. Tersenyum wajah kacaknya tatkala melihat wajah tua yang amat dirinduinya.

" alahai cucu uwan ni, balik tak habaq". Terus didakap tubuh tegap itu.

" saja zail tak nak bagitahu nanti uwan susah-susah nak masak". Bahu neneknya didakap.

" kalau hang tak habaq pun uwan masak dah". Wajah teruja terpancar pada wajah hanif.

" uwan masak apa?". Tanya hanif

" ikan keli belado". Laju hanif menarik neneknya masuk ke dalam rumah. Itu merupakan salah satu lauk kegemarannya. Satu nilai yang disenangi orang sekelilingnya iaitu menghormati orang tua.

Tiba waktu maghrib dia dan uwan bersama-sama ke surau. Kain pelikat disarung berserta kurta slim fit dan jam tangan dipilih gaya yang sering dipakai jika keluar kemana-mana.

Selesai menunaikan solat mereka semua menikmati sedikit jamuan yang diadakan ahli jawatankuasa surau.

"uwan limah ni sapadia". Tanya remy seorang penduduk kampung yang turut berjalan kaki pulang ke rumah.

" ni cucu wan, anak si nazri".

" ini cucu wan yang dengar cerita duk di maktab tentera kan". Tanya remy lagi. Dulu sewaktu hanif bersekolah rendah dia dijaga uwan dan aki.

"uwan esok pi ka kenduri". Tanya remy salah seorang penduduk kampung.

" insyallah pi. Sekali dengan cucu wan ni". Bahu hanif ditepuk. Hanif disebelah masih terkebil-kebil. Mereka meneruskan berjalan pulang ke rumah

" kenduri siapa wan?". Tanya hanif.

" anak sedara tahir tu. Tapi entahlah". Dahi hanif mula berkerut.

" kenapa?". Tanya hanif hairan dengan pernyataan uwannya.

" dia tu anak yatim piatu, tahir dan isterinya yang bela dia dan abangnya. Baik budaknya tapi dia terpaksa kahwin dengan orang kaya yang dah berumur". Sayu lontaran kata dari uwan. Mawar agak rapat dengan uwan kerana selalu menegur uwan kalau terserempak.

" takkan dia setuju". Tanya hanif hairan ialah perempuan sama umurnya sanggup pula berkahwin dengan lelaki tua.

" bini tahir tu yang paksa dia. Abangnya masih dekat luar negara jadi dia tak mampu melawan". Hanif mula mengangguk faham.

Uwan dan hanif sudah mula bersiap untuk ke majlis pernikahan yang dibicarakan wan semalam. Entah kenapa hanif merasakan sesak dadanya seperti sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Dia masih termenung di tangga rumah uwannya.

" zail, awat tak mau pi ka? Takpa zail rehatlah uwan boleh pi sorang". Tegur uwan sebaik melihat cucunya termenung jauh.

" ehh taklah, jom uwan dah siap?" . Soal hanif

" dah". Pintu rumah dikunci oleh hanif
.
.

Sudah ramai tetamu yang hadir pada majlis itu. Hanif melihat seorang orang tua agak berumur memakai baju melayu lengkap serta songkok jadi dari situ dia sudah ketahui bahawa itulah dato yang diceritakan uwan semalam.

" jom kita naik". Ajak uwan sementara hanif hanya mengekori belakang uwan.

Sebaik sahaja dia dan uwan melangkah naik ke dalam rumah alangkah terkejut dan terpaku dirinya apabila ditarik seorang gadis yang berpakaian serba putih. Itulah pengantin perempuan yang diceritakan uwan.

Lengannya dipegang gadis itu cuba dileraikan. Semua mata tertumpu kearah mereka berdua.

" saya tak boleh teruskan perkahwinan ni". Kata gadis itu. Mata hanif penuh ketegasan merenung perempuan itu

" kenapa". Soal dato

" dia kekasih saya dan...". Alangkah terkejut hanif dan menarik kuat lengannya yang dipegang.

" apa kau merapu ni?". Hanif mula menyoal. Sedangkan dia tidak tahu apa-apa .

" dan apa!" Tengking seorang wanita berumur

" kitaorang dah terlanjur". Alangkah terkejutnya hanif, sedangkan mengenali gadis tu pun tidak pernah inikan pula terlanjur.

Muka hanif sudah merah dan marah akibat dipermalukan seperti itu.

" sorry....saya". Baru sahaja gadis itu membuka mulut mahu berbicara dengan hanif sudah ditarik dan ditampar makciknya.

Uwan menarik tangan hanif untuk pulang, dengan tiba-tiba ada seorang lelaki datang memukul hanif dengan teruk sehingga terluka, begitu juga tiba lagi sebilangan jejaka kampung yang mahu memukul hanif tetapi dihalang ahli jawatankuasa kampung.

" sabar! Apa yang kamu semua buat ni? Cuba tanya dan selidik dahulu". Jelas seorang lelaki berumur.

" selidik apanya, dia ni memang teruk datang kampung ni bawa bala". Marah seorang pemuda kampung.

" sekarang kami takmau tengok dah muka hang dalam kampung ni". Tegas seorang pemuda dan dua tiga orang lagi turut mempersetujui.

Terlihat uwan menangis melihat cucunya diperlakukan begitu.

" uwan, jangan nangis takpe zail pergi dari sini. Uwan yakinkan zail tak buat semua tu". Hanif memegang kedua belah pipi uwannya.

Semenjak dari hari itu hanif khazail tidak mahu pulang ke kampung dan peristiwa tentang dia dan gadis itu sering diingati.

Mungkin seribu satu tanda tanya tentang gadis tersebut, mungkin nanti takdir akan menemukan semula mereka dan apa yang berlaku semasa pertemuan itu bakal diperjelaskan. Sekarang dia sudah berjaya hidupnya lebih tertumpu pada kerjayanya.

Kepten Hanif Khazail tentera laut diraja malaysia.

' mendonggak kepada langit yang biru, merenung laut biru yang terbentang luas disini aku berdiri menyatakan cinta aku tidak pernah berkurang seperti luasnya alam semesta '.  Jika akan ada hari ajal ku juga tiba disini sudah pasti akan aku terus mengharapkan kau terus mekar bunga ku. Percayalah dikau wahai bunga ku, takdir selalu dan pasti mengaturkan segala yang indah buat engkau, aku dan kita,
..



Yang Satu MilikkuWhere stories live. Discover now